Sebagai rakyat Malaysia yang negara ini dikatakan sebuah Negara Islam, yang ingin melahirkan masyarakat madani yang bermoral dan berugama amat menyakitkan apabila pihak kerajaan masih lagi leka dengan amalan jijik yang semakin berleluasa.
Kita merasa pelik mengapa kegiatan mengedar video lucah dan menaik turun video ini ke dalam internet sudah seperti direstui oleh pemerintah. Terbaru dikatakan ada usaha terbaru untuk menayangkan video seks yang kununnya melibatkan Ketua pembangkang itu akan ditayangkan di internet dengan pengubahsuaian yang baru. Baca di sini.
Menjadi persoalan kepada kita, mengapa begitu sukar untuk menahan dan mendakwa mereka yang menjadi punca kepada perbuatan jijik dan tidak bermaruah ini? Pihak berkuasa mahu menunggu sehingga bila sedangkan mereka sendiri telah pun mengaku melakukan kegiatan yang memalukan itu? Video berkenaan telah beberapa kali disahkan tulen, tetapi trio Datuk `T' masih bebas di luar sana. Susah sangatkah untuk menangkap Trio tersebut atau apakah ada campurtangan di atas sana yang mengganggu tugas Polis?
Kerajaan tiada pilihan lain untuk membasmi kegiatan ini dari terus berleluasa melainkan menangkap Trio tersebut sebagai amaran kepada pihak lain yang cuba untuk merosakkan pemikiran rakyat di negara ini. Selagi kumpulan Eskay, Rahim dan Shuib ini tidak didakwa maka pihak yang tidak bertanggungjawab itu semakin berani melakukan berbagai versi kepada video seks yang dikatakan hanya ada pada simpanan Polis itu.
Pihak Polis tidak boleh menyalahkan rakyat jika pasukan keselamatan itu dipandang serong akibat ketidakpekaan Polis terhadap perkara ini. Pihak kerajaan pula jangan menyangka rakyat boleh lupa kepada `dajal-dajal' yang mencetuskan isu ini. Tangkap Trio Datuk `T' segera atau kami akan mengecop bahawa kerajaan sekarang bersubahat dengan mereka.
No comments:
Post a Comment