KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, October 5, 2011

ISU PERTEMUAN DENGAN DUTA AMERIKA, DATO' FAUZI BONGKAR KISAH SEBENAR


Pengerusi PKR Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman akhirnya membuka mulut berkaitan isu perjumpaan yang dikatakan `terserempak' dengan Duta Amerika Syarikat di Hotel Hyatt baru-baru ini. Beliau ingin menjelaskan perkara yang sebenar kerana beliau tahu Umno Pahang amat susah hati apabila mendapat tahu adanya perjumpaan tersebut. Berikut adalah di antara kenyataan Dato' Fauzi Abd Rahman berkaitan isu tersebut;

Sebenarnya saya tidak bercadang untuk mengulas lebih panjang tentang perjumpaan tersebut kerana secara rengkasnya telah dilaporkan melalui blog PKR Pahang di sini dan juga di sini. Tetapi oleh kerana Pahang Daily ada mengulas isu berkenaan di sini yang mungkin mengambil berita daripada pihak lain yang mendakwa pertemuan tersebut tidak dirancang bahkan mendakwa kepimpinan PR Pahang yang seolah-olah terhegeh menanti untuk bergambar dengan Duta berkenaan, maka lebih baik saya selaku Pengerusi PKR Pahang memberikan penjelasan sebenar tanpa ada rasa megah jauh sekali untuk mendewa-dewakan Amerika.

Kenyataan sebenarnya, Kedutaan Amerika telah membuat temujanji untuk bertemu dengan saya dan pimpinan Pakatan Rakyat Pahang lebih kurang 3 minggu sebelum pertemuan itu berlangsung. Oleh kerana mereka ingin bertemu dan kami juga ingin mendengar apa yang mereka mahu perkatakan, maka berlakulah pertemuan pada 27 Sept 2011 iaitu sejurus Duta Amerika itu bertemu dengan MB Pahang. Untuk makluman, kehadiran kami dari Pakatan Rakyat yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP agak lewat tiba di Hotel berkenaan tetapi Duta Amerika dan beberapa pegawainya telah menunggu di sebuah bilik untuk kami berbincang.

Adakah sesuatu yang tidak di`sengajakan' sedangkan Duta Amerika berkenaan sanggup menanti kehadiran kami? Kami berbincang lebih kurang satu jam dengan berbagai isu yang disentuh termasuk dasar-dasar Pakatan Rakyat sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan atau merampas Pahang dari Umno/Bn. Kami saling berhujah dengan berbagai isu dan banyak perkara yang mereka tidak setuju dengan dasar Pakatan Rakyat, begitu juga kami meluahkan apa yang kami rasa tidak setuju dengan dasar Amerika.

Sebagai contoh, apabila mereka tidak bersetuju dengan Hukum Hudud yang menjadi sebahagian dari perjuangan PAS, kami tegas menyatakan kami di dalam Pakatan Rakyat yang berugama Islam wajib percaya kepada Kitab kami iaitu Al-Quran sebagaimana mereka juga percaya kepada Kitab Bible mereka. Bahkan kami sebut bahawa pendirian Pakatan Rakyat yang terbaru di dalam isu ini adalah menghormati hak Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu yang telah mewartakan hukum tersebut.

Di dalam perbincangan tersebut, kami turut memuji beberapa dasar Amerika khususnya berkaitan amalan demokrasi dan sitem pilihanraya mereka yang jauh lebih adil dan telus dari yang diamalkan di Malaysia. Ertinya, kami bertemu mereka untuk bertukar-tukar pandangan dan bukannya menjadi Pak Turut kepada Duta kuasa besar dunia itu. Perkara yang hak bagi kami, Pakatan Rakyat tegas mempertahankannya.

Apa yang penting di dalam pertemuan itu, sekurang-kurangnya pimpinan Pakatan Rakyat Pahang tahu apakah pendirian Amerika terhadap dasar-dasar Pakatan Rakyat dan pandangan mereka terhadap dasar-dasar Kerajaan sekarang. Di dalam isu fitnah Liwat II terhadap DS Anwar Ibrahim, mereka amat memberi perhatian terhadap kes yang sedang dibicarakan sekarang.

Banyak perkara yang dibincangkan dan tidak perlu untuk diwar-warkan di sini. Selepas pertemuan itu, kami mohon untuk diadakan sesi bergambar tanpa wartawan-wartawan akhbar melainkan unit media parti sahaja.

Jelas sekali dakwaan beberapa pihak yang menyebut bahawa pertemuan itu tidak disengajakan atau kami bermegah dengan mendewa-dewakan Amerika ternyata meleset samasekali. Ini semua bagi kami jelas menunjukkan Umno/Bn Pahang mulai merasa tercabar dengan kebangkitan Pakatan Rakyat di Negeri Pahang ini khususnya.

No comments:

Post a Comment