KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, October 13, 2011

MAHU MELIHAT SULTAN PAHANG DAN SELANGOR MEMBERIKAN TAZKIRAH

Ingin melihat Sultan Selangor memberikan tazkirah

Apabila timbulnya isu `Tauliah' untuk berdakwah melalui Tazkirah di Selangor, maka bermacam-macam pendapat dan pandangan yang dikeluarkan. Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata, orang politik tidak boleh sebut politik di dalam masjid walaupun politik Islam, jelas menunjukkan JAIS beriktikad `di dalam Islam tiada politik'.

Tazkirah pula memerlukan Tauliah walaupun sekadar bertazkirah yakni saling ingat mengingati sesama Islam, menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat mungkar. Nama Sultan digunakan untuk memperkuatkan hujah mereka bahawa kononnya Sultan tidak mahu masjid digunakan untuk berpolitik, hatta politik Islam sekalipun. Mereka menyebut Sultan adalah Ketua agama.

Kita amat bersetuju jika Sultan menjadi Ketua Agama. Sebagai Ketua Agama, Sultan amat sesuai sekali untuk memberikan tazkirah kepada rakyat jelata. Sehubungan itu, apalah kiranya Tuanku mencemar duli dengan memberikan tazkirah kepada rakyat kerana Wakil-Wakil Rakyat tidak lagi mudah untuk bertazkirah mengikut peraturan yang ada.

Kita mengalu-alukan pendapat yang meminta semua Raja-Raja Melayu turun ke masjid atau surau untuk memberikan tazkirah. Sudah tentu kita rakyat di Pahang amat bertuah jika Sultan Pahang pun bersetuju untuk memberikan tazkirah kepada kita. Begitu juga di Selangor, rakyat di Selangor sudah lama menanti untuk mendengar tazkirah dari Tuanku. Kita yakin, selaku Ketua Agama mereka boleh bercakap tentang agama melalui tazkirahnya nanti.

No comments:

Post a Comment