KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, June 30, 2011

SEKITAR PELANCARAN `BERSIH 2.0' DI KUANTAN - MAT SABU BAWA PESANAN MURSYIDUL AM PAS

Pada 28 Jun 2011, bertempat di Pusat Tarbiyah Islamiah Indera Mahkota (PUTRA) Balok, Kuantan, satu program Pelancaran Kempen BERSIH telah diadakan sempena Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul nanti.



Pelancaran tersebut dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Muhamad Sabu dan di antara pimpinan yang turut memberikan ceramah adalah Naib Presiden PKR, YB Tian Chua serta pemimpin DAP dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Sebelum itu, di sebelah petangnya di Bukit Setongkol, Kuantan diadakan program Hi-Tea bersama Tuan Hj Muhamad Sabu, YB Tian Chua dan turut bersama adalah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi Keadilan Pahang) dan pimpinan DAP serta pimpinan Pakatan Rakyat.

Ceramah pada malam tersebut dihadiri lebih kurang 5 ribu orang yang memenuhi ruang tapak ceramah. Terdapat juga jualan T-Shirt Kuning `BERSIH' yang begitu laris dibeli oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat untuk digunakan pada Perhimpunan BERSIH pada 09 Jul nanti di Kuala Lumpur.




YB Tian Chua, secara simboliknya menyarung baju BERSIH di atas pentas semasa beliau berucap. Beliau turut menyentuh isu Lynas yang pada pandangannya memang wajar dibantah oleh rakyat kerana terlalu banyak keburukan daripada kebaikannya. Turut disentuh oleh beliau adalah bagaimana rakusnya PM, Najib serta TPM, Muhyiddin yang membelanjakan wang rakyat. Kos rumah bagi kedua-dua pemimpin yang mahu rakyat berjimat cermat itu adalah hampir RM 50 Juta setahun. Jumlah perbelanjaan yang boros oleh kedua-dua pemimpin itu boleh diperolehi secara terperinci seperti yang disiarkan di dalam akhbar Suara Keadilan yang terbaru.



Pada malam tersebut, Tuan Hj Muhamad Sabu diberi penghormatan untuk melancarkan buku berkaitan dengan bantahan terhadap projek Lynas. Beliau seterusnya mengajak semua penyokong Pakatan Rakyat untuk hadir di dalam Perhimpunan BERSIH pada 09 Jul nanti. Khusus kepada ahli-ahli PAS, beliau menyampaikan pesanan daripada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz serta Dewan Ulamak PAS yang mewajibkan kesemua ahli PAS hadir pada perhimpunan aman tersebut.
Beliau menegaskan, Perhimpunan BERSIH 2.0 terpaksa diadakan kerana pihak SPR gagal untuk melakukan perubahan setelah beberapa kali perjumpaan dilakukan. Semenjak BERSIH tahun 2007 diadakan, SPR gagal `membersihkan' sistem Pilihanraya di negara ini. Tujuan perhimpunan aman ini adalah untuk menyerahkan memorandum ke Bawah DYMM YDP Agung dan bukannya untuk mencetuskan sebarang kekecohan. Beliau menyeru agar semua rakyat yang mahukan sistem demokrasi yang tulen agar dapat hadir ke Perhimpunan BERSIH pada 09 Jul nanti.

Pihak Keselamatan seperti Polis dan Tentera diharapkan agar menghormati Perlembagaan yang membenarkan perhimpunan aman seperti yang termaktub di dalam Artikel 10, Perlembagaan Persekutuan.

Sambutan ceramah pada malam tersebut amat menggalakkan dan rata-rata menunjukkan semangat untuk hadir Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul nanti walaupun media saban hari memainkan propaganda yang tidak masuk akal dan cuba untuk menakut-nakutkan rakyat. Adakah rakyat takut untuk melakukan perubahan?

No comments:

Post a Comment