KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, June 15, 2011

KEKECOHAN DI HOSPITAL KUANTAN

Apabila kami menerima e mail tersebut ..kami berjumpa Timbalan Pengarah Hospital Kuantan , En Kamarudin Jusof...dan beliau sendiri tidak dapat laporan dari pihak hospital. Jadi untuk menjelaskan perkara itu beliau memanggil Ketua Sekuariti Hospital dan Pegawai pegawai yang berkenaan menjelaskan kepada kami.

Apa yang dijelaskan oleh sekuariti dan pegawainya adalah tepat dan jelas dari e -mail yang kami terima. Persoalannya !! Hospital adalah kawasan selamat ! ngapa piihak sekuariti seolah olah melepas tangan pergaduahan dalam bangunan hospital, ? sedangkan dalam bangunan itu penghuninya adalah pesakit pesakit yang perlu ketenangan dan keselamatan .

Sikap tidak bertanggungjawab sekuriti dan hospital adalah sangat dikesali. Sepatutnya pihak Hospital buat laporan secepat mungkin pada pihak POLIS sekira tidak mampu untuk mengatasinya. Demi keselamatan dan keselesaan pesakit pesakit di bangunan hospital Kuantan dapatlah pihak yang bertanggungjawab memperbaiki dan memperkemaskinikan pengurusan KESELAMATAN dengan lebih efisen.

E-MAIL ADUAN DARI ORANG AWAM BERHUBUNG PERGADUHAN DI HOSPITAL BESAR KUANTAN

Satu pergaduhan di cetus oleh dua kumpulan terdiri kira2 50 org di dalam HTAA Kuantan (ruang menunggu pesakit unit kecemasan) jam 3.00pagi 14hb Jun. Kira2 20 orang pengawal keselamatan HTAA sekadar memerhatikan perbuatan kumpulan tersebut tanpa apa2 usaha meleraikannya atau menghalang kekecohan.

Selepas 30 minit, dua buah peronda polis tiba diperkarangan unit kecemasan HTAA (WNQ5605, WNQ5646). Polis mengadakan telah mengadakan perbincangan dgn kedua2 kumpulan berkenaan diluar bangunan HTAA. Selepas selesai perbincangan, kedua2 kumpulan kembali masuk kedalam ruang menunggu pesakit lalu mencetuskan huru-hara. Keadaan ini amat mengecewakan pelanggan, petugas HTAA dimana kehadiran puluhan anggota keselamatan, 4 orang polis dan 2 kereta polis tidak dapat kembalikan ketenteraman awam dalam HTAA.

Persoalannya, dimanakah kewibawaan puluhan anggota keselamatan ditugaskan menjaga keselamatan dan mengelak kekacauan dalam bangunan HTAA..!! Sehingga saat ini (3.58am), anggota kumpulan yg mencetuskan pergaduhan masih berada diperkarangan HTAA walaupun polis telah beredar. Apa peranan polis yg hadir setelah org awam menghubungi?

Persepsi saya sbgi org awam kpd polis ialah "panggil polis pun xguna.... Xjadi apa.... Kehadirannya tidak kembalikan ketenteraman awam dlm bangunan HTAA... Kehadiran cuma sekadar memenuhi panggilan 999". Kedua, petugas keselamatan sangat2 lemah dan gagal berfungsi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di dalam HTAA pada tahap yg memuaskan

Sumber: Keadilan Pahang

No comments:

Post a Comment