Benarkah agama Islam bukan untuk orang politik? Jika begitulah keadaannya, tidak hairan suatu hari nanti kebanyakan orang-orang politik melakukan rasuah, maksiat dan berbagai lagi kemungkaran apabila mereka ini menjadi pemimpin dan berkuasa. Bayangkan jika orang politik tidak boleh bercakap atas dasar agama?
Inilah yang bakal terjadi di Selangor. Dapatkah kita bayangkan Menteri Besar Selangor tidak boleh bercakap tentang agama di dalam masjid sedangkan beliau seorang pemimpin yang akan disoal di Akhirat nanti tentang rakyat di bawahnya. Jika di dalam masjid seorang ahli politik tidak boleh bercakap agama, tidak boleh bercakap politik sudah tentunya, maka mereka mahu bercakap apa di dalam masjid? Bercakap soal hiburan atau Akademi Fantasia? Soal Kelab Malam atau `Hard Rock Cafe'?
Setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan di atas orang yang dipimpinnya. Itu terdapat di dalam Al-Quran dan Hadith. Jika pemimpin dikunci mulut untuk memberi nasihat atau peringatan kepada rakyat di dalam Rumah Allah, siapa yang berani menjawab depan Allah nanti jika rakyat terus lalai dengan maksiat? JAIS kah atau orang di Istana yang berani menjawab bagi pihak MB atau orang politik ini?
Kerja dakwah ini tanggungjawab semua samada dia Raja atau Sultan, MB atau Wakil Rakyat dan juga mana-mana pemimpin termasuk ketua keluarga. Mengapa disukarkan kerja-kerja yang dituntut oleh Islam ini? Kita sibuk tunjuk hero kononnya kita anti Gereja, di dalam masa yang sama kita juga anti dakwah Islam.
Tidak kira siapa, mereka yang melarang kerja dakwah Islam ini terutamanya yang diwajibkan ke atas setiap pemimpin samada pemimpin politik atau tidak, mereka ini sahabat Syaitan. Mudah-mudahan Allah memberi taufik dan hidayah kepada kita semua. Kepada rakyat Selangor, lihatlah bagaimana kerja puak yang begitu rakus untuk merampas kuasa sehingga sanggup melanggar perintah Allah. Mereka ini wajib kita tentang habis-habisan.

No comments:
Post a Comment