KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, September 4, 2011

KEMATIAN JURUKAMERA BERNAMA - PKR PAHANG UCAP TAKZIAH

Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman mewakili seluruh pimpinan PKR Negeri Pahang serta seluruh ahli parti mengucapkan takziah kepada waris dan keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Noor, Jurukamera BERNAMA TV yang terkorban akibat peluru sesat di Mogadishu, Somalia disaat kita umat Islam menyambut Hari Raya Idul Fitri.

Kami berharap dan mendoakan agar keluarga Allahyarham bersabar dengan takdir Illahi dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.

PKR Negeri Pahang suka mengingatkan pihak kerajaan agar lebih peka terhadap aspek keselamatan semua petugas yang berkhidmat di luar negara dengan menjadikan kejadian malang ini sebagai suatu pengajaran.

No comments:

Post a Comment