KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, October 31, 2011

PROGRAM HI-TEA DAN CERAMAH UMUM PADA 12 NOV 2011

Sempena dgn Penubuhan dan Perasmian MAP Pahang, pada 12hb Nov 2011 jam 5.00 petang bertempat di Suntiana Resort Kg Anak Air, Tg Lumpur akan diadakan Program Hi-Tea. Tetamu yang akan hadir adalah Sdr Mustafa Kamil Ayob selaku Presiden Presiden MAP , Sdr Badrulhisham (Che'gu Bard) Penyelaras SAMM dan barisan Pimpinan Negeri serta pimpinan Cabang Kuantan.

Pada malam itu, turut diadakan program Ceramah Umum Isu Semasa bertempat di Perkarangan Dataran Rakyat, Ibu Pejabat PKR Negeri Pahang, Jalan Baserah mulai jam 09.00 malam. Senarai penceramah adalah seperti berikut:

Sdr Ahmad Nizam Abd Hamid - Pemangku Pengerusi MPN
YB Fuziah Salleh - MP Kuantan
Sdr Mustafa Kamil Ayub - Presiden MAP
Sdr Badrulhisham (Chegu Bard) - Penyelaras SAMM
Sdr Anansura - Timb YDP PAS Indera Mahkota
Sdr Ahmad Jufliz - Peguam kes Allahyarham Baharuddin

Pada program tersebut, berbagai isu semasa akan disentuh oleh penceramah-penceramah berkenaan. Di antaranya, isu Lynas, isu cincin `Emilda Rosmah' berharga 24.4 Juta dan juga berbagai isu panas ketika ini. Risalah berkenaan cincin 24.4 Juta juga akan diedarkan pada malam tersebut.

Orang ramai dijemput hadir dan mohon hebahkan melalui blog atau FaceBook masing-masing.

Sunday, October 30, 2011

CHEGU BARD BAWA `CINCIN PUAKA' KE JERANTUT MALAM INI BERSAMA MAT SABU

Malam ini, Ahad (30 Okt 2011), bertempat di Kompleks Imam Syafie, Temin, Jerantut akan diadakan program ceramah bersama Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dan juga Ketua Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM), Chegu Bard. Program bermula jam 09.00 malam.

Pada program malam ini, Pelancaran `Booklet' Penerangan Isu Cincin RM 24 Juta dan pemborosan `Imelda Rosmah' akan dibuat oleh Chegu Bard. Risalah-risalah berkaitan juga akan diedarkan.

Orang ramai dijemput hadir dan mohon hebahkan melalui Face Book masing-masing.

Saturday, October 29, 2011

LEGA DENGAN JAMINAN PAKATAN RAKYAT TERHADAP BEKAS TENTERA/PERAJURIT

Dari Meja KOBAT

KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera/Perajurit) merasa terharu dan menyanjung tinggi jaminan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR, YB Nurul Izzah Anwar di dalam akhbar Sinar hari ini. Beliau memberi jaminan bahawa nasib bekas-bekas tentera/perajurit akan diberi pembelaan yang sewajarnya sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menerajui Putrajaya.

Di antara perkara yang akan diberi perhatian oleh PR sekiranya dapat memerintah adalah mengkaji semula jumlah pencen yang diterima oleh bekas-bekas tentera/perajurit. PKR menyedari masih ramai bekas-bekas tentera samada berpencen atau tidak, kehidupan mereka masih tidak begitu baik jika mahu dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan mereka kepada negara sebelum ini.

Di dalam Buku Jingga, terdapat banyak tawaran yang dapat mengubah hidup golongan pesara tentera/perajurit. Justeru itu, pesara tentera/perajurit diseru agar bersama bekerja kuat bagi membantu PR memenangi Pilihanraya Umum akan datang.

* KOBAT buat sementara waktu akan menggunakan blog PKR Pahang ini bagi menyalurkan maklumat. Blog KOBAT yang baru kini di dalam pembikinan kerana blog asal KOBAT telah disabotaj oleh pihak-pihak tertentu. KOBAT juga boleh diikuti di laman FaceBook di sini ---> http://www.facebook.com/kbekasperajurit

Pelaburan Lebihi Had: FELDA Terdedah Kepada Risiko

Merdeka Review

Sejak dikuasai Perdana Menteri Najib Razak, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mula terpesong dari objektif utamanya, iaitu bertunjangkan pembangunan tanah pertanian, dan pelaburan sebagai sampingannya – kepada sebuah agensi pelaburan kewangan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati bahawa dana daripada Akaun FELDA yang dilaburkan dalam pelaburan saham siar harga dan tidak siar harga telah melebihi had yang dibenarkan untuk tiga tahun berturut-turut, malah memperbarui rekod tertinggi dari tahun ke tahun.

Ketua Audit berpendapat, “Penggunaan dana akaun FELDA yang melebihi had telah mendedahkan dana tersebut kepada risiko pelaburan saham siar harga melebihi daripada yang telah diluluskan dalam Manual Dasar dan Strategi Pelaburan Kumpulan FELDA. Ini boleh menjejaskan kemampuan kewangan dan memberi kesan kepada operasi serta aktiviti utama FELDA jika pelaburan yang dijalankan tidak dapat memberikan keuntungan yang dijangkakan.”

Pada masa yang sama, tindakan ini seolah-oleh memaksa peneroka FELDA untuk menanggung risiko pelaburan yang lebih tinggi, tanpa disedari peneroka FELDA.

FELDA ditubuhkan di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 pada 1 Julai 1956, dan telah dipinda kepada Akta Kemajuan Tanah 1956 (Akta 474) (Pindaan 1991). Objektif penubuhan FELDA adalah untuk memajukan kawasan pertanian secara produktif, melaksanakan projek pembangunan tanah dan menggalakkan pertumbuhan serta meningkatkan taraf hidup masyarakat peneroka.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, FELDA telah membuat pelaburan dalam pelbagai portfolio bagi mendapat pulangan yang optimum. Sehingga tahun 2010, FELDA telah membuat pelaburan bernilai RM5.55 bilion termasuk pelaburan dalam saham siar harga berjumlah RM891.34 juta.

Malah, pihak Audit mendapati dana daripada Akaun FELDA yang dilaburkan dalam pelaburan saham siar harga dan tidak siar harga telah melebihi had yang dibenarkan iaitu 24% seperti yang ditetapkan dalam Manual Dasar dan Strategi Pelaburan FELDA.

Lebihi had untuk tiga tahun berturut-turut

“Pelaburan dalam saham siar harga dan tidak siar harga yang menggunakan dana Akaun FELDA pada tahun 2010 adalah sejumlah RM3.14 bilion atau 68.5%, tahun 2009 sejumlah RM2.28 bilion atau 70.7% dan tahun 2008 sejumlah RM713.20 juta atau 31.8%,” menurut Laporan Ketua Audit.

Apa yang perlu diambil perhatian adalah, lebihan pelaburan adalah sebanyak 44.5% bagi tahun 2010, 46.7% bagi tahun 2009 dan 7.8% bagi tahun 2008.

Menurut agihan sumber dana pelaburan portfolio, dana dalam akaun FELDA hanya dibenarkan untuk melabur di Ekuiti Tempatan (24%), Ekuiti Asing (10%), Bon Kerajaan, Bon Korporat dan Sekuriti Hutang Persendirian termasuk Bon Islamik (6%), selain Tunai, Pasaran Wang dan Deposit Amanah (60%).

