KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, October 8, 2012

RAKYAT PEKAN BERI SAMBUTAN HEBAT ATAS KUNJUNGAN PRESIDEN PAS MALAM TADI

Walaupun pada sebelah petang semalam hujan agak lebat di sekitar Pekan, Pahang namun program Ceramah yang diadakan malam tadi (07 Oktober 2012) bertempat di Markas PAS Mengkasar, Pekan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Kehadiran Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ke Pekan telah menaikkan semangat rakyat khususnya sekitar Parlimen Pekan yang kini diwakili oleh PM, Dato' Seri Najib Tun Razak.  Sebelum Tuan Guru Presiden berucap, program malam tadi dimulakan dengan ucapan aluan oleh YDP Pas kawasan Pekan iaitu Ustaz Abu Kassim.  Pengerusi ceramah malam tadi adalah Ketua Pemuda PAS Pekan, Us Fadhil Noor.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Us Nasruddin Tantawi
Ceramah dimulakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Us Nasruddin Tantawi.  Beliau banyak menyentuh isu berkaitan golongan muda yang mana beliau menyebut betapa orang muda jangan mudah dibeli dengan kebendaan sedangkan masa hadapan golongan ini tidak dihiraukan oleh kerajaan di bawah Umno/Bn.  Turut disentuh oleh Us Nasruddin adalah betapa pentingnya rakyat mendapatkan maklumat alternatif melalui IT seperti blog, Facebook, Twitter dan sebagainya selain dari membaca akhbar resmi parti dari Pakatan Rakyat. 

Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sedang berucap
Tuan Guru Presiden tampil di pentas utama dengan membawa kisah dan sejarah perjuangan Rasulullah S.A.W untuk menyampaikan risalah Islam terutamanya apabila berurusan dengan golongan bukan Islam.  Pendekatan atau Uslub hikmah dan bijaksana ternyata memberi kesan kepada perjuangan Islam.  Sehubungan itu, PAS katanya telah menggunakan pendekatan ini yang disebut "Tahalluf Siyasi" apabila berurusan dengan parti yang majoritinya bukan Islam.

Beliau turut menerangkan konsep "Negara Berkebajikan" yang dijadikan slogan oleh PAS adalah konsep yang diterima dan dipersetujui oleh rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan konsep ini juga amat dituntut oleh Islam.  Ini bukan bererti PAS mengugurkan perjuangan Hukum Islam atau Hudud kerana Islam itu mestilah dilihat Syumul.

Meskipun tanah masih basah akibat hujan di sebelah petang, sambutan amat menggalakkan
Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang juga memberi perakuan bahawa di dalam Pakatan Rakyat, DAP tidak diberi kuasa majoriti bagi membolehkan parti tersebut menjadi tonggak kepada Kerajaan Pakatan Rakyat jika memenangi PRU akan datang.  Malahan kata beliau, DAP sendiri akur dengan situasi politik di negara ini.

Ternyata, program malam tadi jelas menunjukkan rakyat kini mahu lakukan perubahan.  Tahniah kepada PAS Pekan yang terus melakukan berbagai program sejak kebelakangan ini.  Kepada KEADILAN khususnya di Pekan, gunakan kesempatan ini untuk lebih merapatkan lagi kerjasama dengan PAS Pekan agar objektif kita menawan Parlimen Pekan atau sekurang-kurangnya merampas beberapa Dun di Pekan menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment