KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, October 14, 2011

EZAM BUANG MASA MEMBUAT LAPORAN POLIS

Sehingga hari ini terdapat lima laporan polis dibuat terhadap Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari kerana didakwa mempertikai titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Salah satunya telah dilaporkan oleh Senator Ezam Mohd Noor yang dahulunya amat membenci rasuah tetapi kini berada di dalam parti kerajaan yang masih menyimpan pengamal rasuah.

Tidak dipastikan samada Ezam sudah membaca kenyataan penuh Prof Dr Abdul Aziz Bari berkaitan isu tersebut atau Ezam hanya berkitabkan Utusan atau merujuk kepada TV3. Jika beliau membacanya di dalam keadaan masih waras, sudah pasti beliau tidak akan melakukan kerja bodoh dan sia-sia iaitu membuat laporan Polis terhadap Prof Dr Abdul Aziz Bari. Apa asasnya tuduhan beliau dan di mana yang menyebut Prof berkenaan menghina Sultan Selangor?

Semenjak bila institusi Raja tidak boleh ditegur mahupun dikritik? Sewaktu Ezam berada di dalam Keadilan, beliau pernah menyebut 'Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah". Sultan Selangor tidak berlaku zalim dan Prof Dr Abdul Aziz Bari tidak menyanggahnya sepertimana Hang Jebat `menyanggah' Sultan Melaka di dalam cerita Hikayat Hang Tuah. Cuma, Prof Dr Abdul Aziz Bari memberikan pandangan beliau tentang hak dan kuasa raja-raja terutamanya di dalam bidang Agama Islam. Salahkah jika kita memberikan pendapat dan pandangan kepada raja-raja?

Jika kita baca di sini, jelas keikhlasan Prof Dr Abdul Aziz Bari mahu memelihara martabat raja-raja agar tidak tergelincir dari tanggungjawab sebagai Ketua Agama. Apa jua kuasa yang ada pada raja-raja mestilah berlandaskan agama kerana raja-raja adalah Ketua Agama. Jika melihat kepada tindakan Ezam itu, jelas Ezam sendiri tidak memahami apa yang Prof Dr Abdul Aziz Bari sebutkan. Beliau seolah-olah hanya mahu mencari publisiti murahan dengan mewujudkan satu cara provokasi untuk merenggangkan hubungan Istana dengan Kerajaan Negeri.

Kita yakin usaha Ezam ini akan mendapat kegagalan sama seperti usaha beliau untuk menjatuhkan kredibiliti DS Anwar Ibrahim sebelum ini. Apabila segala usaha beliau gagal, Ezam sanggup meletakkan maruah dirinya ke tahap paling rendah dengan menggunakan nama Istana untuk menunjukkan beliau teramat setia dengan raja-raja.

Akhirnya, marilah kita renungi pidato Sayyidina Abu Bakar ketika beliau dilantik menjadi Khalifah. "Wahai semua orang-orang yang hadir, saya dilantik menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukannya orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya saya seorang yang berlaku baik, tolonglah saya. Sekiranya saya berlaku buruk, perbetulkan saya ."

No comments:

Post a Comment