Membaca kenyataan MP Shah Alam, YB Khalid Samad di sini, kita merasakan ada kebenarannya dakwaan Khalid tersebut. Kita tidak mahu institusi Diraja diheret ke dalam kancah politik. Memang tidak kesemua Sultan yang memerintah negeri suka mencampuri urusan politik kepartian, tetapi kita tidak nafikan terdapat satu atau dua Sultan yang bersikap sedemikian.
Kadangkala Sultan tidak berminat untuk mencampuri urusan politik, tetapi tanpa disedari mereka terseret juga atas beberapa faktor. Mungkin mereka merasa tindakan mereka betul kerana rakyat tidak selesa untuk menegur Sultan keterlaluan. Kita menyanjung institusi raja samada kita berkuasa atau tidak. Ini berbeza dengan Umno yang pada waktu mereka berkuasa, mereka seolah-olah lupa kepada institusi ini. Tetapi apabila mereka lemah, itulah tempat yang mereka tuju untuk dipergunakan.
Di Pahang sendiri tidak dapat mengelak dari berlakunya perkara seperti ini. Kita pernah terdengar betapa Sultan secara berterus terang meminta rakyat menyokong Bn sewaktu Pilihanraya. Tidak dipastikan mengapa perlu berlaku sedemikian sedangkan mana-mana parti yang memerintah sekalipun institusi raja-raja tetap akan dipertahankan.
Kita bimbang di masa akan datang jenerasi baru akan terkeliru samada institusi raja ini sama seperti pertubuhan politik yang lain. Ketika itu mereka tidak lagi menghormati institusi yang begitu lama kita pertahankan. Justeru itu, kita berharap tiada Sultan yang begitu mudah untuk dipergunakan oleh sesiapa sekalipun. Peringatan dari YB Khalid itu amat tepat dengan masanya untuk dihayati bersama.

No comments:
Post a Comment