Mesyuarat Agong Tahunan Cabang (MATC) KEADILAN K.Lipis telah diadakan pada 30 September 2012 mulai jam 2.30 petang bertempat di Pejabat Dun Benta, Bandar Benta. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Sdr Zakaria Abdul Hamid, selaku Ahli Majlis Pimpinan Pusat, manakala wakil dari MPN yang turut hadir sebagai pemantau adalah Puan Dasimah (Ketua Wanita KEADILAN Negeri Pahang).
Sdr Zakaria Abdul Hamid, Ahli MPP berucap dan merasmikan mesyuarat |
Mesyuarat bagi AMK/Wanita juga turut diadakan pada tarikh yang sama. Di dalam ucapan perasmian, Sdr Zakaria menyeru semua ahli parti bekerja bersungguh-sungguh bagi merealisasikan hasrat Cabang KEADILAN K.Lipis khususnya untuk menawan Dun Benta dan Cheka, di samping membantu Pakatan Rakyat untuk menawan Negeri Pahang, amnya.
Sebilangan ahli-ahli yang hadir |
Tekun mengikuti mesyuarat |
Ahli diberi peluang untuk menyuarakan cadangan atau pandangan |
Di antara usul-usul yang dibawa ke dalam mesyuarat kali ini adalah menyediakan rumah dan tanah untuk masyarakat India yang telah tamat kontrak bekerja di Estet. Ini adalah sebahagian dari tanggungjawab kerajaan untuk menjaga kebajikan kakitangan dan bekas kakitangan yang bekerja di sektor perladangan.
Mesyuarat telah dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan tanpa sebarang masalah.
No comments:
Post a Comment