KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, October 16, 2011

CABANG CAMERON HIGHLAND DAN PAYA BESAR ADAKAN MATC HARI INI

Mesyuarat Agong Tahunan Cabang (MATC) bagi seluruh Cabang PKR Negeri Pahang hampir selesai. Hari ini (16 Okt), hanya dua Cabang terakhir akan mengadakan MATC mereka iaitu Cabang PKR Cameron Highland dan juga Cabang PKR Paya Besar, Kuantan.

Bagi Cabang Cameron Highland, MATC akan diadakan di Pej PKR Cabang Cameron Highland, Habu Height Felicia, Ringlet, Cameron Highland. Manakala bagi Cabang Paya Besar pula akan diadakan di Markas PKR Panching Selatan (F), Panching Selatan, Kuantan bermula jam 02.00 petang.

Semua ahli yang didaftarkan di bawah Cabang masing-masing diminta hadir untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap parti agar parti sentiasa berada di tahap kesiapsiagaan yang tinggi bagi menghadapi Pilihanraya Umum tidak beberapa lama lagi.

Selamat Bersidang. Salam Perjuangan.

No comments:

Post a Comment