KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, October 10, 2011

Terkini..!!! Belanjawan 2012 Dibentang Tanpa Laporan Ketua Audit Negara – Anwar

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 7 Oktober lalu dibentang tanpa meneliti laporan Ketua Audit Negara seperti yang biasa diamalkan sebelum ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan perkara itu ketika membahaskan belanjawan 2012 di parlimen hari ini.

Belanjawan itu yang menelan peruntukan sebanyak RM232.8 bilion juga menurut Anwar terlalu membazir kerana negara kini mengalami defisit perbelanjaan untuk 14 tahun berturut-turut.

Justeru beliau mencabar peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri dipotong dan Belanjawan 2012 dan perbelanjaan belanjawan diunjur semula kepada RM220 bilion sahaja seperti Belanjawan Kesejahteraan untuk Semua seperti dibentang Pakatan Rakyat 4 Oktober lalu./KeadilanDaily

1 comment:

  1. Minta maaf ler cakap... Budget itu apa kaitannya dengan Laporan Ketua Audit Negara???

    Laporan Ketua Audit Negara itu dibentangkan selepas pengauditan sesuatu akaun Kerajaan Persekutuan atapun sesuatu akaun Kerajaan Negeri. Itupun selepas mendapat persetuan DYMM Agong (akaun Persekutuan) atau Sultan/Raja (akaun Negeri)

    Rajin2 ler baca Audit Act 1957 ke atau Financial Procedure Act, 1957. Semuanya ada di situ.

    Bukan apa kalau tak betul kepada fakta, menjadi tanggungjawab saya untuk menegurnya.

    Bila Anwar kelentong, jangan percaya bulat2, selidik dulu kerana Anwar pandai bercakap. Orang naif mengenai undang2 dan prosedur tentu percayakannya walaupun dia kelentong (tipu)

    ReplyDelete