KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, June 30, 2011

AYUH, KITA BERSIHKAN IMEJ PDRM SEGERA

Oleh: WFAUZDIN NS

KITA tiada pilihan lain sekiranya ingin melihat imej Polis menjadi bersih dan profesional. Kita yang terpaksa mengubahnya kerana mereka sendiri tidak mampu mengubahnya walaupun sedikit. Silih berganti Ketua Polis Negara menerajui PDRM, namun kita masih gagal melihat imej PDRM bertambah baik malahan semakin jelek di mata rakyat.

Semua menyangka bahawa setelah Musa Hassan meninggalkan Bukit Aman, mungkin imej Polis akan mulai menyinar dengan kehadiran Ismail Omar. Melihat pada raut wajahnya yang agak lembut dan seolah-olah mempunyai sikap yang jujur, kita mulanya yakin beliau mampu melakukan transformasi di dalam Pasukan Keselamatan itu. Itulah janji beliau ketika mula mengambil alih jawatan KPN.

Rupa-rupanya kita terlupa satu perkara, bahawa kita masih menyimpan orang yang berkuasa penuh ke atas PDRM iaitu Menteri Dalam Negeri. Menteri yang sama sewaktu Musa Hassan menjadi KPN. `Menukar tayar kereta atau steering kereta' tidak mencukupi untuk memandu dengan baik dan lancar jika keadaan injin kereta masih teruk dan berkarat".

Siapakah Menteri Dalam Negeri yang berkuasa ke atas PDRM? Menteri ini adalah pemimpin Umno iaitu parti yang menjadi musuh utama kepada Pakatan Rakyat. Memang benar, kita menentang Umno bukan PDRM, tetapi kita mungkin lupa bahawa PDRM itu di bawah siapa? Apabila Hishamuddin, Menteri Dalam Negeri mengeluarkan `fatwa' haram memakai baju kuning berlambangkan BERSIH, `fatwa' ini diimani oleh PDRM malahan lebih dari itu di mana baju kuning yang tidak berlambangkan BERSIH pun ditahan. "Lebih sudu dari Kuah". Baca di sini. (Foto di atas, di tahan hanya memakai baju kuning walaupun tiada logo BERSIH)

Akhbar hari ini menyiarkan kenyataan KPN bahawa terdapat tanda-tanda akan berlaku kekecohan sekiranya Perhimpunan BERSIH diadakan juga pada 09 Jul nanti. Apa kata jika kita pula mendakwa bahawa akan ada tanda-tanda Perhimpunan 2 Juta Belia yang akan dianjurkan oleh kerajaan nanti akan berlaku huru-hara? Agak-agaknya Najib akan batalkan perhimpunan itu atau tidak, atau adakah KPN mengeluarkan arahan agar jangan diadakan Perhimpunan 2 Juta Belia? Kita semua tahu jawapannya.

Terlalu pantas `deria bau' KPN kita ini. Patut lah kadar jenayah di negara ini jauh menurun dan patutlah video seks pun dihantar ke luar negara dengan pantas untuk diuji `ketulenan'nya. Mungkin sudah banyak kes kanak-kanak yang dilaporkan hilang telah ditemui oleh pihak Polis kerana kepantasan `deria' KPN yang baru ini. Mungkin Ayah Pin pun sudah ditemui. Itulah hebatnya PDRM di bawah KPN sekarang.

Apakah pilihan yang kita ada sekarang? Tiada jalan lain, rakyat perlu bangkit untuk tumbangkan Kerajaan Umno/Bn demi menyelamatkan negara ini. "Ikan busuk bermula dari kepala", satu pepatah Cina yang amat tepat untuk kita renungi. Imej PDRM hanya boleh dibaiki dengan hanya satu cara iaitu tukar pemerintah yang zalim sekarang melalui Pilihanraya Umum nanti. Adakah kita boleh menumbangkan mereka dengan keadaan Sistem Pilihanraya yang ada sekarang? Bagaimana untuk kita menang jika di dalam sebuah rumah terdapat 5 ke 6 pengundi yang menggunakan alamat yang sama sedangkan masing-masing tidak mengenali di antara satu sama lain?

Bolehkah kita menumbangkan rejim Umno/Bn dengan mereka menguasai media kerajaan? Bagaimana dengan sistem Undi Pos? Rasuah politik wang dan peruntukan kilat? Jawapannya, tidak mungkin. Justeru itu, apakah yang perlu kita buat? Jawapannya, kita mesti tunjukkan kepada mereka bahawa rakyat tidak lagi mahu ditipu untuk selama-lamanya. Tidak perlu memberontak, tidak perlu wujudkan huru-hara, memadai kita berhimpun menunjukkan rasa tidak puas hati kita dan mengadu kepada Raja yang berjiwa rakyat. Itu sahaja.

Jika usaha sedemikian pun kita gagal lakukan, maka kita harus bersedia untuk berada lebih lama lagi di negara ini dengan sistem yang kuno dan kita harus bersama bertanggungjawab mencemarkan imej Polis. Mudah-mudahan kita mampu memulihkan imej PDRM agar menjadi sebuah pasukan yang dihormati, disegani dan diberkati Allah. /PKR Pahang

SEKITAR PELANCARAN `BERSIH 2.0' DI KUANTAN - MAT SABU BAWA PESANAN MURSYIDUL AM PAS

Pada 28 Jun 2011, bertempat di Pusat Tarbiyah Islamiah Indera Mahkota (PUTRA) Balok, Kuantan, satu program Pelancaran Kempen BERSIH telah diadakan sempena Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul nanti.



Pelancaran tersebut dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Muhamad Sabu dan di antara pimpinan yang turut memberikan ceramah adalah Naib Presiden PKR, YB Tian Chua serta pemimpin DAP dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Sebelum itu, di sebelah petangnya di Bukit Setongkol, Kuantan diadakan program Hi-Tea bersama Tuan Hj Muhamad Sabu, YB Tian Chua dan turut bersama adalah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi Keadilan Pahang) dan pimpinan DAP serta pimpinan Pakatan Rakyat.

Ceramah pada malam tersebut dihadiri lebih kurang 5 ribu orang yang memenuhi ruang tapak ceramah. Terdapat juga jualan T-Shirt Kuning `BERSIH' yang begitu laris dibeli oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat untuk digunakan pada Perhimpunan BERSIH pada 09 Jul nanti di Kuala Lumpur.




YB Tian Chua, secara simboliknya menyarung baju BERSIH di atas pentas semasa beliau berucap. Beliau turut menyentuh isu Lynas yang pada pandangannya memang wajar dibantah oleh rakyat kerana terlalu banyak keburukan daripada kebaikannya. Turut disentuh oleh beliau adalah bagaimana rakusnya PM, Najib serta TPM, Muhyiddin yang membelanjakan wang rakyat. Kos rumah bagi kedua-dua pemimpin yang mahu rakyat berjimat cermat itu adalah hampir RM 50 Juta setahun. Jumlah perbelanjaan yang boros oleh kedua-dua pemimpin itu boleh diperolehi secara terperinci seperti yang disiarkan di dalam akhbar Suara Keadilan yang terbaru.



Pada malam tersebut, Tuan Hj Muhamad Sabu diberi penghormatan untuk melancarkan buku berkaitan dengan bantahan terhadap projek Lynas. Beliau seterusnya mengajak semua penyokong Pakatan Rakyat untuk hadir di dalam Perhimpunan BERSIH pada 09 Jul nanti. Khusus kepada ahli-ahli PAS, beliau menyampaikan pesanan daripada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz serta Dewan Ulamak PAS yang mewajibkan kesemua ahli PAS hadir pada perhimpunan aman tersebut.
Beliau menegaskan, Perhimpunan BERSIH 2.0 terpaksa diadakan kerana pihak SPR gagal untuk melakukan perubahan setelah beberapa kali perjumpaan dilakukan. Semenjak BERSIH tahun 2007 diadakan, SPR gagal `membersihkan' sistem Pilihanraya di negara ini. Tujuan perhimpunan aman ini adalah untuk menyerahkan memorandum ke Bawah DYMM YDP Agung dan bukannya untuk mencetuskan sebarang kekecohan. Beliau menyeru agar semua rakyat yang mahukan sistem demokrasi yang tulen agar dapat hadir ke Perhimpunan BERSIH pada 09 Jul nanti.

