KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, September 2, 2011

ANAK MUDA INDERA MAHKOTA SAYU MENJELANG RAYA


Malam terakhir umat Islam berpuasa, di saat kebanyakan anak-anak muda berseronok dan berpeleseran di bandar-bandar atau warung-warung makan menanti menjelang Hari Raya Idul Fitri yang dinantikan, berbeza dengan anak muda dari AMK Indera Mahkota, Kuantan.

Pada malam tersebut, anak muda AMK Indera Mahkota ini merasa sayu bila mengenangkan nasib golongan yang kurang bernasib baik bagaimana mereka menghadapi suasana Hari Raya nanti. Keprihatinan anak muda AMK Indera Mahkota ini membawa mereka menjelajah dari satu kampung ke kampung yang lain sekitar Parlimen Indera Mahkota menjejaki kediaman golongan yang kurang bernasib baik ini.

AMK Indera Mahkota dengan segala yang termampu menyerahkan sedikit sumbangan kepada golongan ini di samping bertanya khabar dan menyelami perasaan mereka. Harapan yang diberikan oleh AMK Indera Mahkota kepada golongan ini sedikit sebanyak dapat meyakinkan mereka bahawa nasib mereka akan lebih terbela sekiranya negeri ini ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang mengutamakan negeri berkebajikan.

Pengerusi PKR Pahang mewakili seluruh kepimpinan negeri mengucapkan tahniah kepada AMK Indera Mahkota dengan inisiatif dan usaha mereka, semoga Allah memberikan pembalasan yang sewajarnya atas usaha murni anak-anak muda ini.

Lihat foto seterusnya, klik sini.


No comments:

Post a Comment