Sehingga akhir tahun 2010, FELDA telah melabur sejumlah RM891.34 juta dalam saham siar harga. Pelaburan yang dibuat daripada Akaun FELDA berjumlah RM355.42 juta atau 39.9% manakala sejumlah RM535.92 juta atau 60.1% daripada Akaun Peneroka.

Tiada pakar pelabur

Analisis Audit mendapati pelaburan saham siar harga FELDA berjumlah RM891.34 pada tahun 2010 meningkat sejumlah RM106.45 juta atau 13.6% berbanding sejumlah RM784.89 juta pada tahun 2009. Nilai pasaran pelaburan saham siar harga pada tahun 2010 adalah RM4.43 bilion dengan keuntungan tidak nyata berjumlah RM3.54 bilion atau 397.1%. FELDA telah memperoleh pendapatan dividen pada tahun 2010 berjumlah RM166.14 juta 18.6%, tahun 2009 berjumlah RM101.15 juta atau 12.9% dan RM138.62 juta atau 20% daripada jumlah pelaburan.

FELDA juga telah mengalami kerugian tidak nyata terkumpul yang berjumlah RM50.14 juta melibatkan 12 kaunter saham bagi tempoh 31 Disember 2008 hingga 30 November 2010. Daripada kerugian tersebut, sebanyak empat kaunter saham iaitu Syarikat PK Resources Berhad, Takaful Malaysia Berhad, Telekom Malaysia Berhad dan Tradewinds Corporation Berhad telah mengalami kerugian berterusan sejak tahun 2008.

Bagaimanapun, lapan daripada 12 kaunter telah membayar dividen kepada FELDA berjumlah RM33.11 juta bagi tahun 2008 hingga 2010.

Sementara itu, Ketua Audit mengingatkan bahawa pengasingan tugas merupakan mekanisme kawalan dalaman yang penting bagi memastikan wujudnya kawalan dalam proses urus niaga saham. Semakan Audit mendapati FELDA tidak mempunyai pengasingan tugas yang jelas bagi urus niaga saham selaras dengan amalan yang baik.

Selain itu, FELDA tidak mempunyai pegawai pelaburan atau pegawai penyelidik pelaburan yang mempunyai kepakaran dan kompetensi untuk membuat analisis prestasi pelaburan FELDA. “Ini adalah penting bagi memastikan kajian dan pemantauan pelaburan dapat dibuat secara menyeluruh,” menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Thursday, October 27, 2011

LYNAS: Kenyataan Media Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)

Oleh pemudatua2011

"Badan Bertindak Anti-Rare Earth Refinery (BADAR)

Kenyataan media oleh MMA pada 21hb Julai 2011 yang lalu yang dipetik dari halaman rasmi MMA berkenaan isu Kilang Lynas Advanced Material Plant (LAMP) milik LYNAS jelas membuktikan bahawa MMA bersama-sama dengan seluruh komuniti serta badan-badan NGO menuntut pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) agar menghentikan projek ini demi kesihatan Rakyat dan keselamatan Alam Sekitar.

Antara sebahagian kenyataan MMA adalah:

1. Kenyataan yang dipetik dari akhbar The Star bertarikh 1hb Julai 2011 memaklumkan bahawa panel pakar IAEA tidak menemui sebarang ketidakpatuhan kepada Piawaian Keselamatan Radiasi Antarabangsa dilihat tidak tepat dan mengelirukan berbanding cadangan panel pakar itu di dalam laporan mereka bahawa AELB harus memastikan LYNAS menyerahkan pelan perancangan pengurusan sisa buangan mereka serta kes keselamatan untuk menyokong pelan itu sebelum kilang LAMP milik LYNAS itu dibenarkan beroperasi. Oleh kerana pelan perancangan pengurusan sisa buangan itu masih tiada, maka kenyataan dari panel pakar IAEA itu bahawa wujud kepatuhan kepada Piawaian Keselamatan Radiasi Antarabangsa itu tidak boleh dijamin sama sekali.

2. Kenyataan wakil LYNAS ketika perjumpaan wakil MMA Pahang pada 22hb Mei 2011 bahawa NUF dan FGD 100 peratus bebas radioaktif tidak disahkan oleh panel pakar IAEA ketika perjumpaan wakil MMA Pahang dengan panel pakar IAEA pada 31hb Mei 2011, seminggu selepas perjumpaan MMA Pahang dengan wakil LYNAS itu.

3. Kajian MMA bahawa tidak ada satu pun Kilang Nadir Bumi di dunia ini yang mempunyai profil keselamatan jangka panjang yang disokong oleh kajian Alam Sekitar dan kajian Epidemiologi. Juga terdapat banyak Kilang yang berkaitan telah pun ditutup kerana kesan bahaya industri berkaitan kepada Alam Sekitar.

4. Ketika perjumpaan wakil MMA dengan panel pakar IAEA, ahli panel bersetuju bahawa pengawasan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan di negara membangun mungkin tidak sebaik negara maju. Walaupun Kilang LAMP milik LYNAS dikehendaki beroperasi dalam kawalan yang amat ketat, tidak ada jaminan pengawasan dan penguatkuasaan yang diharapkan itu akan berlaku di Malaysia.

5. Laporan Kesan Impak Radioatif (RIA) atau ‘Radioactive Impact Assessment’ berkenaan pengurusan jangka panjang sejumlah kuantiti besar sisa radioaktif kepada Alam Sekitar dan Keselamatan Awam tidak diberi penekanan di dalam laporan RIA itu.

6. Kaedah simpanan terbuka sisa pepejal akan mendedahkanpelepasan habuk radioaktif ke udara serta meningkatkan kemungkinanpenyedutan habuk radioaktif tersebut oleh penduduk di sekitarnya.

7. Laporan dari New York Times (Keith Bradsier, 29hb Jun 2011) bahawa pembinaan dan rekabentuk Kilang mungkin mempunyaikelemahan ketara termasuk keretakan struktur, poket udara dankebocoran tangki simpanan, jika laporan ini betul, potensi pencemaran Alam Sekitar dan ancaman Kesihatan kesan dari bahan toksik, yang juga bersifat menghakis itu serta bahan radioaktif ini akan kekal sehinggaberbillion tahun lamanya.

BADAR bersama-sama dengan MMA melalui Gabungan STOP LYNAS atau ‘STOP LYNAS COALITION (SLC)’ yang baru ditubuhkan hampir 2 bulan yang lalu bersama-sama 20 kumpulan lain yang menyokong gerakan Anti-LYNAS masih menanti-nanti jemputan agensi yang berkaitan khususnya Lembaga Perlesenan Atom Negara (AELB) untuk melibatkan pembabitan pihak awam untuk menilai semua dokumen-dokumen yang dikatakan sudah diserahkan oleh pihak LYNAS kepada AELB sekian lama.

Satu kemusykilan kenapa AELB mengambil masa yang lama untuk menjemput pihak awam untuk bersama-sama menilai semua dokumen itu? khususnya dokumen pelan jangka panjang pengurusan sisa buangan radioaktif jika pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya yang memimpin MOSTI di mana AELB berada di bawahnya betul-betul telus serta ingin dilihat mahu melaksanakan reformis ‘public engagement’, Lokal Agenda 21 serta mendokong wawasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan.

BADAR melalui Gabungan STOP LYNAS atau ‘STOP LYNAS COALITION(SLC)’ juga berharap pihak pengurusan LYNAS (M) Sdn Bhd yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif mereka Marsyal Ahmad dapat menyerahkan set dokumen yang sama kepada wakil BADAR atau SLC secepat mungkin.

