Malaysiakini melaporkan, "Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim, akan mengadakan jelajah demokrasi KITA ke seluruh negara bagi meminta rakyat menyokong usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelamatkan demokrasi di Malaysia.
Parti pimpinan Zaid Ibrahim tidak mampu lagi menyorokkan wajah parti tersebut sebagai penyokong kepada Umno/Bn. Di saat KITA kini hampir berkubur akibat krisis dalamannya, Zaid tiada pilihan lain melainkan menjadi `kipas' kepada Najib. Alasan Zaid untuk menyokong usaha Najib ternyata suatu alasan yang tidak masuk akal samasekali kerana tiada apa pun yang Najib lakukan kononnya telah berlaku perubahan demokrasi.
Di mana pembaharuan di dalam membersihkan sistem Pilihanraya? Jawatankuasa baru sahaja dibentuk di kalangan ahli-ahli dari Bn, sedangkan wakil dari PR atau NGO masih belum mengemukakan wakil mereka. Ini bererti baru diperingkat penyusunan, tetapi Zaid sudah mula `mengipas'.
Pemansuhan Akta ISA, sudahkah kosong Penjara Kemunting dari tahanan-tahanan ISA sekarang? Sudahkah kita lihat bagaimana bentuk akta yang baru bagi menggantikan akta ISA itu? Namun demikian, Zaid Ibrahim lebih awal `mengipas' Najib.
Krisis dalaman di dalam parti KITA tidak lagi mampu Zaid sorokkan. Beliau selalu menyebut di dalam PKR, DS Anwar memimpin parti secara diktator. Sekarang, orang-orang kuat di dalam parti KITA mendakwa Zaid bertindak seperti diktator dan itulah puncanya KITA kini berpecah.
Alhamdulillah, nasib baik Zaid tidak lama berada di dalam PKR. Jika tidak, PKR akan menjadi huru-hara dengan sikap beliau ini. Justeru itu, memang bijak tindakan Zaid `mengampu' Najib kerana KITA tidak akan mampu berdiri dengan sendiri menjelang Pilihanraya Umum nanti. Masalahnya, adakah Umno sanggup memberi laluan kepada KITA di dalam Pilihanraya Umum nanti? /wfauzdin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment