KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, June 6, 2011

Polemik BBCC, tanah UDA: Umno perang sesama sendiri berebut harta


KUALA UMPUR: UMNO sedang berperang sesama sendiri untuk membolot sisa harta pusaka yang masih tinggal di negara ini, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Ini dibuktikan melalui perang mulut sesama mereka dalam isu pemberian kontrak pembangunan di tapak bekas penjara Pudu, Bukit Bintang Commercial Centre (BBCC).

“Sebenarnya mereka berperang sesama sendiri untuk merebut harta. Tetapi sekiranya yang ‘kaki bising’ itu mendapat habuan, saya rasa mereka pun akan senyap,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

“Umno kononnya berjuang untuk mempertahankan kepentingan ekonomi orang Melayu. Persoalannya, apakah pembangunan BBCC itu benar-benar memberi manfaat kepada orang Melayu?

“Adakah jaminan sekiranya kontraktor bumiputera mendapat bahagian, maka keseluruhan orang Melayu di negara ini terbela? Apakah ia diwartakan sebagai undang-undang?” soal Mahfuz.

Terdahulu, Pengerusi Uda Holdings Bhd (UDA), Nur Jazlan Mohammed dikritik Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir bahawa agensi itu meminggirkan syarikat bumiputera dalam pembangunan hartanah berjumlah RM 6.7 bilion itu.

Uda Holdings Bhd (UDA) yang merupakan syarikat milikan penuh Kementerian Kewangan dilaporkan berminat untuk melantik sebuah syarikat hartanah dari China bagi memajukan projek berkenaan atas alasan tiada syarikat Bumiputera yang layak.

Dalam masa yang sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sebagai opurtunis untuk popular di kalangan ahli Umno dengan mengarahkan UDA menyediakan laporan mengenai kedudukan sebenar projek terbabit.

“Ini adalah politik dalaman. Muhyiddin mengambil kesempatan dengan menguasai sentimen orang Umno. Perkara ini memberikan tekanan kepada Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan,” jelas Mahfuz yang turut mencabar pemimpin Umno untuk mendedahkan butiran tersebut.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Reezal Merican Naina Merican mengkritik tindakan Nur Jazlan yang bercadang menjual tanah milik UDA seluas 1.4 hektar bersebelahan Hotel Sheraton di Jalan Sultan Ismail kepada Mutiara Goodyear Development Bhd (Mutiara) pada harga RM215.5 juta.

Alasan mereka bahawa penjualan itu merugikan pemilikan tanah bumiputera di kawasan bandar dan bercanggah dengan falsafah penubuhan UDA yang bertujuan menjaga kepentingan pemilikan hartanah orang Melayu.

“Persoalannya, mengapa mereka hanya cenderung mengkritik isu pembangunan yang berkaitan dengan agensi seperti UDA atau pun Kementerian?

“Bagaimana dengan isu pemilikan hartanah orang Melayu di Kampung Baru? Mengapa pembelaan tidak dilakukan? soal Mahfuz.

Dalam masa yang sama, Mahfuz turut mempersoalkan khilangan RM52 bilion saham yang sepatutnya diagih kepada Bumiputera, sejak ia diperkenalkan pada 1980 an.

“Isu saham bumiputera yang berjumlah RM 52 bilion yang kini hanya tinggal RM2 bilion, ke mana saham ini?,” soalnya.

Justeru, katanya, tindakan lucu pemimpin Umno telah diduga rakyat, iaitu sebenarnya mereka cemburu kepada kelompok lain yang menikmati kekayaan tersebut.

“Yang kekal terpinggir adalah orang Melayu bawahan. Kekayaan negara tidak sampai kepada mereka, tetapi dirampas pimpinan Umno,” jelas Mahfuz

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14711

No comments:

Post a Comment