KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, October 19, 2011

MESYUARAT MPN DAN SEKITAR MAJLIS DOA SELAMAT UNTUK PENGERUSI MPN DAN ISTERI

Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri Pahang (MPN) Kali ke-7 telah diadakan pada 18 Okt 2011 jam 3 petang di Ibu Pejabat Negeri, Jalan Beserah, Kuantan.



Pemangku Pengerusi MPN, Sdr Ahmad Nizam Hamid sedang mempengerusikan Mesyuarat MPN Kali Ke-7

Mesyuarat kali ini telah diPengerusikan oleh Pemangku Pengerusi MPN, Sdr Ahmad Nizam Hamid. Semua ahli MPN turut hadir di dalam mesyuarat tersebut yang agenda utamanya adalah bagi membincangkan persediaan dan persiapan menghadapi Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka akan diadakan tidak beberapa lama lagi.



Secara umumnya, MPN setakat ini berpuashati dengan prestasi parti di semua Cabang, walaupun beberapa aspek didapati masih mempunyai kelemahan yang perlu diperbaiki sertamerta. MPN juga mengambil ketetapan untuk bersedia menerima sebarang calon yang dipilih bagi mewakili parti di dalam Pilihanraya Umum akan datang samada di peringkat Dun mahu pun Parlimen. Di peringkat Dun, senarai calon kini hampir lengkap dan akan dibincangkan di peringkat Biro Politik Negeri sebelum keputusan muktamad dibuat.



MPN mengucapkan syabas kepada Cabang Pekan yang baru selesai mengadakan MATC dan pemilihan AJK yang baru sekaligus berjaya menarik keahlian seramai 183 ahli baru. Diharapkan di bawah Ketua Cabang yang baru, Sdr Roslan Tahir akan dapat mengembalikan kegemilangan Cabang Pekan yang dahulunya parti pernah memenangi kerusi Dun Cini.



Sesi bergambar selepas Mesyuarat MPN

Selepas mesyuarat diadakan, MPN telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena pemergian Pengerusi MPN, Dato' Fauzi Abd Rahman serta isteri ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan Fardhu Haji. Dato' Fauzi turut hadir pada majlis tersebut. Beliau dijadualkan berlepas ke Tanah Suci Mekah pada 22 Okt ini.



Dato' Fauzi Abd Rahman sedang menyampaikan amanatnya sebelum beliau ke Tanah Suci

Di dalam ucapan dan amanatnya, Dato' Fauzi berpesan agar semua pimpinan parti memperkuatkan ukhwah dan kerjasama bagi memperkasakan parti khususnya di Negeri Pahang ini. Beliau mahu agar segala perbezaan pendapat diraikan bersama agar perpaduan sesama kita yang ada sekarang dipertahankan. Dalam nada yang sebak, beliau mahu semua pimpinan dan ahli parti bersatu tenaga, jujur dan ikhlas serta bekerja dengan lebih kuat. Beliau berjanji akan berdoa di Tanah Suci nanti semoga parti yang disayangi ini beroleh kejayaan di dalam Pilihanraya Umum akan datang bagi melakukan perubahan khususnya di Negeri Pahang ini.



Majlis Tahlil dan Doa Selamat diadakan di Ibu Pejabat PKR Negeri


MPN dan semua pimpinan di semua peringkat serta semua ahli parti mengucapkan selamat menunaikan Fadhu Haji kepada Dato' Fauzi dan isteri. Kami semua sentiasa mendoakan agar perjalanan pergi dan balik beliau bersama isteri sentiasa dilindungi Allah dan dapat melaksanakan ibadah Haji dengan sempurna. Kami akan sabar menanti kepulangan beliau untuk bersama-sama meneruskan perjuangan di dalam parti, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment