Sejajar dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 31 Jul 2011 yang lalu, PKR Cabang Pekan yang sebelum ini telah digantung telah diberi amanah kepada Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang untuk diaktifkan kembali.
Sekitar MATC Cabang PKR Pekan
Sehubungan itu, MPN telah diarahkan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Pekan bagi tahun 2011 dengan mengadakan pemilihan Jawatankuasa baru Cabang. Berlanjutan daripada itu, MATC telah diadakan pada 02 Oktober 2011 bertempat di Markas PAS Cini 3, Pekan, Pahang. Pengundian dijalankan bermula pukul 10.00 pagi sehingga 4.00 petang, manakala mesyuarat diadakan mulai jam 2.00 petang.
Proses mengundi dan pengiraan undi berlangsung
Di dalam pemilihan Jawatankuasa baru Cabang ini, pertandingan yang menjadi tumpuan adalah perebutan jawatan Ketua Cabang dan Timbalan Ketua Cabang. Hanya jawatan Ketua Cabang dan Timbalan Ketua Cabang sahaja yang dipertandingkan, manakala jawatan Naib Ketua Cabang telah dimenangi oleh Sdr Jamaluddin bin Shariff yang menang tanpa bertanding. Manakala jawatan 15 Ahli Jawatankuasa Cabang yang disenaraikan tiada pertandingan.
Jawatan yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
1. Ketua Cabang: Hanya dua calon bertanding iaitu Sdr Abd Rahman bin Othman dan Sdr Roslan bin Mohd Tahir. Keputusannya, Sdr Roslan bin Mohd Tahir telah dipilih menjadi Ketua Cabang PKR Pekan dengan mengalahkan Sdr Abd Rahman bin Othman dengan majoriti 27 undian, manakala 3 undi rosak.
2. Timbalan Ketua Cabang: Dua calon yang bertanding iaitu Sdr Mohd Kamal bin Yusof dan Sdr Ponusamy Al Govindasamy. Keputusannya, Sdr Mohd Kamal bin Yusof telah dipilih menjadi Timbalan Ketua Cabang dengan mengalahkan Sdr Ponusamy Al Govindasamy dengan majoriti 42 undian, dan 2 undi rosak.
Sekitar mesyuarat dan membahas usul. Turut kelihatan Pengawas dari PKR Pusat.
Sepanjang pemilihan dijalankan, Pengawas dari PKR Pusat telah hadir iaitu Sdr Hadi bin Suhaimi dan juga Puan Maisuri bin Zainal.
Mesyuarat Agung Tahunan Cabang pula telah dirasmikan oleh Sdr Kamarzaman bin Yunus, Timbalan Setiausaha PKR Negeri Pahang. Di antara usul yang menarik perhatian di dalam MATC kali ini adalah usul daripada Sdr Zaidi bin Ahmad yang mencadangkan agar parti mengubah dasar berkaitan pemilihan iaitu undian dilakukan di peringkat Ranting masing-masing kemudiannya Ranting akan melantik Perwakilan mereka ke pemilihan di Peringkat Cabang. Ini adalah bagi mengelakkan dari kesulitan ahli-ahli untuk hadir mengundi di samping mengurangkan masalah sekiranya tempat diadakan mesyuarat tidak sempurna atau kecil. Cadangan ini disokong sebulat suara.
Suatu pertanda baik bagi PKR Negeri Pahang, pada MATC hari ini PKR Pahang telah menerima kemasukan ahli baru seramai 184 orang. Kemasukan ahli baru dari Pekan seramai 138 orang, dari Rompin seramai 33 orang dan Paya Besar seramai 13 orang. Borang ahli baru di kawasan Parlimen Pekan telah diserahkan kepada Pengarah Pilihanraya Negeri, Sdr Zaidi Ahmad oleh Sdr Roslan Mohd Tahir selaku Ketua Cabang yang baru dipilih.
PKR Negeri mengucapkan syabas dan tahniah kepada PKR Cabang Pekan yang telah berjaya mengadakan MATC dengan baik dan sempurna di bawah Sdr Razali Alias, selaku Penyelaras MATC Cabang Pekan. Kepada yang berjaya dipilih, kita mengharapkan agar mereka dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan jujur, ikhlas dan dedikasi. Kepada mereka yang tidak terpilih, peranan mereka kepada parti masih ditagih agar dapat bersama-sama berganding bahu dengan kepimpinan yang baru demi meningkat prestasi parti agar kita dapat melakukan perubahan `Demi Rakyat'.

Sdr Razali Alias, Penyelaras PKR Cabang Pekan berucap. Perasmian oleh Sdr Kamarzaman Yunos,
Timbalan S/Usaha PKR Negeri

Penyerahan borang keahlian baru oleh Ketua Cabang yang baru Sdr Roslan Mohd Tahir kepada Pengarah Pilihanraya PKR Negeri, Sdr Zaidi Ahmad.
Suatu pertanda baik bagi PKR Negeri Pahang, pada MATC hari ini PKR Pahang telah menerima kemasukan ahli baru seramai 184 orang. Kemasukan ahli baru dari Pekan seramai 138 orang, dari Rompin seramai 33 orang dan Paya Besar seramai 13 orang. Borang ahli baru di kawasan Parlimen Pekan telah diserahkan kepada Pengarah Pilihanraya Negeri, Sdr Zaidi Ahmad oleh Sdr Roslan Mohd Tahir selaku Ketua Cabang yang baru dipilih.
PKR Negeri mengucapkan syabas dan tahniah kepada PKR Cabang Pekan yang telah berjaya mengadakan MATC dengan baik dan sempurna di bawah Sdr Razali Alias, selaku Penyelaras MATC Cabang Pekan. Kepada yang berjaya dipilih, kita mengharapkan agar mereka dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan jujur, ikhlas dan dedikasi. Kepada mereka yang tidak terpilih, peranan mereka kepada parti masih ditagih agar dapat bersama-sama berganding bahu dengan kepimpinan yang baru demi meningkat prestasi parti agar kita dapat melakukan perubahan `Demi Rakyat'.
No comments:
Post a Comment