Isnin ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terpkasa membela diri dalam kes liwat kedua yang dihadapinya, namun sehingga hari ini pihak polis masih belum membuat sebarang persiapan agar peguamnnya boleh menyoal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut peguam Anwar Sankara Nair, pihaknya telah menyenaraikan 25 daripada 71 saksi yang dicadang dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah.
"Kita serahkan senarai itu kepada pihak pendakwaan pada 16 Mei (apabila hakim memutuskan terdapat kes prima facie terhadap Anwar). Namun sepanjang tiga minggu lalu, mereka hanya dapat membekalkan lima saksi kepada kita.
"Mereka juga tidak dapat pastikan bila mereka boleh bawa perdana menteri dan isterinya,” kata Sankara kepada Malaysiakini.

Anwar didakwa meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara condominium antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008./Malaysiakini
No comments:
Post a Comment