KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, October 10, 2012

PESERTA KONVENSYEN PR - SENARAI NAMA SEBELUM 15 OKT

Sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini, Konvensyen Pakatan Rakyat Pahang akan diadakan pada 21 Oktober 2012 bertempat di Restoren Sekilau, Jalan Hj Ahmad, Kuantan bermula pada jam 08.00 pagi untuk pendaftaran peserta seterusnya akan berakhir pada lebih kurang jam 02.30 petang.

Setiap Cabang KEADILAN Pahang dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 10 - 15 orang peserta untuk menghadiri Konvensyen ini.  Senarai nama hendaklah dimajukan kepada Penolong Setiausaha KEADILAN Negeri yang juga telah dilantik sebagai Ketua Sekretariat Konvensyen, Sdr Kamarzaman atau Pak Long seberapa segera selewat-lewatnya pada 15 Oktober ini untuk urusan menyediakan tag nama peserta.

Senarai nama peserta hendaklah merangkumi kesemua peringkat ahli Cabang termasuk AMK dan Wanita.  Arahan selanjutnya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.  Mohon kerjasama semua Ketua Cabang.

"UBAH SEKARANG, SELAMATKAN PAHANG"


No comments:

Post a Comment