KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, September 17, 2011

CERAMAH YB AZMIN DAN SITI AISHAH DI PALONG 5, N. SEMBILAN MALAM INI (17 SEPT)

Program jelajah ke seluruh negara oleh Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali berterusan malam ini apabila beliau tampil di dalam satu ceramah di Palong 5, Negeri Sembilan.

Sebentar tadi, jam 2 ptg hingga 4 ptg, bertempat di Batu 4, Port Dickson YB Azmin sempat bersama rakyat di sana di dalam Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri. Turut bersama petang tadi adalah Dato' Kamarul, Pengerusi PKR Negeri Sembilan dan juga Sdr Nazri Yunus, Ketua AMK Negeri di samping pimpinan parti Teluk Kemang.

Malam ini, di Palong 5 pula turut bersama YB Azmin Ali menghangatkan suasana di kawasan felda tersebut adalah Sdri Siti Aishah, Ketua Serikandi PKR Pusat. Wanita muda yang berjiwa kental ini mula mengukir nama sebagai pemidato hebat di dalam PKR sebaris dengan tokoh-tokoh yang lebih senior darinya. Amat rugi jika anda terlepas peluang untuk mengikuti ceramah dari Ketua Serikandi PKR ini, di samping anda pasti dapat mendengar berbagai penerangan dan jawapan kepada isu semasa yang bakal disampaikan oleh Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali.

Sila hadir beramai-ramai dan hebahkan maklumat ini.

No comments:

Post a Comment