KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, October 6, 2012

Konvensyen Pakatan Pahang 21 Okt fokus 3 isu rakyat, termasuk Felda

(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 5 Oktober: Konvensyen Pakatan Rakyat Pahang akan diadakan di Kuantan pada 21 Oktober ini.

Pengarah Jawatankuasa konvensyen, Andansura Rabu dari PAS berkata, tiga isu penting melibatkan rakyat negeri itu akan dibentangkan oleh setiap wakil dari parti Pakatan.

Ia membabitkan isu Felda, pengurusan ekonomi serta orang Asal.

“Wakil dari PAS akan bawa isu Felda dan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH), KEADILAN pula bentangkan isu belanjawan dan pengurusan ekonomi negeri, manakala wakil DAP akan bahas isu tanah dan orang Asal,” jelas Andansura ketika dihubungi.

Konvensyen tersebut bermula jam 8 pagi hingga 2.30 petang di Restoran Sekilau, Jalan Haji Ahmad, Kuantan.

Program itu akan turut dihadiri pemimpin utama Pakatan seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dan Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Tema bagi konvensyen itu adalah ‘Ubah Sekarang, Selamatkan Pahang’.

Andansura berkata, perwakilan dijangka mencecah 600 termasuk jentera dan ahli setiap parti.

“Pada sebelah malam pula, ceramah perdana akan diadakan di Dataran PASTI Al Aman, Taman Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan. Penceramah meliputi semua pimpinan di konvensyen tersebut,” katanya./Keadilan Daily

No comments:

Post a Comment