KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, June 17, 2011

PORTAL PRO UMNO SENDIRI PUN PENING DENGAN UTUSAN

Terbaca di dalam web atau portal Umno-reform2, ulasan tentang isu akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan lukisan kartun menghina hukum Islam baru-baru ini.

Portal tersebut membiarkan persoalan apakah motif akhbar milik Umno itu berbuat sedemikian. Tertarik dengan satu ulasan dari pengunjung portal berkenaan berkaitan isu tersebut. Di bawah ini, saya petik ulasan atau komen dari Pak Ali, Padang Serai yang boleh kita fikirkan bersama :-

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jelas dan sah berunsur menghina. Tidak perlu jadi mufti untuk menilainya. Ilmu asas agama dan iman sekecil sekalipun sudah boleh terguris melihat.

Tidak salah kalau kita nak berbincang dan berpolimik untuk menjadikan rakaman video sebagai bahan bukti, tetapi mengaitkannya dengan suatu yang ditetapkan Allah sebagai perbandingan dengan maksud untuk 'memperlekehkan', maka itu sudah jelas menghina agma.

Kata-kata yang berunsur menghina walaupun pengucapnya tidak bermaksud menghina tetapi boleh membawa maksud atau natijah hina juga dilarang dalam agama, malah sesetengah ulamak masih berpendapat masih boleh jatuh akidah. Contohnya berkata bahawa nabi berkulit hitam, sedang nabi berkulit cerah. Begitu jugalah kenapa sesetengah ulamak mencela mencukur janggut (haram), kerana walaupun tiada niat menghina, tetapi janggut adalah kebanggaan nabi dan sunnah para anbiya. Ini kerana orang yang mencukur janggut biasanya dengan kepercayan bahawa janggut itu tidak cantik, sedangkan wajah nabi itu cantik. Tapi malangnya ulamak juga ada yang mencukur janggutnya, maka lahirlah orang awam yang sanggup menghina agamanya sendiri. Jika ulamak kencing berdiri, umat akan kencing berlari!

Ini adalah perkara yang sangat asas dalam agama. Kalau orang melayu-islam benar-benar mahu bersatu, maka tinggalkan orang-orang sebegini, jangan bersekutu dengan mereka dan berdampinglah dengan orang yang lebih baik dari mereka. Kalau kita sepakat atas perkara ini, maka tidak timbul perpecahan antara kita. Tinggalkan mereka. Buat keputusan anda demi masa depan generasi islam anda.

Aku sudah lama buat keputusan sejak kes DSAI yang pertama dulu (199, aku tinggalkan UMNO, berhenti beli Utusan dan kalau korang tanya aku berapa harga utusan sekarang aku pun tak tahu..

Sedih mengenangkan situasi ni..

Pak Ali,
Padang Serai.

No comments:

Post a Comment