KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, October 2, 2012

Peruntukan kerajaan dinikmati kroni, rakyat miskin terus terbeban

(Oleh Aedi Asri)

KUALA LUMPUR 1 Oktober: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan kerajaan Umno BN gagal mencapai sasaran rakyat berpendapatan rendah, sebaliknya dinikmati kroni dan golongan maha kaya.

Memetik laporan Malaysia Economic Monitor oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Anwar berkata, 70 peratus dari 10 peratus golongan termiskin tidak mendapat bantuan.

“Buktinya, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) beli penjana kuasa bebas (IPP) kroni, iaitu Tanjong Energy Holdings milik Tan Sri Ananda Krishnan dan Mastika Legenda milik Genting Sanyen dengan harga RM8.5 bilion.

“Umumnya pemerhati anggap ia terlalu tinggi…(sedangkan) perjanjian IPP akan tamat empat tahun lagi, jadi harganya patut lebih rendah,” katanya.

Perjanjian pembelian Tanjong Energy dimeterai 2 Mac lalu, manakala Mastika Legenda pula pada 14 Ogos.

Anwar turut menempelak keputusan kerajaan melupuskan cukai kepada Tun Razak Exchange (TRX), menyebabkan kerajaan hilang kira-kira RM1 bilion pendapatan.

Dalam Bajet 2013, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mengumumkan syarikat berkaitan TRX dikecualikan cukai pendapatan selama 10 tahun.

“Apakah ia wajar? (Akhirnya) keuntungan itu hanya direbut sebilangan kecil (golongan kaya).

 
 
“(Jadi) saya seru Perdana Menteri agar berhati-hati dalam beri insentif kepada golongan kaya,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi.

Penasihat Ekonomi Selangor itu berkata, ia berbeza dengan pemberian insentif oleh Kerajaan Selangor antaranya melalui bekalan air percuma yang sampai terus kepada hampir 1.3 juta rakyat.

Selanjutnya, beliau mengkritik kerajaan yang masih gagal menyelesaikan masalah pengangguran, terutama kalangan siswazah.

“Melalui Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), 68 peratus peluang pekerjaan tidak perlukan ijazah…20 peratus darinya pekerjaan tanpa kemahiran yang akan diambil pekerja asing.

“Jadi tidak hairan jika unjuran ETP tunjukkan 53.6 peratus kerja ditawarkan adalah (untuk) pendapatan rendah (dan) tidak selesaikan pengangguran siswazah,” kata Anwar lagi./Keadilan Daily

No comments:

Post a Comment