KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, September 11, 2011

HARI PERTAMA, JELAJAH PAHANG OLEH BIRO MASYARAKAT FELDA DAN ORANG ASAL MENDAPAT SAMBUTAN

Bermula 10 Sept semalam dan berakhir pada 16 Sept nanti, PKR di bawah Biro Masyarakat Felda dan Orang asal akan melakukan `operasi' besar-besaran di sekitar kawasan felda dan perkampongan Orang asal sekitar Negeri Pahang secara serentak. Program yang diberi nama `Jelajah Pahang' ini akan tertumpu di seluruh kawasan felda dan perkampongan Orang Asal sahaja.



Semalam, program bermula di sebuah rumah peneroka felda di Keratung 6, Rompin. Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, Tuan Hj Suhaimi Said bersama, Sdr Nizam Abd Hamid Timbalan Pengerusi PKR Negeri merangkap Ketua Cabang Temerloh, serta beberapa pimpinan dan Ketua Cabang turut hadir sebagai penceramah di dalam siri jelajah tersebut. Pengarah Pilihanraya PKR Negeri, Sdr Zaidi Ahmad, Sdr Rebin (S/Usaha Biro Pusat) dan Ketua `Task Force' Felda Johor, Sdr Zabidi Abas juga turut hadir membantu sepanjang program ini.



Sejurus makan tengahari dan Solat Zuhur, program bermula dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pengerusi Biro, Tuan Hj Suhaimi Said yang mengagih-agihkan tugas kepada penceramah di beberapa lokasi yang diadakan serentak. Program tersebut diadakan di dalam bentuk ceramah kelompok dan berakhir dengan sesi dialog dengan warga felda dan Orang asal.

Man Kadir @ Pak Jabit turut tampil menjayakan program ini

Tumpuan utama di dalam sesi ceramah kelompok, warga felda diterangkan mengapa mereka perlu mengubah kerajaan yang ada sekarang. Mereka juga diterangkan bahawa segala dakwaan Pembangkang terhadap penyelewengan felda yang menipu warga felda selama ini bukan suatu fitnah, bahkan telah dibuktikan dengan beberapa kes di mahkamah. Bagi masyarakat Orang asal pula, mereka turut diterangkan tentang hak-hak mereka yang semakin pupus di bawah kerajaan yang ada. Pakatan Rakyat berjanji akan mengembalikan hak-hak mereka sekiranya berjaya menubuhkan kerajaan.

Program Jelajah Pahang ini akan diteruskan sehingga 16 Sept 2011 di beberapa lokasi yang telah ditetapkan. Program pertama semalam dilihat amat memberangsangkan di mana PKR berjaya menubuhkan sebuah Ranting PKR di Kampong Dong, suatu perkampongan Orang Asal. PKR juga berjaya menarik 2 orang Tok Batin menyertai parti ini.


Penulis sempat bergambar dengan Pengerusi Biro, Tuan Hj Suhaimi dan Pak Jabit

Ketakutan Umno/Bn terhadap pendekatan yang dilakukan oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal ini terbukti apabila pada program tersebut kami menerima kehadiran 2 orang tetamu yang dikenalpasti bertugas sebagai SB. Mereka telah mengambil gambar semasa program ini berjalan dipercayai bertujuan untuk menakut-nakutkan warga felda dan Orang Asal.

Hari ini, 11 Sept program diteruskan dengan menggempur kawasan felda dan penempatan Orang asal di kawasan Parlimen Pekan, iaitu kubu kuat Umno/Bn di bawah PM, Najib Tun Razak.

Pengerusi MPN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman mengucapkan tahniah dan syabas kepada Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, semua pimpinan, Ketua-Ketua Cabang dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang telah berjaya mengadakan program ini. Mudah-mudahan program ini berjaya mencapai objektif kita untuk membebaskan warga felda dan Orang Asal dari cengkaman Umno/Bn.

Berita lanjut program ini, sila lawati blog Lubok Kawah di SINI (KLIK).

No comments:

Post a Comment