KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, June 8, 2011

Pakej Astro naik RM15, Persatuan Pengguna mahu perjanjian didedah

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta kerajaan mendedahkan perjanjian dengan Astro berikutan tindakan stesen televissyen berbayar itu menaikkan harga perkhidmatannya.

Semalam, Astro mengumum untuk menaikkan harga pakej perkhimatannya nya sehingga RM15, berkuatkuasa 15 Julai ini atas alasan tidak mampu menyerap kenaikan kos.

Menurut Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak, kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap keputusan itu atau berdepan tindakan boikot daripada pengguna.

“Sedangkan kadar tol juga perlu dipersetujuan oleh kerajaan dalam perjanjian… Kalau kerajaan tidak ambil tindakan serius, kami akan boikot Astro,” katanya dalam satu sidang media seperti dilapor Malaysiakini hari ini.

Menurutnya, tidak timbul isu kenaikan itu perlu untuk menampung kos operasi, kerana pulangan yuran langganan Astro sahaja sudah mencukupi bagi tujuan itu.

“Pulangan daripada yuran langganan saya sudah cukup untuk menampung kos operasi. Apa yang mereka mahu adalah untuk tambah keuntungan, bukan untuk tampung kos operasi,” katanya lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14976

No comments:

Post a Comment