KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, June 21, 2011

SUDAH TERLAMBAT !!

Bersih: Sudah terlambat untuk SPR berbincang – Ambiga

Kuala Lumpur : Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, sudah terlambat bagi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk berbincang mengenai pembaharuan yang ingin dilakukan.

Semalam, SPR melalui kenyataan Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyatakan kesedian untuk bertemu Bersih 2.0, dengan syarat gabungan itu membatalkan perhimpunan 9 Julai ini.

Menurut Ambiga, ia sudah terlambat bagi SPR ekoran penyalahgunaan sistem pilihan raya yang jelas dan kengganan kerajaan memperbaiki sistem sedia ada sebelum ini, lapor portal Malaysian Insider.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada SPR atas pelawaan (mereka) tetapi masa untuk berbincang dan bercakap sudah berlalu. Ini ekoran laporan-laporan terbaru mengenai penyalahgunaan yang ketara ketika pilihan raya negeri Sarawak dan menjelang pilihan raya umum (ke-13),” kata beliau.

Bekas presiden Majlis Peguam itu memberitahu SPR ada mengesyorkan beberapa pendekatan dalam pembaharuan dalam pelaksanaan undi pos, tetapi idea-idea itu dilihat ‘tidak ke mana-mana’.

Justeru beliau menggesa SPR mendedahkan idea-idea pembaharuan yang mereka syorkan kepada pentadbrian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang telah diketepikan.

Ambiga juga mengecam dakwaan SPR bahawa Bersih 2.0 bukan sebuah badan yang bebas dan suruhanjaya itu seharusnya bertindak sebagai agensi yang tidak memihak mana-mana pihak.

“Tidak kisah dari mana syor-syor pembaharuan ini datang, sama ada kerajaan, pembangkang, NGO atau mana-mana warganegara. Mereka seharusnya mempertimbangkan kesemua syor berdasarkan merit,” tegas beliau.

Bersih 2.0 menuntut 8 tuntutan, iaitu membersihkan senarai undi, mereformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, memperkukuhkan institusi awam, menghentikan rasuah dan politik kotor.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15585

No comments:

Post a Comment