KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, October 20, 2011

LAWATAN KERJA PKR KE KAWASAN PEKAN - MISI TAWAN PEKAN BERMULA

Rombongan pimpinan Negeri dan Cabang Pekan bersama Wakil penduduk Orang asal
Kg Tasik Mentiga, Cini

Ramai yang beranggapan bahawa Parlimen Pekan mustahil untuk dirampas oleh Pakatan Rakyat di dalam Pilihanraya Umum Ke 13 akan datang. Ini adalah kerana Parlimen tersebut diwakili oleh PM, Najib Tun Razak tambahan pula di Parlimen tersebut terletaknya dua kem tentera di Batu 9 dan Batu 10, iaitu Kem 4 Briged Mekanise dan TUDM Kuantan.

Kekuatan undi pos yang sering dipertikaikan ketelusannya oleh Pembangkang adalah aset buat Parlimen Pekan di samping penempatan kelompok orang asing seperti Kemboja yang ramai di Pekan dan mereka juga diberi hak untuk mengundi. Dikhabarkan juga, ramai Ketua-Ketua Kampong di kawasan Pekan yang ditaja pemergian mereka ke Tanah Suci Mekah tahun ini. Ini semua membuatkan ramai berpendapat Parlimen Pekan mustahil boleh dirampas oleh Pakatan Rakyat.



Prihatin, mendengar permasalahan mereka

PKR Pahang berpendapat sebaliknya. Kami amat serius untuk merampas Parlimen Pekan dan segala jentera telah mula digerakkan di segenap pelusuk Pekan termasuk kawasan felda dan penempatan Orang asal. Semangat kami semakin tinggi dan memuncak apatah lagi Cabang PKR Pekan kini mula diaktifkan kembali sekaligus menerima keahlian baru seramai lebih 200 orang baru-baru ini. Beberapa Ranting bakal diwujudkan di dalam tempoh seminggu dua ini.



Hari ini (20 Okt 2011), Cabang Pekan bersama wakil dari Ibu Pejabat PKR Negeri telah mengadakan dua lawatan kerja di sekitar Parlimen Pekan iaitu di perkampongan Orang Asal Kg Tasik Mentiga, Cini dan di Felda Cini 4. Rombongan kami disertai oleh bekas Adun Cini Sdr Jafri Rashid, Timbalan SU Negeri Sdr Kamarzaman, Ketua Penerangan Negeri Sdr Razali Alias, Ketua Cabang Pekan Sdr Roslan Tahir dan beberapa yang lain.



Inilah kawasan yang mereka dakwa tanah yang telah dirampas...


Di Kg Tasik Mentiga, kami telah bertemu dengan penduduk Orang Asal dan mereka banyak mengadu tentang permasahan mereka. Kami telah ditunjukkan satu kawasan tanah yang mereka dakwa tanah Orang Asal yang telah dirampas oleh pihak-pihak tertentu. Mereka juga menyuarakan masalah tentang pendidikan anak-anak mereka yang tidak diambil berat oleh pihak Kerajaan. Memang benar ketika kami sampai ke perkampongan tersebut lebih kurang jam 10.30 pagi, terdapat ramai kanak-kanak yang bermain di sekitar rumah mereka dan tidak bersekolah.



Perbincangan dan mesyuarat di rumah Pak Jalut, Felda Cini 4
bagi menyusun strategi menghadapi PRU

Selepas itu, kami menuju pula ke Felda Cini 4 untuk mengadakan pertemuan dan mesyuarat dengan beberapa penduduk di situ. Tuan Rumah, Sdr Pak Jalut telah sudi membenarkan pertemuan dan mesyuarat diadakan di rumah beliau. Turut berada di situ adalah Sdr Kamal, Timbalan Ketua Cabang Pekan dan Pak Din orang kuat PKR dan juga Naib Ketua Cabang Pekan serta beberapa penduduk di kawasan berkenaan. Kami berbincang banyak perkara termasuk perancangan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di kawasan-kawasan Felda di bawah Parlimen Pekan.

Mereka mengharapkan agar parti merancang untuk lebih kerap mengadakan ceramah di kawasan mereka. Di dalam masa terdekat ini, kami akan dijemput hadir untuk program penyerahan borang keahlian baru dari penduduk-penduduk di sini.

Melihat kepada semangat yang tinggi dari semua pimpinan dan penduduk Orang-Orang Asal serta para Peneroka Felda yang kami kunjungi, Parlimen Pekan bukan lagi mustahil untuk ditawan di dalam Pilihanraya Umum akan datang. Apa yang pasti, calon dari PKR yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan Dun di Pekan bukan calang-calang tokoh. Kami yakin dengan perancangan bersama rakan di dalam PAS, Najib tidak akan senang duduk selepas ini.

No comments:

Post a Comment