Pihak Keselamatan seperti Polis dan Tentera diharapkan agar menghormati Perlembagaan yang membenarkan perhimpunan aman seperti yang termaktub di dalam Artikel 10, Perlembagaan Persekutuan.

Sambutan ceramah pada malam tersebut amat menggalakkan dan rata-rata menunjukkan semangat untuk hadir Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul nanti walaupun media saban hari memainkan propaganda yang tidak masuk akal dan cuba untuk menakut-nakutkan rakyat. Adakah rakyat takut untuk melakukan perubahan?

Tuesday, June 28, 2011

AKADEMI KOMUNIS BERMINAT JUMPA UMNO?

Melucukan. Sabab hari pemimpin Umno menghebahkan cerita pasal fahaman komunis di saat PR menyokong menyertai Perhimpunan BERSIH, rupa-rupanya Umno terlebih dahulu dikunjungi oleh Akademi Parti Komunis Vietnam.

Sebelum ini heboh kununnya DAP bawa fahaman Komunis dan bermacam-macam lagi propaganda jahat mereka untuk menuduh PR.

Bayangkan jika Akademi Parti Komunis tersebut berkunjung ke Pejabat pemimpin PR, sudah pasti menjadi modal besar buat media pencacai dan pemimpin Umno. Siapa yang ada hubungan akrab dengan Komunis sekarang? Baca saja di bawah atau di sini.

---------------------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR, 29 Jan. – Lawatan delegasi Akademi Parti Komunis Vietnam ke Ibu Pejabat UMNO membuktikan bahawa UMNO menjadi rujukan bukan sahaja di dalam negara sebaliknya turut dikagumi di peringkat antarabangsa .

Dalam kunjungan ini, delegasi seramai tujuh orang yang diketuai oleh Setiausaha Agungnya, Dr. Nguyen Minh Tuan disambut mesra oleh kakitangan bertugas di Ibu Pejabat UMNO sebelum diberikan ucaptama oleh Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh (Umno Online)

PERHIMPUNAN BERSIH - KEADILAN PAHANG HANTAR AHLI SEMAKSIMA MUNGKIN

Keadilan Negeri Pahang mengarahkan semua Cabang PKR di negeri ini menghantar semaksima mungkin ahli dan penyokong-penyokong parti untuk hadir ke Perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur pada 09 Jul ini nanti.

Setiap Cabang hendaklah mengatur pergerakan dengan baik dan teratur. Tentukan setiap mereka yang hadir nanti tidak membawa sebarang senjata yang merbahaya kerana tujuan perhimpunan ini bukan untuk mencetuskan huru-hara atau provokasi terhadap mana-mana pihak sebaliknya kita hadir berhimpun secara aman sejajar dengan hak yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Adalah lebih baik disarankan setiap pergerakan hendaklah secara berkumpulan demi keselamatan. Pergerakan dengan menggunakan pengangkutan awam digalakkan bagi mengelak sebarang gangguan ke lokasi perhimpunan. Sila monitor dari masa ke semasa arahan dari pihak Penganjur untuk mengetahui lokasi-lokasi berkumpul.

Sepanjang perjalanan, elakkan dari memakai baju kuning (BERSIH) sehingga ke lokasi yang dituju agar tiada gangguan dan sekatan. Disarankan setiap peserta perhimpunan mengambil nombor telefon rakan-rakan yang lain untuk memudahkan sebarang maklumat terkini.

Bersih 2.0: Suhakam Mahu Putrajaya Benar Himpunan Aman

Malaysian Insider

Di sebalik tindakan keras pihak berkuasa yang dilihat semakin meningkat, Suhakam mahu pentadbiran Najib membenarkan perhimpunan-perhimpunan aman termasuk anjuran Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Pada masa yang sama, Suhakam berkata pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab.

“Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu (dengan) sewajarnya,” kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda Umno dan Perkasa.

Pemuda Umno dan Perkasa mahu mengadakan perhimpunan balas membantah Himpunan Bersih 2.0 pada tarikh dan masa yang sama.

Bersih 2.0 mendakwa pihaknya hanya mengadakan perhimpunan aman bagi menuntut sistem pilihan raya yang bebas dan adil dengan diletakkan lapan tuntutan.

Hasmy berkata Suhakam mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub ddalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Kata beliau, Suhakam mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun seperti yang terkandung dalam, antara lain laporan tahunannya kepada Parlimen serta permintaan bagi pemansuhan Subseksyen (2), (2A) hingga (2D), (4), (4A), (5), (5A) – (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.

“Dan, mengesyorkan agar pihak polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ia perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan,” katanya lagi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan pihak polis tidak akan mengeluarkan permit kepada mana-mana kumpulan yang mahu mengadakan perhimpunan pada tarikh tersebut.

Pihak polis sudah mula memanggil pihak penganjur ketiga-tiga perhimpunan itu.

Malah pihak polis juga sudah mula menahan mereka yang memakai kemeja-T Bersih 2.0.

Monday, June 27, 2011

Protes Umno peralat polis, Anwar berkemeja kuning


KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memakai pakaian kuning sebagai tanda sokongan kepada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini dan protes terhadap tindakan Umno memperalat polis dengan menangkap rakyat tidak bersalah.

Beliau dilihat memasuki perkarangan ibu pejabat parti di Tropicana, Damansara dengan berkemeja lengan pendek warna kuning kira-kira jam 1.45 petang untuk menghadiri satu mesyuarat bersama Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN.

Hasrat untuk memakai pakaian kuning dinyatakan Anwar sejak semalam pada paparan twitternya ketika membalas satu tweet seorang pengikut (follower) yang memaklumkan pelakuan polis menangkap ramai rakyat berpakaian kuning.Anwar dalam twiter itu ada menyebut, ia sebagai protes terhadap tindakan keras terhadap rakyat.

“MPP Keadilan esok: Saya akan pakai baju kuning – tanda protes ke atas tangkapan anak2 muda. Umno kian terdesak dan tambah zalim,” tulis Ketua Pembangkang itu, semalam.Sejak beberapa hari lalu, ramai rakyat khususnya penyokong Pakatan Rakyat ditahan polis semata-mata kerana memakai t-shirt kuning baik yang ada logo Bersih 2.0 ataupun tidak. Situasi itu berlarutan hingga hari ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15977

BAJU `BERSIH' DILARANG KE MASJID?

Dihalau keluar masjid kerana pakai baju Bersih (Bergambar)
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang ahli jawatankuasa Masjid Bandaraya, Likas, yang menghalau seorang pemuda daripada menunaikan solat di masjid itu semata-mata kerana memakai baju Bersih. (Gambar kanan)

Blog Pemuda PAS Sepanggar melaporkan kejadian yang berlaku di masjid tersebut kelmarin dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut.

Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat Maghrib.
Selain menghalau pemuda tersebut, AJK masjid tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan menuduh pemuda tersebut sebagai munafik.

Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan kasar.
Situasi yang memalukan itu akhirnya dileraikan oleh salah seorang ahli kariah yang masuk campur.

Ahli kariah itu dengan nada yang tegas telah menegur AJK masjid tersebut kerana sikapnya yang memalukan itu. (Gambar kiri)Beliau membela pemuda tadi, dan memarahi AJK masjid tersebut kerana menghalau anak muda dari bersolat semata-mata kerana mamakai baju Bersih.
Justeru, Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar melihat perkara itu sepatutnya tidak berlaku.

Sehubungan itu, DPP Sepangar menggesa agar Jawatankuasa Masjid Bandaraya segera mengambil tindakan terhadap AJK masjid tersebut di atas sikapnya yang merosakan imej Masjid Bandaraya yang sememangnya terkenal di kalangan para pengunjung dan pelancong.

Mengenai himpunan aman Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini, DPP Sepangar menyeru seluruh rakyat Sabah agar berpakaian berwarna kuning dan keluar ke bandar-bandar beramai-ramai bersama keluarga.

