Kecoh seketika apabila terdedah pertemuan di antara Pemimpin Pakatan Rakyat Pahang dengan Kedutaan Amerika Syarikat di Hyatt Hotel baru-baru ini. Blog ini telah menyiarkan laporan pertemuan tersebut di sini dan turut juga disiarkan oleh PDO dan terbaru PDO mengulas isu pertemuan yang dikatakan `tidak dirancang' itu di sini.
Samada pertemuan itu dirancang atau tidak, apa yang jelas kami yang mendapat maklumat berlakunya pertemuan tersebut terpaksa menunggu hampir satu jam. Tujuan kami adalah untuk mengambil gambar sahaja, tetapi kami terpaksa menunggu kerana Pengawal Keselamatan hotel berkenaan menyebut bahawa mereka sedang `bermesyuarat' dengan pimpinan Pakatan Rakyat di sebuah bilik di situ.
Ini diperkuatkan lagi apabila kami menghantar kiriman SMS kepada Pengerusi MPN, Dato' Fauzi Abd Rahman dan juga Timbalan beliau Sdr Ahmad Nizam dan kedua-dua mereka menyuruh kami menunggu sehingga selesai `mesyuarat'. Setelah menanti lebih kurang setengah jam, kami mengambil keputusan untuk pergi minum di sebuah restoren berhampiran Pantai Teluk Cempedak itu. Lebih kurang setengah jam kemudiannya, kami telah dipanggil oleh Dato' Fauzi ke lobi hotel untuk sesi bergambar.
Lebih menjelaskan keadaan, Dato' Fauzi di dalam Face Book beliau mencatatkan,"Pakatan Rakyat Had A Good Meeting With US Ambassador Jones". Terpulanglah kepada sesiapa untuk mentafsirkan pertemuan itu samada disengajakan atau tidak, atau berjumpa sekadar bergambar. Kepimpinan Umno Pahang tidak perlu risau kepada pertemuan dan mesyuarat yang diadakan itu kerana wakil-wakil kedutaan luar negara kini berminat dan peka kepada kebangkitan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih teraju pemerintahan negara ini.

No comments:
Post a Comment