KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, October 18, 2012

Skandal projek perumahan di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang

Kami kesal dengan apa yang berlaku ke atas Projek Perumahan di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

Projek perumahan ini dirancang oleh KWSP secara usaha sama dengan MBSB. Projek diluluskan oleh Panel Pelaburan KWSP pada bulan Ogos 1993. Sebanyak 1,151 unit pelbagai jenis rumah telah dirancang dalam 4 fasa untuk disiapkan dalam tempoh 2 tahun bagi setiap fasa.
 

Semakan Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati bahawa pemaju MBSB (melalui syarikat subsidiari) telah gagal menyiapkan projek perumahan yang dirancang. Pemaju hanya menyiapkan 720 unit rumah iaitu 62% daripada 1,151 unit rumah dalam tempoh 6 tahun iaitu dari tahun 1995-2001.

Selain itu, laporan juga menyebut bahawa sebanyak 97 unit rumah di fasa 2 iaitu 19 unit rumah kedai dan 78 unit rumah teres dua tingkat bernilai RM17.58 juta tidak dapat dijual.

Kami mendapati proses penganugerahan, pembinaan dan pembayaran dalam projek Bandar Indera Mahkota penuh dengan unsur-unsur keraguan dan penyelewengan:

· KWSP meluluskan penyelesaian tuntutan oleh MBSB sebanyak RM5.64 juta untuk bayaran Fasa 3 dan 4 projek tersebut. Sebenarnya, Jabatan Undang-undang berpendapat KWSP tidak terikat dengan projek perumahan Fasa 3 dan 4 dan maka tidak perlu dibayar.

· Disebabkan penamatan perjanjian, KWSP kena bayar RM2.51 juta bagi Fasa 1b.

· KWSP tidak memasukkan terma denda atas kelewatan (LAD).

· KWSP telah lewat meluluskan baki tuntutan MBSB pada bulan Jan 2004 yang menyebabkan KWSP dikenakan faedah atas kelewatan berjumlah RM4.7 juta.

Mengikut pengiraan kami, hanya perkara kerugian faedah atas kelewatan, adalah bersamaan dengan yang RM4.7 juta, ataupun kira-kira RM9,650 sehari, RM289.5 ribu sebulan.

Kami berpendapat bahawa disebabkan kecuaian/kesilapan KWSP, jumlah kerugian yang ditanggung oleh KWSP serta para pencarum KWSP adalah setinggi RM30.43 juta.

Persoalannya, mengapakah kesilapan tersebut boleh berlaku dan tidak dijalankan sebarang siasatan, siapakah yang memanfaat daripada projek tersebut, dan pihak manakah yang harus bertanggungjawab atas kesilapan itu?

Oleh itu, kami mendesak Lembaga Disiplin dan Tatatertib KWSP serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya memulakan siasatan atas penyelewengan tersebut bagi menegakkan keadilan bagi 11.4 juta pencarum KWSP!

Kami menganggap seruan di atas adalah munasabah selari dengan arus dunia moden hari ini yang mengetengahkan prinsip kepertanggungjawaban (Accountability). Jika tindakan yang begitu mudah juga tidak dapat dipenuhi, apa lagi yang rakyat boleh tuntut?


Pakatan Rakyat
Kawasan Indera Mahkota

18 Oktober 2012

No comments:

Post a Comment