Maka terbongkarlah satu rahsia besar UMNO/APCO di negeri Pahang. Patutlah Menteri Besar (MB) Pahang bertegang leher untuk melaksanakan dan meneruskan projek Lynas di Gebeng walaupun dibantah oleh rakyat. Rupa-rupanya dia ada kabel besar. Kabel itu ialah adik bongsunya, iaitu Muhammad Shahrul Ikram Yaakob. Dia ni pernah menjawat jawatan Pengerusi, Lembaga Pengarah, IAEA dari tahun 2009 hingga 2010.
MB Pahang terkantoi kerana ledakan teknologi maklumat dan komunikasi masa kini gagal dihayatinya. Dunia menjadi sangat kecil dalam era globalisasi ini. Bahaya nadir bumi telah diketahui oleh rakyat. Bukti bahaya itu dapat dilihat di Bukit Merah, Perak. Kini, mengapa dia menyanggupi projek ini dibuat di Pahang sudah terserlah. Mati-matian dia mempertahankannya sehingga sanggup bertindak kasar terhadap para penentang projek berisiko tinggi itu.
Projek itu perlu dihentikan. Rakyat sebenarnya sudah tahu butiran yang akan dinyatakan oleh badan penyiasat yang dilantik kerajaan itu. Belum tengok batang tubuhnya pun sudah dikatakan memenuhi standard yang ditetapkan! Apa lagi kalau sudah tengok!! Tidak perlulah MB membohongi rakyat. Tiada gunanya kerajaan untung, rakyat yang menderita kerana kesan buruk yang didatangkan oleh radio aktif yang terlepas keluar dari kilangnya. Jangan diambil mudah kemungkinan ini.
Rakyat Pahang amat malang kerana mempunyai MB yang langsung tidak mempedulikan nasib rakyat. Inikah yang digembar-gemburkan sebagai membela nasib rakyat? Pada hakikatnya, UMNO/APCO tidak habis-habis mendera rakyat sejak dulu hingga kini. Ungkapan "Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan" hanyalah pemanis mulut yang tidak bermakna sama sekali. Rakyat Pahang yang cintakan kesejahteraan, kedamaian, dan keadilan perlu bertindak secara kolektif menentang projek ini dan menyingkirkan UMNO/APCO dari tampuk pemerintahan bila tiba masa untuk berbuat demikian. Jangan lupa. JOM UBAH.
No comments:
Post a Comment