Pagi tadi (09 Okt 2011) 'Himpunan Hijau 109" anjuran Solidariti Rakyat Pahang yang bertemakan 'Membebaskan Negeri Pahang Dari Risiko Pencemaran' telah bermula awal jam 06.00 pagi sehingga jam 09.00 pagi bertempat di Taman Gelora, Kuantan, Pahang.
Sekatan oleh Polis menuju laluan Taman Gelora. Orang ramai terpaksa berjalan kaki ke lokasi perhimpunan.
Di antara pimpinan politik yang hadir termasuk dari beberapa NGO adalah yang tidak asing lagi dengan isu Lynas, YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), Tan Bun Teat (Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas), Andansura Rabu (Pengerusi BADAR), Dato' Ambiga Sreenevasan (Pengerusi Bersih 2.0) termasuk juga wakil Ahli Parlimen Australia (Green) iaitu Robin Chapple, Wong Tat, See Ping (SEPA's) dan lain-lain pemimpin NGO serta kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Selain dari media tempatan dan luar negara, turut hadir sebagai `pemantau' dari pihak Umno dan Kerajaan Negeri serta PERKASA menjadikan program ini bertambah meriah.
Kehadiran orang ramai amat mengejutkan. Persembahan gendang dan kompang dari
berbagai kaum memeriahkan program pagi tadi.
Kami dari media PKR Pahang hadir lebih kurang jam 7.00 pagi melihat jalan memasuki Taman Gelora telah diadakan sekatan oleh pihak Polis. Orang ramai terpaksa meninggalkan kenderaan masing-masing sejauh lebih kurang 500 meter berjalan kaki ke lokasi perhimpunan di tepi pantai Taman Gelora. Kebetulan PLKN juga mengadakan program mereka di lokasi yang sama dan beberapa buah bas yang membawa peserta PLKN sahaja yang dibenarkan memasuki taman tersebut.
Kelihatan YB Fuziah di hadapan anak muda dari AMK yang turun bersama.
Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S. Ambiga turut hadir.
Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S. Ambiga turut hadir.
Mulanya kami menjangkakan sudah tentu perhimpunan kali ini tidak mendapat sambutan seperti sebelumnya memandangkan beberapa minggu yang lalu, media perdana hampir setiap malam menyerang kumpulan yang menentang projek Lynas di Gebeng, Kuantan sehinggakan Pengacara terkenal Karam singh Walia terpaksa `berpantun dan bermadah' untuk menegakkan banang basah di samping memburukkan `Wanita Besi' YB Fuziah Salleh. Memeranjatkan sekali, kehadiran ribuan rakyat pada perhimpunan kali ini berlipat kali ganda dari program-program yang dianjurkan sebelum ini. Ertinya, rakyat Kuantan khususnya telah memberi keputusan muktamad bahawa `Lynas wajib ditolak".
Ribuan rakyat menyertai himpunan pagi tadi walaupun terdapat sekatan menuju ke lokasi berhimpun
Nampaknya, bajet yang baru diumumkan oleh Najib beberapa hari yang lalu tidak mampu `mengkhayalkan' rakyat dari melupakan isu Lynas. Najib boleh tabur berapa bilion wang untuk umpan kepada rakyat, tapi rakyat Pahang khususnya lebih pentingkan keselamatan masa depan mereka. Pagi tadi, ribuan rakyat melahirkan rasa hati mereka agar kerajaan peka terhadap tuntutan rakyat agar projek Lynas ini dihentikan serta merta.
Kaum Orang Asal juga turut berhimpun memegang sepanduk dan poster.
Kelihatan anak muda termasuk anak gadis YB Fuziah Salleh membuat cop telapak tangan di kain rentang.
Turut kelihatan kaum berbangsa Cina sertai perhimpunan pagi tadi.
Beberapa sepanduk, banner dan berbagai aktiviti yang dijalankan pagi tadi oleh rakyat berbagai kaum termasuk dari kaum Orang Asal Pahang cukup jelas menggambarkan projek Lynas ini ditolak oleh rakyat kecuali mereka yang buta hati dan berkepentingan semata-mata. Pihak `luar' yang cuba menimbulkan provokasi nampaknya gagal kali ini kerana kehadiran ribuan rakyat di sini membuatkan mereka berfikir dua tiga kali untuk melakukan tindakan `bodoh' sepertimana yang sering mereka lakukan.Kelihatan anak muda termasuk anak gadis YB Fuziah Salleh membuat cop telapak tangan di kain rentang.
Turut kelihatan kaum berbangsa Cina sertai perhimpunan pagi tadi.
Peserta PLKN pun mempunyai program di lokasi yang sama. Turut kelihatan `pemantau' dari
Pejabat MB yang turut menyibukkan keadaan.
Pejabat MB yang turut menyibukkan keadaan.
Himpunan yang cuba digagalkan dengan mengadakan program dari PLKN di lokasi yang sama memakan diri apabila kelihatan peserta-peserta dan jurulatih PLKN sendiri tertarik dengan "Himpunan Hijau 109'. Program berjalan lancar walaupun dengan kehadiran ramai anggota Polis beserta FRU ditugaskan di situ.
Tahniah kepada pihak Penganjur dengan kerjasama parti-parti politik dari Pakatan Rakyat dan beberapa NGO lain yang terlibat. Gambar-gambar serta video menarik boleh diikuti di sini.
No comments:
Post a Comment