Perkara itu sebelum ini dinyatakan dalam satu jawapan bertulis yang diberi Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz di parlimen.
Belanja tersebut digunakan Perdana Menteri untuk mengadakan lawatan sebanyak 42 kali ke luar negara, termasuk ke Amerika Syarikat membabitkan perbelanjaan lebih RM1 juta.
Sehubungan itu, senator Dr Syed Husin Ali mempersoalkan mengapa belanja yang begitu besar digunakan oleh perdana menteri untuk mengadakan lawatan tersebut menggunakan wang rakyat.
“Saya ingin tahu apakah kepentingan sebenar dan keuntungan yang diperolehi dari belanja yang begitu banyak,” kata Syed Husin ketika mengadakan sidang media di lobi Dewan negara tengahari tadi.
Menurut Syed Husin, dalam tempoh berkenaan iaitu selama 588 hari, sebanyak 274 hari telah digunakan perdana menteri untuk berada di luar negara.
“Ertinya ia melibatkan hampir separuh dari tempoh itu, beliau ke luar negara padahal begitu banyak masalah dalam negara yang perlu ditangani, dan belanjanya (ke luar negara) juga besar./Keadilan Online
No comments:
Post a Comment