KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, June 15, 2011

PERHIMPUNAN BERSIH - MUSUH TIDAK DICARI, JIKA BERTEMU JANGAN LARI

Perhimpunan BERSIH yang dijadualkan pada 09 Julai ini nanti tetap akan diadakan walaupun terdapat beberapa pihak yang tidak menghormati Perlembagaan yang membenarkan hak untuk berhimpun secara aman. Kumpulan yang membantah ini ternyata dari kumpulan yang tidak bertamaddun dan ketinggalan zaman.

Peliknya, yang tidak menghormati Perlembagaan Negara itu pula membuat laporan Polis sedangkan Penganjur BERSIH sekadar memohon kerjasama pihak Polis bagi memantau perhimpunan tersebut agar dapat dijalankan dengan baik. Sebenarnya tiada sebab untuk mereka menghalang rakyat dari berhimpun secara aman kerana sudah terlalu banyak perhimpunan yang telah diadakan dapat dijalankan dengan baik dan lancar KECUALI ada provokasi dari pihak-pihak tertentu samada dari orang awam atau pihak keselamatan sendiri.

Rakyat Malaysia bukan rakyat yang suka merusuh tidak tentu hala. Jika rakyat Malaysia bersikap sedemikian, saya percaya kerajaan yang ada sekarang sudah lama berkubur. Negara kita mungkin kacau bilau sejak dari dahulu lagi. Alhamdulillah, rakyat kita masih waras berfikir dan kita berpolitik ada hadnya, walaupun mereka sekarang bermain dengan politik jijik dan lucah.

Sehubungan itu, tiada sebab mengapa Perhimpunan BERSIH tidak boleh dilakukan di dalam keadaan aman dan terkawal. Jika ada mana-mana pihak samada dari PERKASA, Persatuan Silat, NGO, Pemuda Umno atau sebagainya yang awal-awal lagi memberi amaran kepada BERSIH agar tidak mengadakan perhimpunan ini, mudah bagi kita mengetahui siapakah orangnya yang mahu kekecohan berlaku pada perhimpunan itu nanti. BERSIH tidak mencari musuh, tetapi jika bertemu BERSIH tidak mungkin lari.

No comments:

Post a Comment