LYNAS - DEMONTRASI AMAN MEWARNAI KUANTAN SEMALAM

Perarakan Aman Bantah Projek Lynas, Pihak Polis Di Jadikan Kambing Hitam
MB Pahang Agar Terus Menghalang 'Kebangkitan Suara Rakyat' Kuantan

KUANTAN, 26 Jun - Program perhimpunan aman bantah Lynas yang diadakan hari ini telah berjaya juga diadakan, biar pun mendapat berbagai tekanan daripada pihak polis.

Program pertama iaitu "Perarakan Bersatu" anjuran NGO Save Malaysia telah diadakan awal pagi bertempat di Bukit Pelindung. Orang ramai telah berhimpun sebelum jam 7.00 pagi lagi untuk bersama-sama Save Malaysia berjalan menaiki bukit tersebut.

Mereka berpakaian T-Shirt hitam "Stop Lynas" dan membawa berbagai sepanduk tanda bantahan terhadap program tersebut. Menurut wakil Save Malaysia yang ditemui, program sepatutnya dijalankan di Perkarangan Stadium Darul Makmur, dimana peserta akan berarak beramai-ramai melalui Jalan Pasar, Jalan Tun Ismail, Jalan Bukit Sekilau, jalan Lim Hoe Lek dan kembali ke stadium. Namun, selepas mendapat nasihat daripada pihak polis, akhirnya lokasi dipindahkan ke Bukit Pelindung. Ia bagi tidak menyusahkan semua pihak termasuk mereka yang membawa ahli keluarga untuk bersama dalam program tersebut.

Namun, anehnya dimaklumkan biar pun mendapat nasihat dan pandangan polis agar ia dipindahkan tetapi pihak polis masih terus memberi tekanan keterlaluan kepada peserta himpunan. Malah, lebih mendukacitakan mereka mengarahkan polis trafik supaya menyaman kendereaan-kenderaan yang diletakkan disepanjang jalan masuk ke Bukit Pelindung.

Tindakan ini sungguh tidak wajar kerana kenderaan terbabit tidaklah menghalang lalulintas sebenarnya. Mungkin dek kerana arahan pihak atasan, maka ia dilakukan biar pun hari ini ialah hari cuti hujung minggu. Program turut disertai NGO lain termasuk Bar Comittee Pahang dan para mahasiswa IPT.



Bantahan Lynas terus bergema biar pun berbagai rintangan kini dihadapi

Semuanya bersemangat untuk sama-sama meneruskan bantahan Lynas

Peserta kibarkan bendera Malaysia tanda cinta dan sayang kepada negara

AJK Save Malaysia membawa tabung sumbangan perjuangan bantah Lynas

Team Bar Comittee of Pahang dan peserta yang berbasikal juga turut hadir

Rakyat berbagai kaum dan agama terus bangkit menolak Lynas di Kuantan

Mahasiswa serta pemimpin agama juga hadir bagi membantah projek Lynas


YB Fuziah tandatangani kain rentang bantah Lynas yang turut disediakan

Ribuan rakyat membantah Lynas sambil berarak mendaki Bukit Pelindung

Terbukti, bantahan Lynas bukan sahaja dipelopori kaum Cina sebenarnya

Kumpulan berbasikal juga turut serta memeriahkan lagi kempen bantahan

Kecil besar danyang tua muda semua bersama menyokong bantahan Lynas

Segak bergaya, tetapi terkadang polis tidak perlu seteruk ini tugas mereka

Polis trafik sibuk menyaman kereta yang diletakkan di kawasan tersebut

Sementara itu, di Stadium Darul Makmur pula terdapat berpuluh-puluh orang anggota polis berbagai unit seperti FRU, Trafik, Cawangan Khas termasuk Unit Anjing Pengesan ditempatkan di situ. Polis mengadakan sekatan di jalan-jalan masuk ke perkarangan stadium iaitu di Jalan Pasar depan Alamoda (depan Restoran Safwa), Jalan Bukit Sekilau (depan Malay Town), Jalan Lim Hoe Lek (depan Pasaraya Eng Hong) dan di Jalan susur keluar Padang MPK 3 ke Jalan Lim Hoe Lek.

Lalulintas menjadi sesak akibat sekatan tersebut yang dipercayai telah dimulakan sejak awal pagi. Kelihatan juga satu program sukan dan hiburan turut diadakan di perkarangan stadium. Mungkin itu satu usaha terancang untuk menghalang peserta perhimpunan gunakan lokasi terbabit. Peliknya, pihak polis sudah dimaklumkan bahawa lokasi perhimpunan bertukar ke Bukit pelindung.

Namun, mungkin akibat gusar dengan ura-ura ia juga akan diadakan di kawasan terbabit maka mereka terpaksa mengadakan sekatan jalanraya untuk menghalang program tersebut daripada terus diadakan.


Sekatan polis di Jalan Pasar dan Jalan Bukit Sekilau sejak awal pagi lagi

Trak disusun depan stadium dan anggota menunggu di bawah khemah

Sekitar jam 10.30 pagi kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh dilihat memasuki kawasan dihadapan Stadium Darul Makmur. Terdapat maklumat, program himpunan bantah Lynas juga akan diadakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan stadium.

Akibat sekatan jalanraya yang diadakan untuk menghalang mereka, maka lokasi telah diubah ke kawasan Pasar Tani Mega dihadapan Restoran The Oasis, Malay Town. Beberapa orang pemimpin kanan PKR Kuantan juga dilihat mengekori YB Fuziah. Turut hadir ialah YB Chang Ming Khai (ADUN Simpang Pulai, Perak) dan beberapa orang anggota AMK Pahang.

Rombongan seramai lebih kurang 50 orang terbabit bergerak bersama YB Fuziah beramah mesra dengan orang ramai dan peniaga di pasar tani terbabit. Mereka turut memakai baju dan kain rentang "Stop Lynas". Program berakhir sekitar jam 12.30 tengahari dengan sessi bergambar di pintu masuk kawasan terbabit (pasar tani).

Sebelum beredar satu sidang media ringkas telah diadakan di kawasan ini. Kelihatan beberapa orang pegawai FAMA memantau dan mengawasi pergerakan mereka. Pihak polis tidak kelihatan di kawasan itu, mungkin mereka tersalah strategi atau tidak jangka lokasi boleh bertukar ke kawasan itu.


YB Fuziah bergambar dengan salah seorang peniaga di pasar tani terbabit

Sempat bergambar kenangan sebelum meninggakan kawasan berkenaan

YB Chang Ming Khai dan Mr.Siew juga hadir bersama melawat pasar tani

AMK Pahang turut bersama, YB Fuziah bertanya sesuatu kepada peniaga

Video sidang media ringas Fuziah Salleh selepas program tersebut berakhir

Sementara itu difahamkan petang tadi, satu forum oleh Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) anti Lynas telah diadakan di Hotel Swiss Garden Resort. Taklimat dalam Bahasa Inggeris itu telah disampaikan oleh Dr.Lee Chee Hong dengan tajuknya "Lynas: Why We Care".

Sementara itu seorang lagi penceramah iaitu
Dr.Gurmit Singh (Penasihat EPSM) yang menerangkan isu berkaitan alam sekitar dengan tajuknya "From Papan To Bukit Merah To Gebeng to Environmental Worries". Turut menyampaikan taklimat ialah Encik Harris Ibrahim (MCLM) yang membentangkan kertas kerja bertajuk "Going Forward" (Good Goverment and Public Partication).

Program yang bermula jam 1.10 petang itu berakhir dengan sessi sidang media sekitar jam 4.20 petang. Paling mengejutkan dalam program ini apabila pemimpin MCA Dato' Ti Lian Ker yang mempertahankan projek Lynas bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Malaysia juga dilihat turut hadir bersama dalam program ini.


Pemimpin MCA, Ti Lian Ker sempat bermesra dengan Mr.Tan (Save Malaysia)
dan juga beberapa orang petugas yang berada dalam program itu tadi

Sumber/ihsan: PDO