Nampaknya sudah kehabisan modal blog-blog pro Umno untuk menjatuh dan menfitnah DS Anwar Ibrahim. Berbagai cara mereka gunakan daripada surat, fitnah mulut, edaran gambar, tayangan video bahkan rakaman suara sepertima yang dilakukan terhadap Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu.
Salah satu blog pro Umno yang paling kuat berusaha untuk melakukan fitnah terhadap pemimpin Pembangkang, terutamanya DS Anwar Ibrahim adalah blog Papagomo. Blog beliau ini banyak kali telah dilaporkan ke pihak Polis dan SKMM kerana berita-berita fitnahnya, namun disebabkan oleh `kekebalan' maka laporan diam begitu sahaja.
Sebab itulah Blogger Papagomo kerap kali mencabar DS Anwar Ibrahim membuat laporan Polis terhadapnya, kononnya membuktikan beliau tidak takut dan gentar. Berani kerana benar, katanya. Tetapi kita semua tahu siapa yang sanggup menyiasat jauh sekali mendakwa blogger `belaan' parti yang berkuasa yang sememangnya mahu mengaibkan Ketua Umum PKR itu?
Semalam, Blogger ini buat cerita baru lagi. Kali ini lebih menampakkan `kebangangannya'. Beliau mendakwa bahawa DS Anwar Ibrahim telah mengaku kepada Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi dan Pemimpin DAP, Lim Kit Siang bahawa beliaulah pelaku di dalam video hitam putih tersebut. Katanya, "Sumber rapat mengesahkan bahawa beliau pelaku Video Seks, Dato Seri Bin Anwar Ibrahim telah mengakui bahawa beliau lah pelaku dalam video seks tersebut kepada Haji Hadi dan Lim Kit Siang pada minggu lalu (Papagomo).
Ternyata sekali, Blogger upahan ini amat kecewa kerana semua yang dia lakukan sedikit pun tidak memberi kesan kepada rakyat, bahkan rakyat semakin kuat dan ghairah untuk menjatuhkan Umno/Bn di dalam PRU akan datang. Begitu juga dengan fitnah rakaman suara yang kononnya perbualan lucah di antara Mat Sabu dengan Normah. Siapa yang mahu percaya? Sebaliknya, rakyat semakin ramai menyokong Timbalan Presiden PAS itu sehinggakan pihak yang bacul itu membuat berbagai ugutan terhadapnya.
PERKASA Negeri Sembilan mengugut Mat Sabu agar tidak menjejakkan kaki ke Negeri Sembilan. Adakah Mat Sabu gentar? Jawapannya, pada malam ini Mat Sabu hadir ke Rembau bersama Chegu Bard di dalam ceramahnya di sana. Inilah permainan puak yang bacul lagi dayus apabila fitnah sudah tidak laku lagi dan rakyat sudah semakin bijak.
No comments:
Post a Comment