Kegagalan LYNAS dan AELB untuk berbuat demikian secepat mungkin pasti akan menimbulkan polemik baru di kalangan rakyat Malaysia bahawa pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) mungkin sedang mencari jalan untuk ‘menghalalkan’ kewujudan LYNAS melalui apa cara sekalipun dengan melengah-lengahkan penglibatan pihak awam untuk menilai semua dokumen-dokumen itu dalam jangkamasa dan kaedah yang dipersetujui secara bersama dengan BADAR dan ‘STOP LYNAS COALITION (SLC)’.

(Semua Rakyat Malaysia diminta bersama-sama menyokong Facebook STOP LYNAS COALITION (SLC) dihttps://www.facebook.com/groups/stoplynascoalition/ dan dihttps://www.facebook.com/pages/Stop-Lynas-Coalition-SLC/269265829774813)

BLOG BADAR di www.badarstoplynas.com

CABANG BENTONG - PROGRAM PENYERAHAN KERUSI RODA KEPADA PEJUANG REFORMASI

Saudara Baharom, seorang daripada ahli PKR terawal di Bentong, Pahang yang ketika adalah Parti KEADILAN. Beliau telah berada di dalam gerakan Reformasi seawal 1999 dan sehingga kini Istiqomah di dalam perjuangan menegakkan keadilan.



Pengerusi MPN, Dato' Fauzi Abd Rahman dan Ketua Cabang Bentong, Sdr Mohd Noor

Namun, sejak kebelakangan ini beliau menghadapi keuzuran yang mana beliau sukar untuk berjalan dan menghadapi lelah. Namun beliau tetap bersemangat dan terus berjuang dalam parti yang disayanginya ini.


Sdr Baharon bersama 2 isterinya (kiri), Sdr Mohd Noor (Ketua Cabang Bentong) dan Pn Sya Ate.

Pada 24 Sept 2011 yang lalu, beliau telah dikunjungi oleh Pengerusi MPN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman bersama AJK Cabang Bentong yang diketuai oleh Sdr Mohd Noor. Di dalam perjumpaan itu, Sdr Baharom menyatakan keuzuran yang dihadapinya menyebabkan beliau agak sukar bergerak.



Bersama pimpinan Cabang Bentong, Sdr Raman dan Shan (Naib) serta Aery (SU).
Turut kelihatan Sdr Hatta dari Ibu Pejabat Negeri


Alhamdulillah, sebelum Dato' Fauzi bertolak ke Tanah Suci Mekah bersama Datin, beliau telah mengamanahkan kepada Ketua Cabang Bentong, Sdr Mohd Noor untuk menyampaikan sumbangan kerusi roda buat Sdr Baharom. Pada 21 Okt 2011, Sdr Mohd Noor Ketua Cabang Bentong selaku wakil kepada Pengerusi MPN Pahang telah menyampaikan kerusi roda tersebut kepada Sdr Baharom di kediamannya. Dato' Fauzi tidak berkesempatan untuk menyerahkan sumbangan itu sendiri kerana beliau terpaksa membuat persiapan akhir untuk bertolak ke Tanah Suci.

Penyerahan kerusi roda kepada Sdr Baharom turut disaksikan oleh AJK-AJK Cabang Bentong dan juga wakil dari Ibu Pejabat Negeri, Sdr Hatta.

Marilah kita bersama mendoakan agar Pengerusi MPN, Dato' Fauzi bersama Datin yang sekarang ini telah pun berada di Tanah Suci Mekah sentiasa beroleh kesejahteraan, sihat walafiat dan dapat menyempurnakan ibadah Haji. Semoga Allah mengurniakan Haji yang Mabrur kepada Dato' dan Datin.

Laporan Audit memalukan?


Image

KETUA PEMBANGKANG MENGATAKAN BAHAWA – LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MEMALUKAN KERAJAAN PIMPINAN NAJIB?

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/laporan-audit-anwar-dakwa-kelemahan-pengurusan-kerajaan-bn-aibkan-negara/

Menurut Anwar, antara projek dan aktiviti tersebut adalah:

― Kelemahan pengurusan Program Pembasmian Kemiskinan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM691.52 juta pada 2010 dan didapati mengalami kegagalan 54.4 peratus daripada pencapaian objektifnya.

― Kelemahan pengurusan Skim Insentif Peningkatan Hasil Padi di bawah Kementerian Pertanian yang mendedahkan kegagalan Kerajaan Persekutuan membayar insentif berjumlah RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah kerana peruntukan tidak mencukupi. Insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) adalah untuk memberi galakan kepada petani untuk meningkatkan hasil padi semasa dan meningkatkan tahap sara diri.

― Kelemahan pengurusan penyenggaraan jalan persekutuan yang diswastakan di Sarawak setelah sejumlah RM462.46 juta telah dibelanjakan. Program penswastaan penyenggaraan jalan persekutuan di negeri Sarawak dilaksanakan oleh tiga syarikat konsesi iaitu PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd, Endayan Construction Sdn Bhd dan HCW Engineering Sdn Bhd.

Mengikut perjanjian penswastaan, jalan persekutuan yang perlu disenggarakan setakat 14 Julai 2003 ialah sepanjang 1,326km dan telah meningkat kepada 1,566km setakat 31 Disember 2009. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2010 mendapati secara umumnya keadaan jalan persekutuan adalah kurang memuaskan walaupun sejumlah RM462.46 jua telah dibelanjakan untuk penyenggaraannya bagi tempoh tahun 2005 hingga 2010.

― Kelemahan pengurusan projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua di pelbagai kementerian dan jabatan yang terdedah kepada pelbagai bentuk penyelewengan perbelanjaan, bayaran dan peruntukan.

Laporan Ketua Audit Negara turut menyentuh Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua berjumlah RM60 bilion yang dilancarkan pada 10 Mac 2009 bertujuan merangsang ekonomi negara dalam tempoh yang singkat.

Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua telah dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh dua tahun iaitu tahun 2009 dan 2010 dengan peruntukan berjumlah RM15 bilion. Sehingga 31 Disember 2010, Kementerian Kewangan telah mengagihkan RM13.23 bilion kepada 27 kementerian/jabatan/skim untuk melaksanakan 51,560 projek.

Daripada jumlah yang diagih, hanya RM10.09 bilion (76.3 peratus) telah dibelanjakan melibatkan 49,169 (95.4 peratus) projek. Pengauditan yang dijalankan pada tahun 2010 terhadap sembilan program di enam kementerian/jabatan yang melibatkan 201 projek mendapati kesemuanya telah siap dilaksanakan dengan bayaran berjumlah RM426.69 juta kecuali satu projek iaitu Pembinaan Jambatan Sungai Padas Kedua, Beaufort, Sabah.

Petikan: Umno-reform2


Wednesday, October 26, 2011

DEEPAVALI - CABANG INDERA MAHKOTA MELAWAT PESAKIT DI HTAA KUANTAN

Sdr Zakaria Abdul Hamid di sisi seorang pesakit (Sdr Maniam)

Sempena Perayaan Hari Deepavali, Pada 23 Okt 2011, PKR Cabang Indera Mahkota telah mengadakan program lawatan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan bagi melawat pesakit-pesakit khususnya di kalangan kaum India.

Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Sdr Zakaria Abdul Hamid bersama AJK-AJK Cabang Indera Mahkota. Turut dilawati juga adalah seorang AJK Cabang Indera Mahkota, Sdr Maniam yang masih menerima rawatan.

Keprihatinan Cabang Indera Mahkota sedikit sebanyak dapat menggembirakan pesakit-pesakit yang dikunjungi disaat mereka menyambut Hari Deepavali. Syabas, Cabang Indera Mahkota.

Foto: Ihsan AMK Indera Mahkota

Laporan Ketua Audit Negara: Kepincangan, Kelemahan Dan Ketirisan Berterusan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang gagal dikemukakan dalam Dewan Rakyat bersekali dengan Laporan Ekonomi dan dokumentasi belanjawan negara sejajar dengan amalan Parlimen Malaysia sekian lama, akhirnya diedarkan sebagai Kertas Perintah 40, Tahun 2011 kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat pada hari Isnin, 24 Oktober 2011. Pengedarannya lewat 17 hari dari tarikh pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 yang lalu.

Kegagalan pengedarannya dibangkitkan berulang kali oleh Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, meskipun sebenarnya Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan telah siap ditandatangani oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Haji Amrin Bin Bujang pada 8 Julai 2011 dan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Kewangan Dan Aktiviti Serta Pengurusan Syarikat Subsidiari Badan Berkanun Persekutuan ditandatangani pada 16 Jun 2011. Sewajarnya tidak timbul masalah lewat mengedarkan laporan tersebut kecuali lah ada muslihat untuk menyembunyikan fakta sebenar dari pengetahuan rakyat.

Hasil dari penelitian prestasi terhadap pelaksanaan aktiviti di bawah 32 Kementerian/Jabatan Persekutuan dan pengurusan 7 syarikat Kerajaan, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa dari segi pelaksanan aktiviti/projek yang dijalankan terdapat beberapa kelemahan yang berpunca daripada penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan, kekurangan peruntukan kewangan dan kekurangan kakitangan serta kepakaran. Laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan kelemahan, kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam 45 aktiviti/projek di bawah pelbagai Kementerian/Jabatan Persekutuan.

Mengaibkan adalah pendedahan terhadap kepincangan beberapa aktiviti/projek yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan rakyat termiskin. Antara projek dan aktiviti tersebut adalah:

1. Kelemahan pengurusan Program Pembasmian Kemiskinan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM691.52 juta pada tahun 2010 dan didapati mengalami kegagalan 54.4% daripada pencapaian objektifnya.

“Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) adalah agensi penyelaras Program Pembasmian Kemiskinan di bawah RMKe-9. Matlamat utama program ini adalah bagi mensifarkan miskin tegar pada bulan Disember 2010 di seluruh negara. Pada tahun 2010, sejumlah RM691.52 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan program ini. Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPN) atau Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri (JPPN) bertanggungjawab menyelaraskan pelaksanaan projek di peringkat negeri. Pengauditan yang dijalankan antara bulan September hingga Disember 2010 mendapati masih lagi terdapat seramai 2,472 orang miskin tegar di seluruh negara dan pelaksanaan projek peningkatan ekonomi kurang memuaskan kerana 37 (54.4%) daripada 68 projek yang dilawati gagal mencapai objektifnya. Juga terdapat kelemahan dalam pengurusan program seperti tempoh pelaksanaannya tidak mencukupi; peserta tidak layah diberi bantuan; peserta tidak tahu terlibat dengan projek; barang tidak diterima sepenuhnya dan tidak lengkap; bantuan tidak diterima oleh peserta; projek tidak dilaksanakan oleh pembekal; pembekal mengambil keuntungan daripada peserta; mentor tidak memainkan peranannya; perjajian projek champion tidak lengkap; komitmen peserta rendah dan kelemahan pemantauan.” - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xvii.

2. Kelemahan pengurusan Skim Insentif Peningkatan Hasil Padi di bawah Kementerian Pertanian yang mendedahkan kegagalan Kerajaan Persekutuan membayar insentif berjumlah RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah kerana peruntukan tidak mencukupi.

“Insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) adalah untuk memberi galakan kepada petani untuk meningkatkan hasil padi semasa dan meningkatkan tahap sara diri. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 September 2006 telah bersetuju skim IPH dilaksanakan dan pembayarannya dibuat mulai bulan Mac 2007. Sejak skim ini dilaksanakan sehingga tahun 2010, sejumlah RM230.62 juta telah dibelanjakan daripada peruntukan skim IPH dan sejumlah RM72 juta daripada peruntukan Dasar Jaminan Bekalan Makanan. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga November 2010 mendapati objektif skim IPH untuk meningkatkan pengeluaran padi telah dapat dicapai. Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan IPH seperti tiada perjanjian yang mengikut BERNAS yang dilantik sebagai agensi pelaksana skim; peruntukan tidak mencukupi mengakibatkan Kerajaan belum membayar insentif berjumlah RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah; kadar insentif yang tidak munasabah bagi pesawah yang mengusahakan tanaman lebih 2 hektar dan kelewatan BERNAS menyelesaikan siasatan terhadap kes di mana peningkatan hasil padi melebihi 10% daripada anggaran hasil yang ditetapkan.” - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xxii.

3. Kelemahan pengurusan penyenggaraan jalan persekutuan yang diswastakan di negeri Sarawak setelah sejumlah RM462.46 juta telah dibelanjakan.

Program penswastaan penyenggaraan jalan persekutuan di negeri Sarawak dilaksanakan oleh 3 syarikat konsesi iaitu PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd, Endayan Construction Sdn Bhd dan HCW Engineering Sdn Bhd. Mengikut perjanjian penswastaan, jalan persekutuan yang perlu disenggarakan setakat 14 Julai 2003 ialah sepanjang 1,326 km dan telah meningkat kepada 1,566 km setakat 31 Disember 2009. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2010 mendapati secara umumnya keadaan jalan persekutuan adalah kurang memuaskan walaupun sejumlah RM462.46 jua telah dibelanjakan untuk penyenggaraannya bagi tempoh tahun 2005 hingga 2010. Selain itu, terdapat beberapa kelemahan seperti kerja penurapan jalan tidak dibuat dan kerosakan pavement tidak dibaiki; jentera yang digunakan untuk memampatkan kerja penurapan jalan tidak mengikut spesifikasi serta penyenggaraan bahu/perabot.perparitan jalan tidak memuaskan.” - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xxv.

4. Kelemahan pengurusan projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Ke 2 di pelbagai kementerian dan jabatan yang terdedah kepada pelbagai bentuk penyelewengan perbelanjaan, bayaran dan peruntukan.

“Laporan Ketua Audit Negara turut menyentuh Pakej Ransangan Ekonomi Kedua (PRE 2) berjumlah RM60 bilion yang dilancarkan pada 10 Mac 2009 bertujuan merangsangkan ekonomi negara dalam tempoh yang singkat. PRE 2 telah dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh 2 tahun iaitu tahun 2009 dan 2010 dengan peruntukan berjumlah RM15 bilion. Sehingga 31 Disember 2010, Kementerian Kewangan telah mengagihkan RM13.23 bilion kepada 27 Kementerian/Jabatan/Skim untuk melaksanakan 51,560 projek. Daripada jumlah yang diagih, hanya RM10.09 bilion (76.3%) telah dibelanjakan melibatkan 49,169 (95.4%) projek. Pengauditan yang dijalankan pada tahun 2010 terhadap 9 program di 6 Kementerian/Jabatan yang melibatkan 201 projek mendapati kesemuanya telah siap dilaksanakan dengan bayaran berjumlah RM426.69 juta kecuali satu projek iaitu Pembinaan Jambatan Sungai Padas Kedua, Beaufort, Sabah. Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan wujudnya beberapa kelemahan seperti prestasi perbelanjaan yang tidak menunjukkan prestasi sebenar pelaksanaan projek; perolehan/pembekalan peralatan/kerja/projek tidak mematui peraturan/kurang berkualiti/tidak memuaskan/kurang jelas/tidak tepat/tidak dipatuhi. Selain itu, terdapat kes di mana pembayaran dibuat sebelum peralatan/kerja dibekalkan/disiapkan/disiapkan dengan sempurna; berlaku lebihan bayaran dan peruntukan tidak digunakan untuk tujuan asal projek.” - Laporan Ketua Audit Negara 2010, muka surat xliii.

Sungguhpun Dato’ Sri Najib mengumumkan pelbagai janji untuk menangani kepincangan kelemahan dan ketirisan, namun ternyata janji-janji tersebut masih belum terpenuhi. Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendedahkan dan menjadi bukti kegagalan dasar transformasi yang dirangka Perdana Menteri. Pakatan Rakyat tuntas menyatakan segala Perubahan dan setiap Reformasi Sistem yang menyeluruh memerlukan iltizam politik yang jitu serta ikhlas demi manfaat rakyat Malaysia. Tanpa iltizam serta kegigihan dan tiadanya penyertaan rakyat untuk bersama-sama membangunkan negara ini, segala kebijakan mahupun dasar yang dirangka pastinya menemui kegagalan.


ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Tuesday, October 25, 2011

KEADILAN PAHANG UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI

Majlis Pimpinan Negeri Pahang mewakili seluruh ahli dan penyokong Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut Ugama Hindu.

Semoga perayaan yang disambut tahun ini menjadi satu titik perpaduan kaum di negeri ini khususnya dan negara ini, amnya. Keadilan Negeri Pahang merasa yakin bahawa seluruh penganut Hindu cintakan kedamaian dan mahukan kepada keadilan.

Sehubungan itu, jadikanlah perayaan ini sebagai satu suntikan semangat untuk bersama menuntut perubahan di negara tercinta ini.

Monday, October 24, 2011

BN bakal kecundang di Pahang

SAFAR JUMAAT

APA yang ditunjukkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin setakat ini, memang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah semakin dekat.

Kekerapan mereka berdua turun padang, dengan pelbagai nama setelah Program Umno Juara Rakyat gagal, memperlihatkan bahawa rakyat sedang ditaburkan dengan gulagula dan janji manis untuk terus memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada BN.

Cuma, Najib tentulah tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa yang amat sangat terhadap sambutan yang dijanjikan seramai 15 ribu orang ketika menjejakkan kaki buat pertama kali di Dun Gombak Setia, bersebelahan Al-Taqwa Restoran yang dikatakan tempat penyokong-penyokong PAS bersantai, hanya dihadiri sepertiga daripada audien yang dijanjikan.

Khabarnya sibuk kepimpinan Umno Bahagian Gombak membuat laporan untuk diserahkan kepada Najib mengapa jadi begitu kerana permintaan mereka supaya Najib turun ke Dun Gombak Setia ditunaikan, padahal Najib diberitakan lebih berminat untuk ke Dun Batu Caves, yang terletak bersebelahan dengan Dun Gombak Setia.

Dari mereka yang dekat dengan kepimpinan Umno memberitahu, jika Najib dibawa turun ke kawasan tertentu, sekurang-kurangnya 15 ribu audien hendaklah berada di kawasan tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap BN sudah kembali meningkat.

Malangnya, ketika Najib begitu ghairah menuntut jumlah tersebut, pengundi-pengundi di Dun Gombak Setia dan Parlimen Gombak menunjukkan sikap berlainan sama sekali. Mereka tidak bersedia untuk menyambut kehadiran Najib dan mereka tidak mahu “menjamah gula-gula yang ditaburkan” menjelang PRU13.

Sebagai catatan, PM dan TPM dilihat akan turun ke kawasan yang tidak dimenangi BN dalam PRU12 bagi mengembalikan semangat kepada jentera parti, agar bekerja kuat bagi merampas kembali Dun-Dun tersebut, bagi menjanjikan mereka kembali berkuasa di Selangor dan negerinegeri yang terlepas ke tangan Pakatan Rakyat.

Ekoran dari kegagalan kepimpinan Umno Bahagian Gombak memberi sambutan bergaya kepada Najib, khabarnya cadangan membawa Muhyiddin ke Parlimen Selayang, minggu ketiga bulan ini, dibatalkan.

Muhyiddin akan dibawa “untuk turun ke padang” di kawasan Sepang, bagi menjanjikan ada sekitar 10 ribu audien menyambut kehadirannya. Jika Najib mesti disambut 15 ribu audien dan Muhyiddin mesti disambut 10 ribu audien, nampaknya menterimenteri kabinet tidak berani menetapkan jumlah audien untuk datang ke satu-satu kawasan, kerana jumlah yang besar agak mustahil dapat diadakan.

Dari perkiraan mudah, kata beberapa orang pemerhati politik, jika Gombak boleh dimenangi BN, Ampang Jaya dan Selayang juga akan kembali ke tangan BN. Tetapi jika Gombak tidak mampu ditawan, Ampang Jaya dan Selayang seperti tidak ada harapan langsung untuk dirampas kembali.

Walau apa cara sekali pun Najib, memang mahu BN merampas kembali Selangor daripada tangan Pakatan Rakyat.

Ini kerana Selangor merupakan negeri termaju dan Najib pula memegang jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

Jika Umno negeri di bawah tangan Najib pun masih sukar dikuasai 100 peratus kerusi yang ditandinginya, apalah yang hendak diharapkan di negerinegeri yang diketuai oleh mereka yang bukan Perdana Menteri dan merupakan Menteri Besar dan Ketua Menteri yang lemah, tercemar dengan imej kotor dan rasuah.

Sambil berjenaka, seorang penganalisis politik berkata; Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, Kedah terlepas ke tangan pembangkang sedangkan Dr Mahathir datangnya dari Kedah.

Kemudian, Pulau Pinang, negeri di mana datangnya Tun Abdullah Ahmad Badawi pula tumbang ke tangan Pakatan Rakyat dan kali ini, mereka sedang menanti apakah Pahang, negeri di mana datangnya Perdana Menteri akan tumbang atau Selangor di mana negeri yang Umnonya dipimpin Najib akan rebah.

Najib dalam pembentangan Bajet 2012 yang lalu telah cuba sedaya upaya untuk menghulurkan wang secara terus kepada pengundi melalui pelbagai mekanisme, kerana beliau pastinya tahu yang rakyat sudah bersedia menolak BN.

Khabarnya, Muhyiddin semakin kerap mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Umno Bahagian khususnya Ketua, Timbalan, Naib, Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri, tetapi apa yang dikutipnya dari maklum balas tersebut, BN tidak akan kembali berkuasa selepas PRU13.

Jangan hairan jika waktu ini Najib mengatakan pembahagian semula kawasan pilihan raya akan dikaji semula kerana Umno sedaya upaya mahukan beberapa kerusi yang selama ini menjadi milik MIC, Gerakan dan MCA, mesti diserahkan kepada Umno.

Contoh paling ketara Dun Batu Caves yang sejak sekian lama diwakili calon MIC kini sudah cuba direbut oleh calon Umno.

Kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang sejak kewujudannya diwakili MCA sedang diusahakan untuk diberikan kepada Umno dengan alasan KeADILan memenangi kerusi itu kerana meletakkan calon Melayu.

Usaha juga sedang dirancang untuk meminta Umno yang bertanding kerusi Parlimen Selayang jika mahu BN kembali menguasai kawasan tersebut.

Ini hanya beberapa kawasan yang boleh dijadikan contoh di mana Umno sudah merasakan mereka jauh lebih kuat dari MCA, MIC dan Gerakan selepas ancaman tsunami 2008.

`BERKAT' UMI HAFILDA - 300 ORANG SERTAI KEADILAN DI PALONG 6

Pada 22hb Okt baru-baru ini, bertempat di Padang Bola Palong 6, penceramah wanita yang terkenal dengan ucapan lucah yang dibawa oleh Umno iaitu Umi Hafilda telah hadir berceramah bersama Pengerusi Felda iaitu `perampas' Pengerusi KPF, Isa Samad. Program sebelah petang itu telah dihadiri ramai petugas-petugas KEMAS sekitar Palong 4, 5 dan 6 di samping mereka yang mahu `berhibur' dengan ucapan lucah dari Umi Hafilda.

Seperti lazimnya, Umi Hafilda akan membuka `Hikayat' basi tentang DS Anwar dan terus memburukkan keluarganya sendiri. Wanita yang telah dibuang dari senarai anak oleh ayahnya itu membuka cerita kononnya DS Wan Azizah juga dibuang oleh keluarga. Namun, usaha wanita berumur yang masih bujang itu untuk memburukkan pemimpin PKR ternyata gagal samasekali.



Ketua Serikandi PKR, Siti Aishah
berucap penuh semangat

Buktinya pada hari yang sama, malam itu Palong 6 telah menerima kehadiran Ketua Serikandi PKR, Siti Aishah bersama beberapa pimpinan lain termasuk Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, Tuan Hj Suhaimi Said.

Difahamkan pihak KEMAS turut mengarahkan anggota-anggotanya hadir di ceramah Pakatan Rakyat malam itu utuk membuat laporan. Kehadiran pada program malam itu jauh lebih hebat dari program ceramah Umi Hafilda.






Sdr Rebin dan juga Tuan Hj Suhaimi turut berucap


Paling mengejutkan, pada hari yang sama dengan program Umi Hafilda dan Isa Samad, Parti Keadilan Rakyat telah menerima seramai 300 orang menyertai parti tersebut di Palong 6. Jelas ini menunjukkan bahawa kehadiran Umi Hafilda dan Isa Samad membuatkan lebih ramai merasa meluat dan jijik dengan Umno. Apatah lagi dengan kehadiran Umi Hafilda yang berucap penuh dengan maki hamun dan berunsur lucah ditambah pula dengan kehadiran Isa Samad, `perampas' Pengerusi KPF.



Pelakon Man Kadir@Pak Jabit juga turut hadir





Sambutan amat menggalakkan di kawasan Felda Palong 6





Foto: Ihsan Suhaimi Said/Lubok Kawah.blogspot

Rakyat Bayar GST.Pemimpin Terus Diulit Kemewahan

Harakah

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mendakwa kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak ada kawalan ke atas perbelanjaan yang boros dan gaya hidup mewah.

Pada masa yang sama, rakyat pula katanya bakal dikenakan cukai barangan GST (Goods and Services Tax) yang sekaligus menyaksikan rakyat bawahan akan terus terbeban.

“Rang Undang-Undang berkaitan sudah diedarkan, tunggu masa hendak diluluskan dan akan dilaksanakan kutipan cukai baru itu ke atas segenap lapisan rakyat tanpa mengira miskin atau kaya.

“Sedangkan dia tidak ada kawalan ke atas perbelanjaan yang boros dan gaya hidup mewah, bahkan memperkenalkan cukai baru,” katanya.

Beliau berucap pada program Penjelasan Sidang Dewan Undangan Negeri dan Bajet 2012 Muslimat anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Lajnah Penerangan Muslimat PAS Negeri di JKR 10, Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini semalam.

Mengulas lanjut, Saifuddin mendakwa perbelanjaan negara terus bertambah akibat pemborosan, pembaziaran, kebocoran dan ketirisan.

“Sebagai contoh, perbelanjaan perjalanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib mencecah RM17 juta, pembayaran bill utility rumah Perdana Menteri dan Timbalannya serta bill air menelan belasan jutaan ringgit.

“Perbelanjaan itu boleh dikawal jika sekiranya cara hidup mewah dihentikan,” katanya.

Menututnya, ini berbeza dengan cara hidup menteri besar di negeri Pakatan Rakyat yang tidak menduduki rumah rasmi, bahkan mendapat pujian daripada Jabatan Audit Negara berkenaan pembaziran dan pemborosan.

Pemberian one-off hasil hutang

Selain itu, beliau mendakwa pengumuman insentif dalam Bajet 2012 oleh Datuk Seri Najib yang bersifat ‘One Off’ adalah hasil daripada hutang.

Menurutnya, negara terpaksa menambah hutang bagi menampakkan BN membiayai rakyat pada masa yang sama mereka menambah defisit negara.

“Hutang yang terpaksa dibuat bagi menampung defisit dan hutang jugalah bagi membiayai rakyat,” dakwanya.

Megnulas Laporan Ketua Audit Negara yang tidak dibentang biarpun perbahasan Bajet 2012 di peringkat dasar telah pun tamat, beliau yakin ada sesuatu yang tidak kena.

“Biasanya bukti-bukti salah urus ini akan dicatatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, setiap tahun.

“Peristiwa (kelewatan) ini saya lebih melihat bahawa ada sesuatu yang tidak kena walaupun penjelasan diberikan pihak Jabatan Audit,” katanya.

Sunday, October 23, 2011

PKR PAHANG SEMAKIN BERSEMANGAT, CALON BERWIBAWA AKAN DITAMPILKAN

PKR Pahang kini telah pun mempunyai senarai calon yang berwibawa untuk diketengahkan di dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Alhamdulillah, pembahagian kerusi bersama rakan di dalam Pakatan Rakyat di Negeri Pahang ini tidak menghadapi sebarang masalah besar atau merumitkan.

Biarpun dikatakan Parti KITA pimpinan Zaid Ibrahim akan bertanding di beberapa kerusi di Pahang, PKR Pahang tetap meraikan demokrasi dan sanggup bertanding hatta tiga penjuru mahu pun empat penjuru. Di khabarkan terdapat calon Bebas akan turut bertanding, namun kami tegaskan bahawa PKR tidak akan berkompromi dengan mana-mana calon selain dari yang telah kami pilih kerana matlamat PKR adalah untuk mengambil alih Kerajaan Negeri dari Umno/Bn.

Sejajar dengan keputusan Mesyuarat MPN ke-7 baru-baru ini, kami tidak mahu ada `calon lompat' atau `calon segera' ditonjolkan. Di Pahang, PKR mempunyai ramai calon yang layak dan senarai calon tersebut umumnya sudah dikenali ramai masyarakat di kawasan masing-masing. Kini tumpuan kami adalah mendekatkan diri kepada rakyat dengan membawa manifesto yang menjamin sebuah negeri yang berkebajikan.

Di bawah Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, PKR kini bergerak siang dan malam menembusi kawasan felda dan penempatan Orang Asal kerana hampir kesemua Parlimen di Negeri Pahang mempunyai jumlah pengundi yang ramai di kalangan Peneroka dan Orang asal, kecuali di Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota. Terlalu banyak isu yang Peneroka Felda dan Orang Asal tidak tahu yang melibatkan hak dan kepentingan mereka, justeru itu kami berusaha untuk menyedarkan mereka agar mereka tidak tertipu dan menjadi mangsa Umno/Bn selama-lamanya.

Meskipun Umno dikhabarkan bergolak di Pahang akibat beberapa pemimpin mereka sedang melobi untuk menjadi MB Pahang selepas PRU nanti, bagi kami itu tidak banyak membantu kami. Kami mahu tampil sebagai pengganti kepada Umno/Bn menerajui negeri ini atas kekuatan kami sendiri bukannya atas kelemahan dan perpecahan pihak lawan.

Friday, October 21, 2011

JEJAK FAKIR DEEPAVALI BERSAMA MP KUANTAN

TARIKH: 20 Okt 2011
MASA: 2.30 - 5.00 ptg

TEMPAT: Taman Inderapura, Kuantan
DALAM PROGRAM INI YB FUZIAH SALLEH TURUT TURUN PADANG UNTUK MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DEEPAVALI PADA FAKIR MISKIN INDA.

WAKIL DARI KELUARGA MISKIN

PENERIMA SUMBANGAN DEEPAVALI

SUMBANGAN BERUPA BERAS DAN KUEH

PENERIMA SUMBANGAN DEEPAVALI

FAKIR SERTA CACAT DARI KELUARGA INDIA




BEGITU SAYU DAN SEBAK SEKALI FAKIR CACAT (BUTA) ATAS KESUDIAN YB FUZIAH MENZIARAHI KELUARGANYA SERTA MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DEEPAVALI

Polis biadap, halang saya solat Jumaat – Shamsul

(Oleh Masdar Wahid)


GOMBAK 21 Okt : Ketua Angkatan Muda (AMK) KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, polis yang menahannya ketika beliau mahu menunaikan solat Jumaat tengahari tadi biadap dan bertentangan dengan hak kebebasan bersuara di negara ini.

“Saya beritahu polis, kalaupun nak tangkap, bagi saya solat Jumaat dahulu.

“(Malangnya) Saya langsung tidak dibenarkan solat meskipun solat Jumaat hampir dimulakan oleh Imam dan jemaah lain.

“Mereka (polis) terus berkasar dengan mengheret saya keluar dari masjid sebelum sebuah kereta peronda membawa kami keluar dari kawasan universiti,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

Shamsul ditahan di dalam Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ketika sedang Iqamat dan dikasari sekumpulan 15 anggota polis.

“Semasa saya ditangkap, beberapa rakan media alternatif dikasari dan telefon bimbit mereka dirampas sebelum dibaling ke tanah.

“Manakala sekumpulan mahasiswa yang cuba merakam insiden sama turut diherdik dan dikasari polis yang menangkap saya,” jelas Shamsul.

Beliau bersama pembantunya dikenali sebagai Khalid kemudian ditempatkan dalam kereta di tepi jalan sekitar Taman Melati, Gombak dengan dikawal polis dan pengawal keselamatan UIA.

Mereka bagaimanapun dibebaskan kira-kira 2.45 petang tadi.

Mengulas penangkapan itu, Shamsul kesal UIA sewajarnya menjadi tempat menyuburkan ilmu Islami seperti slogannya ‘Taman Ilmu dan Budi’ berlaku sebaliknya.

“Penahanan ini jelas membuktikan pentadbiran UIA begitu terdesak untuk mengekang keprihatinan massa di luar kelompok mahasiswa dan pensyarah lainnya, khusus dalam isu penggantungan Prof Dr Abdul Aziz ini,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Shamsul merupakan graduan UIA dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan juga bekas Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) universiti itu./http://www.keadilandaily.com/?p=21999

CERAMAH YB AZMIN ALI DAN PAK JABIT DI K.LIPIS MALAM INI


Malam ini, Jumaat (21 Okt 2011) PKR Cabang K.Lipis akan menganjurkan Ceramah Umum bertempat di Kg. Mela, K.Lipis, Pahang mulai jam 08.30 malam.

Pemidato utama malam ini adalah Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali di samping penceramah jemputan terdiri dari YB Leong Ngah Ngah, Sdr Zakaria Abdul Hamid (MPP), Dr Nilam Manaf (AJK PAS Pahang) dan Sdr Man Kadir@Pak Jabit.

Semua dijemput hadir dan mohon hebahkan.

Thursday, October 20, 2011

LAWATAN KERJA PKR KE KAWASAN PEKAN - MISI TAWAN PEKAN BERMULA

Rombongan pimpinan Negeri dan Cabang Pekan bersama Wakil penduduk Orang asal
Kg Tasik Mentiga, Cini

Ramai yang beranggapan bahawa Parlimen Pekan mustahil untuk dirampas oleh Pakatan Rakyat di dalam Pilihanraya Umum Ke 13 akan datang. Ini adalah kerana Parlimen tersebut diwakili oleh PM, Najib Tun Razak tambahan pula di Parlimen tersebut terletaknya dua kem tentera di Batu 9 dan Batu 10, iaitu Kem 4 Briged Mekanise dan TUDM Kuantan.

Kekuatan undi pos yang sering dipertikaikan ketelusannya oleh Pembangkang adalah aset buat Parlimen Pekan di samping penempatan kelompok orang asing seperti Kemboja yang ramai di Pekan dan mereka juga diberi hak untuk mengundi. Dikhabarkan juga, ramai Ketua-Ketua Kampong di kawasan Pekan yang ditaja pemergian mereka ke Tanah Suci Mekah tahun ini. Ini semua membuatkan ramai berpendapat Parlimen Pekan mustahil boleh dirampas oleh Pakatan Rakyat.



Prihatin, mendengar permasalahan mereka

PKR Pahang berpendapat sebaliknya. Kami amat serius untuk merampas Parlimen Pekan dan segala jentera telah mula digerakkan di segenap pelusuk Pekan termasuk kawasan felda dan penempatan Orang asal. Semangat kami semakin tinggi dan memuncak apatah lagi Cabang PKR Pekan kini mula diaktifkan kembali sekaligus menerima keahlian baru seramai lebih 200 orang baru-baru ini. Beberapa Ranting bakal diwujudkan di dalam tempoh seminggu dua ini.



Hari ini (20 Okt 2011), Cabang Pekan bersama wakil dari Ibu Pejabat PKR Negeri telah mengadakan dua lawatan kerja di sekitar Parlimen Pekan iaitu di perkampongan Orang Asal Kg Tasik Mentiga, Cini dan di Felda Cini 4. Rombongan kami disertai oleh bekas Adun Cini Sdr Jafri Rashid, Timbalan SU Negeri Sdr Kamarzaman, Ketua Penerangan Negeri Sdr Razali Alias, Ketua Cabang Pekan Sdr Roslan Tahir dan beberapa yang lain.



Inilah kawasan yang mereka dakwa tanah yang telah dirampas...


Di Kg Tasik Mentiga, kami telah bertemu dengan penduduk Orang Asal dan mereka banyak mengadu tentang permasahan mereka. Kami telah ditunjukkan satu kawasan tanah yang mereka dakwa tanah Orang Asal yang telah dirampas oleh pihak-pihak tertentu. Mereka juga menyuarakan masalah tentang pendidikan anak-anak mereka yang tidak diambil berat oleh pihak Kerajaan. Memang benar ketika kami sampai ke perkampongan tersebut lebih kurang jam 10.30 pagi, terdapat ramai kanak-kanak yang bermain di sekitar rumah mereka dan tidak bersekolah.



Perbincangan dan mesyuarat di rumah Pak Jalut, Felda Cini 4
bagi menyusun strategi menghadapi PRU

Selepas itu, kami menuju pula ke Felda Cini 4 untuk mengadakan pertemuan dan mesyuarat dengan beberapa penduduk di situ. Tuan Rumah, Sdr Pak Jalut telah sudi membenarkan pertemuan dan mesyuarat diadakan di rumah beliau. Turut berada di situ adalah Sdr Kamal, Timbalan Ketua Cabang Pekan dan Pak Din orang kuat PKR dan juga Naib Ketua Cabang Pekan serta beberapa penduduk di kawasan berkenaan. Kami berbincang banyak perkara termasuk perancangan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di kawasan-kawasan Felda di bawah Parlimen Pekan.

Mereka mengharapkan agar parti merancang untuk lebih kerap mengadakan ceramah di kawasan mereka. Di dalam masa terdekat ini, kami akan dijemput hadir untuk program penyerahan borang keahlian baru dari penduduk-penduduk di sini.

Melihat kepada semangat yang tinggi dari semua pimpinan dan penduduk Orang-Orang Asal serta para Peneroka Felda yang kami kunjungi, Parlimen Pekan bukan lagi mustahil untuk ditawan di dalam Pilihanraya Umum akan datang. Apa yang pasti, calon dari PKR yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan Dun di Pekan bukan calang-calang tokoh. Kami yakin dengan perancangan bersama rakan di dalam PAS, Najib tidak akan senang duduk selepas ini.

HIMPUN - SAMBUT BAIK KEPUTUSAN PUCUK PIMPINAN



Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang menyambut baik keputusan yang diambil oleh pucuk pimpinan Parti di peringkat Pusat yang tidak mahu melibatkan diri di dalam Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang dijadualkan pada Sabtu ini di Shah Alam.

Selain daripada PAS, beberapa NGO Islam juga tidak mahu terlibat di dalam perhimpunan tersebut termasuk dari WADAH dan juga ABIM. Langkah bijak PKR tidak mahu terlibat di dalam perhimpunan yang secara tiba-tiba menarik minat Umno itu sudah tentu mengecewakan beberapa pihak yang mahu melihat Pakatan Rakyat terperangkap dengan propaganda mereka.

Isunya di sini, semenjak bila Umno ikhlas untuk memartabatkan Islam apatah lagi untuk memantapkan akidah umat Islam sedangkan dasar-dasar mereka masih diselimuti dengan amalan rasuah. Semua tahu, Umno adalah penentang utama terhadap hukum Islam terutamanya hukum Hudud yang diperjuangkan oleh PAS. Umno juga gagal menggubal Undang-Undang Murtad sejak lebih 50 tahun mereka berkuasa. Umno terus memperkayakan tokeh-tokeh judi dan ada di antara tokoh mereka mempunyai anak yang menguasai kilang arak terbesar di luar negara. Jika tidak percaya, cuba bertanya kepada Tun Mahathir siapakah yang memiliki saham terbesar kilang arak di Filipina?

Memandangkan keadaan ini, maka jelas kepada kita ada cubaan pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan keresahan di kalangan berbagai ugama di negara ini untuk melindungi kerajaan mereka yang rasuah dan anti Islam itu.

PKR tegas dan komited untuk terus memelihara martabat Islam bersama Parti PAS, dan DAP walaupun DAP mempunyai perbezaan pendapat dengan PAS namun perbezaan pendapat mereka jauh lebih baik dari Umno yang sejak dahulu lagi menentang perlaksanaan hukum Islam.

Wednesday, October 19, 2011

MESYUARAT MPN DAN SEKITAR MAJLIS DOA SELAMAT UNTUK PENGERUSI MPN DAN ISTERI

Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri Pahang (MPN) Kali ke-7 telah diadakan pada 18 Okt 2011 jam 3 petang di Ibu Pejabat Negeri, Jalan Beserah, Kuantan.



Pemangku Pengerusi MPN, Sdr Ahmad Nizam Hamid sedang mempengerusikan Mesyuarat MPN Kali Ke-7

Mesyuarat kali ini telah diPengerusikan oleh Pemangku Pengerusi MPN, Sdr Ahmad Nizam Hamid. Semua ahli MPN turut hadir di dalam mesyuarat tersebut yang agenda utamanya adalah bagi membincangkan persediaan dan persiapan menghadapi Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka akan diadakan tidak beberapa lama lagi.



Secara umumnya, MPN setakat ini berpuashati dengan prestasi parti di semua Cabang, walaupun beberapa aspek didapati masih mempunyai kelemahan yang perlu diperbaiki sertamerta. MPN juga mengambil ketetapan untuk bersedia menerima sebarang calon yang dipilih bagi mewakili parti di dalam Pilihanraya Umum akan datang samada di peringkat Dun mahu pun Parlimen. Di peringkat Dun, senarai calon kini hampir lengkap dan akan dibincangkan di peringkat Biro Politik Negeri sebelum keputusan muktamad dibuat.



MPN mengucapkan syabas kepada Cabang Pekan yang baru selesai mengadakan MATC dan pemilihan AJK yang baru sekaligus berjaya menarik keahlian seramai 183 ahli baru. Diharapkan di bawah Ketua Cabang yang baru, Sdr Roslan Tahir akan dapat mengembalikan kegemilangan Cabang Pekan yang dahulunya parti pernah memenangi kerusi Dun Cini.



Sesi bergambar selepas Mesyuarat MPN

Selepas mesyuarat diadakan, MPN telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena pemergian Pengerusi MPN, Dato' Fauzi Abd Rahman serta isteri ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan Fardhu Haji. Dato' Fauzi turut hadir pada majlis tersebut. Beliau dijadualkan berlepas ke Tanah Suci Mekah pada 22 Okt ini.



Dato' Fauzi Abd Rahman sedang menyampaikan amanatnya sebelum beliau ke Tanah Suci

Di dalam ucapan dan amanatnya, Dato' Fauzi berpesan agar semua pimpinan parti memperkuatkan ukhwah dan kerjasama bagi memperkasakan parti khususnya di Negeri Pahang ini. Beliau mahu agar segala perbezaan pendapat diraikan bersama agar perpaduan sesama kita yang ada sekarang dipertahankan. Dalam nada yang sebak, beliau mahu semua pimpinan dan ahli parti bersatu tenaga, jujur dan ikhlas serta bekerja dengan lebih kuat. Beliau berjanji akan berdoa di Tanah Suci nanti semoga parti yang disayangi ini beroleh kejayaan di dalam Pilihanraya Umum akan datang bagi melakukan perubahan khususnya di Negeri Pahang ini.



Majlis Tahlil dan Doa Selamat diadakan di Ibu Pejabat PKR Negeri


MPN dan semua pimpinan di semua peringkat serta semua ahli parti mengucapkan selamat menunaikan Fadhu Haji kepada Dato' Fauzi dan isteri. Kami semua sentiasa mendoakan agar perjalanan pergi dan balik beliau bersama isteri sentiasa dilindungi Allah dan dapat melaksanakan ibadah Haji dengan sempurna. Kami akan sabar menanti kepulangan beliau untuk bersama-sama meneruskan perjuangan di dalam parti, InsyaAllah.