KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, October 20, 2012

KONVENSYEN PR PAHANG BERMULA ESOK (21 OKT) DAN CERAMAH PERDANA

 
Esok, 21hb Oktober 2012 (Ahad) akan bermulalah Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Pahang bagi Tahun 2012.  Thema Konvensyen kali ini adalah "UBAH SEKARANG, SELAMATKAN PAHANG".  Konvensyen akan diadakan di Dewan Sekilau, Jalan Haji Ahmad, Kuantan bermula pada jam 08.00 pagi sehingga jam 2.00 petang.

Dianggarkan seramai 650 orang peserta Konvensyen akan hadir kali ini meliputi peserta-peserta dari parti PAS, PKR dan DAP dari seluruh Kawasan dan Cabang di Negeri Pahang.  Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Pahang ini akan dihadiri oleh Datin Seri Wan Azizah Ismail (Presiden PKR), Tuan Haji Muhamad Sabu (Timbalan Presiden PAS) dan YB Dr Tan Seng Giaw (Naib Pengerusi DAP).

Aturcara Konvensyen adalah seperti berikut:

1.     08.00 Pagi               -  Pendaftaran Peserta Konvensyen.
2.     09.30 Pagi               -  Persembahan kesenian dari tiga kaum terbesar (Melayu, Cina dan India).
3.     09.50 Pagi               -  Doa
4.     09.55 Pagi               -  Nyanyian Lagu Kebangsaan "Negara Ku".
5.     10.00 Pagi               -  Ucaptama oleh 3 pimpinan Pakatan Rakyat.
6.     11.00 Pagi               -  Pembentangan Kertas Kerja

-  ISU FELDA - Disampaikan oleh Sdr Yohanis (PAS) dan diulas oleh Tuan Hj Suhaimi bin Said (PKR)

-  TANAH/ORANG ASAL  - Disampaikan oleh Sdr J. Apalasamy (DAP) dan diulas oleh Syed Ali (Isu Tanah - PAS) dan Sdr Ismail (Isu Orang  Asal - Wakil Orang Asal)

-  EKONOMI   -  Disampaikan oleh Sdr Lee Chean Chung ( PKR) dan diulas oleh Sdr Hassanuddin (PAS)

7.     01.00 Petang           -  Penutup dan Penggulungan
8.     02.00 Petang           -  Sidang Media.

Adalah diharapkan semua peserta dapat hadir menepati masa pendaftaran yang ditetapkan.  Semua peserta dikehendaki memakai "Tag Pengenalan" yang disediakan termasuk dari wakil media.  Oleh kerana Konvensyen ini diadakan secara tertutup, maka hanya yang memiliki "Tag Pengenalan" sahaja dibenarkan memasuki dewan melainkan atas kebenaran dari Ketua Sekretariat atau Pegawai Keselamatan sahaja.  Ketua Sekretariat adalah Sdr Kamarzaman Yunus (No Tel : 013-9929494) dan Ketua Keselamatan adalah Kapt (B) Athiuddin bin Daud (No Tel: 016-9635467).

Walaupun tidak ditetapkan pakaian untuk dipakai sepanjang konvensyen ini, tetapi disyorkan setiap peserta memakai pakaian yang kemas serta mempunyai logo atau lambang parti masing-masing atau logo/lambang Pakatan Rakyat.  Bagi kaum Muslimah dinasihatkan agar memakai pakaian yang menutup aurat, dan bagi wanita Non Muslim memakai pakaian yang sopan.  Baju "T" yang tidak berkolar tidak digalakkan untuk dipakai.


 CERAMAH PERDANA

Sempena dengan Konvensyen kali ini, satu Ceramah Perdana akan diadakan pada sebelah malamnya bertempat di Taman Berjaya Permai, Kg Kempadang bermula jam 09.00 malam.  Penceramah yang akan hadir adalah YB Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR), YB Husam Musa (Naib Presiden PAS) dan YB Dr Tan Seng Giaw (Naib Pengerusi DAP).

Orang ramai dijemput hadir pada Ceramah Perdana tersebut.

*  Jadual aturcara dan penceramah tertakluk kepada perubahan sekiranya ada.
                                   -               
                                        -   
    

No comments:

Post a Comment