KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, October 4, 2011

TAHNIAH PKR INDERA MAHKOTA - MAJLIS PENUBUHAN RANTING DAN SERAHAN BORANG AHLI KEADILAN

PERASMIAN PENUBUHAN RANTING INDERA MAHKOTA 1 ,
DAN SERAHAN BORANG AHLI KEADILAN DARIPADA AHLI UMNO SERAMAI 37 ORANG

TEMPAT: RESTORAN RAHMAT, ATABARA, KUANTAN

TARIKH : 2 OKTOBER

MASA : 5 PETANG


Pengerusi PKR Negeri, Dato' Fauzi Abd Rahman berbual dengan MP Kuantan, YB Fuziah Salleh sambil diperhatikan oleh Sdr Hassan, Penaja Ranting Indera Mahkota 1


Dato' Fauzi menyampaikan ucapan rengkas



Ucapan YB Fuziah Salleh


Sdr Hassan Nordin, Penaja Ranting PKR Indera Mahkota 1 sebagai orang penting yang membawa ramai ahli Umno menyertai PKR di Indera Mahkota 1



Sdr Hassan menyerahkan Borang Keahlian Baru kepada YB Fuziah Salleh. Di Belakang turut Kelihatan Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota



Terdapat khabar angin yang menyebut bahawa PKR Indera Mahkota mempunyai masalah sehinggakan kononnya Umno merasa yakin untuk menawan Parlimen Indera Mahkota di dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Sebaliknya apa yang berlaku, Cabang Indera Mahkota dilihat semakin kuat meskipun masih kekosongan jawatan Ketua Cabang. Namun, semangat setiakawan dan komitmen kesemua ahli Cabang Indera Mahkota dengan gerak kerja yang ikhlas menjadikan segala masalah dapat diatasi dengan kepimpinan yang ada termasuk dengan kekuatan jentera dari AMK/Wanita.

Kemasukan seramai 37 orang ahli Umno Indera Mahkota ke dalam PKR serentak dengan pembubaran Umno Cawangan Indera Mahkota 1 menjadikan Cabang Indera Mahkota kini mempunyai 15 Ranting PKR yang baru.

PKR Negeri mengucapkan syabas kepada semua ahli Cabang Indera Mahkota, khususnya di kawasan Indera Mahkota 1 kerana bekerja kuat untuk mempertingkatkan gerak kerja di kawasan berkenaan.

No comments:

Post a Comment