KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, September 28, 2011

POLITIK `HAPRAK DAN BANKRAP' UMNO PAHANG - ZAIDI AHMAD

Berlanjutan daripada peristiwa ceramah DS Anwar Ibrahim diganggu oleh ceramah tanpa permit oleh Umi Hafilda Ali yang kononnya Jamuan Hari Raya yang dianjurkan oleh Adun Benta, YB Dato' Saufi pada 25 Sept 2011, PKR Negeri Pahang bersama SAMM Pahang telah membuat laporan Polis terhadap Umi Hafilda dan Ketua Polis Daerah K. Lipis pada 27 Sept 2011 jam 3.30 petang di IPD Kuantan.



Sdr Zaidi Ahmad sedang membuat laporan Polis di IPD Kuantan. Butir-butir laporan dibacakan di hadapan wakil media di perkarangan IPD Kuantan.

Laporan Polis tersebut telah dibuat oleh Pengarah Pilihanraya PKR Negeri, Sdr Zaidi Ahmad dan diiringi oleh Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Hatta dan beberapa orang penyokong Pakatan Rakyat. Berita lanjut berkenaan program ceramah DS Anwar Ibrahim anjuran PKR Cabang Lipis di Benta, Lipis dan juga program ceramah tanpa permit Umi Hafilda di lokasi berhampiran boleh diikuti di sini.


Laporan Polis

Laporan Polis yang dibuat oleh PKR Negeri Pahang adalah bertujuan untuk diadakan siasatan di atas perkara-perkara berikut;

1. Menyiasat mengapa Ketua Polis Daerah K. Lipis, Supt. Abdul Razak Hassan boleh membenarkan program ceramah tanpa permit Umi Hafilda di dalam majlis yang kononnya Jamuan Hari Raya anjuran Adun Benta berdekatan dengan program ceramah DS Anwar, sedangkan Adun berkenaan tiada di majlis tersebut?

2. Menyiasat mengapa pihak Polis boleh membiarkan ceramah Umi Hafilda yang berucap penuh dengan maki hamun dan provokasi yang boleh mendatangkan suasana yang tidak baik pada malam tersebut tanpa berusaha menggunakan kuasa pihak Polis untuk menghentikan ceramah berkenaan sedangkan Ketua Polis Daerah K. Lipis berkenaan berada di lokasi berhampiran (di dalam pagar Sek Men Panglima Garang Abdul Samad).

3. Menyiasat kemungkinan Ketua Polis Daerah K. Lipis telah `diarahkan' sesuatu atau `menerima sesuatu' dari pihak tertentu agar membenarkan ceramah tanpa permit Umi Hafilda itu.

4. Adakah pihak Polis K. Lipis menerima tekanan dari pemimpin Umno/Bn untuk membenarkan ceramah tanpa permit Umi Hafilda serta ucapan berbentuk provokasi dari penceramah tersebut dengan tujuan menganggu ceramah DS Anwar Ibrahim?



Sdr Zaidi menunjukkan laporan Polis yang dibuat kepada wakil media. Turut kelihatan Sdr Kamarzaman, Timb SU PKR Pahang dan Penyelaras SAMM Pahang Sdr Hatta dan penyokong. Blogger PKR Pahang turut bersama Blogger CMK dan anak muda dari SAMM.

PKR Negeri Pahang berpendapat, usaha mengadakan program berbentuk provokasi yang didalangi oleh Umno, terutamanya oleh Adun Benta sendiri membuktikan bahawa pemimpin Umno kini mengamalkan politik `haprak' dan `bankrap' bagi mempertahankan sisa-sia Umno yang kini di hujung tanduk khususnya di Negeri Pahang ini.

Secara tegasnya, PKR Negeri Pahang tidak akan gentar dengan apa jua bentuk jahat yang akan dilakukan oleh Umno/Bn bagi mengekang misi Pakatan Rakyat untuk menawan Negeri Pahang di dalam PRU ke 13 nanti, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment