KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, October 23, 2011

PKR PAHANG SEMAKIN BERSEMANGAT, CALON BERWIBAWA AKAN DITAMPILKAN

PKR Pahang kini telah pun mempunyai senarai calon yang berwibawa untuk diketengahkan di dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Alhamdulillah, pembahagian kerusi bersama rakan di dalam Pakatan Rakyat di Negeri Pahang ini tidak menghadapi sebarang masalah besar atau merumitkan.

Biarpun dikatakan Parti KITA pimpinan Zaid Ibrahim akan bertanding di beberapa kerusi di Pahang, PKR Pahang tetap meraikan demokrasi dan sanggup bertanding hatta tiga penjuru mahu pun empat penjuru. Di khabarkan terdapat calon Bebas akan turut bertanding, namun kami tegaskan bahawa PKR tidak akan berkompromi dengan mana-mana calon selain dari yang telah kami pilih kerana matlamat PKR adalah untuk mengambil alih Kerajaan Negeri dari Umno/Bn.

Sejajar dengan keputusan Mesyuarat MPN ke-7 baru-baru ini, kami tidak mahu ada `calon lompat' atau `calon segera' ditonjolkan. Di Pahang, PKR mempunyai ramai calon yang layak dan senarai calon tersebut umumnya sudah dikenali ramai masyarakat di kawasan masing-masing. Kini tumpuan kami adalah mendekatkan diri kepada rakyat dengan membawa manifesto yang menjamin sebuah negeri yang berkebajikan.

Di bawah Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, PKR kini bergerak siang dan malam menembusi kawasan felda dan penempatan Orang Asal kerana hampir kesemua Parlimen di Negeri Pahang mempunyai jumlah pengundi yang ramai di kalangan Peneroka dan Orang asal, kecuali di Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota. Terlalu banyak isu yang Peneroka Felda dan Orang Asal tidak tahu yang melibatkan hak dan kepentingan mereka, justeru itu kami berusaha untuk menyedarkan mereka agar mereka tidak tertipu dan menjadi mangsa Umno/Bn selama-lamanya.

Meskipun Umno dikhabarkan bergolak di Pahang akibat beberapa pemimpin mereka sedang melobi untuk menjadi MB Pahang selepas PRU nanti, bagi kami itu tidak banyak membantu kami. Kami mahu tampil sebagai pengganti kepada Umno/Bn menerajui negeri ini atas kekuatan kami sendiri bukannya atas kelemahan dan perpecahan pihak lawan.

No comments:

Post a Comment