KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, June 24, 2011

FELDA ADA DUIT TAPI `SENGAJA' MAHU PINJAM DARI KWSP?


MENGAPA TERUK SANGAT ISA SAMAD?
Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad seolah-olah mengaku bahawa sememangnya Felda ada meminjam wang yang dikatakan berjumlah RM6 Bilion daripada KWSP. Jawapan mudah dari Isa Samad," Apa masalahnya meminjam wang dari KWSP?".

Kenyataan bekas MB Negeri Sembilan yang pernah disabitkan atas kesalahan rasuah ini menggambarkan seolah-olah wang KWSP itu adalah wang milik warisan mak dan bapak beliau. Beliau menyebut, jika KWSP memberi pinjaman kepada Felda itu menunjukkan bahawa satu `penghormatan' kepada Felda. Saya tidak tahu selama ini orang yang suka meminjam itu layak diberi `penghormatan'. Baca kenyataan penuh beliau di sini.

Beliau memberi contoh, beliau ada wang tetapi tetap membeli kereta dengan cara pinjaman. Maksud beliau, felda tidak muflis, felda banyak wang tetapi `sengaja' mahu meminjam. Mungkin untuk mendapatkan `penghormatan' sepertimana yang beliau sebut. Saya ingin bertanya, adakah Isa Samad membuat pinjaman membeli kereta dengan KWSP? Adakah KWSP merupakan agensi kewangan atau sebuah institusi seperti bank?

Ada beza kita meminjam wang dengan bank dengan kita meminjam wang dari KWSP. Bank sememangnya berniaga untuk memberi pinjaman bagi mendatangkan keuntungan. Apa pula tujuan KWSP diwujudkan? Adakah mudah bagi pencarum-pencarum KWSP meminjam wang dari KWSP sepertimana mudahnya felda meminjam? Berapa jumlah caruman felda kepada KWSP? Adakah ada jaminan felda mampu membayar balik pinjaman tersebut dan berapa keuntungan yang boleh dinikmati oleh KWSP?

Jelas, sekali lagi KWSP diperkudakan oleh agensi kerajaan Umno/Bn. Sebelum ini kita dengar banyak wang telah digunakan sewenang-wenangnya yang diambil dari Petronas. Berbeza dengan rakyat, apabila pelajar gagal membayar balik pinjaman PPTN mereka diberi amaran untuk diambil tindakan dengan berbagai cara. Sebaliknya puak ini termasukl felda bebas meminjam dari mana-mana sumber.

Jika hal seperti ini pun rakyat tidak boleh memikirkan dengan baik, amat malang sekali buat negara kita. Justeru itu, kebangkitan rakyat termasuk seluruh warga felda harus bermula dari sekarang untuk memilih kerajaan baru yang boleh membela nasib kita semua./wfauzdin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment