Sikap berat sebelah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di dalam menangani isu pemasangan bendera parti-parti politik telah lama disuarakan oleh Pakatan Rakyat. Namun isu ini bukan sahaja tidak dapat diselesaikan dengan baik oleh pihak berkenaan, malahan ianya bertambah menjolok mata dengan sikap "double standard' dan tidak profesional nya pihak Penguatkuasa MPK.
Sdr Lee Chean Chung sedang berucap menyuarakan bantahan |
Pakatan Rakyat Kuantan pada minggu lepas telah mengadakan sidang media meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap MPK yang sewenang-wenangnya mencabut bendera-bendera yang dipasang oleh PAS, PKR dan juga DAP di sekitar Kuantan ini tetapi perkara yang sama tidak dilakukan kepada bendera-bendera yang dipasang oleh Umno/Bn. Pakatan Rakyat telah memberikan tempoh dan masa untuk MPK menunjukkan sikap profesional mereka namun pihak berkenaan masih berdiam diri sehingga ke hari ini.
Wakil dari PAS turut serta |
Sehubungan itu, Pakatan Rakyat Kuantan telah mengadakan satu protes di hadapan Ibu Pejabat MPK Kuantan pada pagi semalam (12 Oktober 2012) mulai jam 10.00 pagi. Wakil-wakil dari PAS, PKR dan DAP serta Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pahang dan disertai dengan beberapa orang penyokong telah hadir di perkarangan Ibu Pejabat MPK dengan memasang beberapa bendera sebagai satu tindakan simbolik menunjukkan bantahan kepada MPK.
Di dalam protes secara aman itu, semua wakil dari PAS, PKR, DAP dan SAMM telah memberikan ucapan ringkas meluahkan rasa kesal dengan tindakan MPK yang secara jelas bertindak seperti komponen Umno/Bn di dalam isu ini. Turut hadir adalah Ketua Penerangan PKR Negeri Pahang, Sdr Razali Alias dan Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota, Sdr Lee Chean Chung. Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Kamarul Hatta juga turut hadir. Protes tersebut berjalan dengan baik diawasi oleh beberapa anggota Polis yang hadir untuk mengawal keadaan. Pegawai dari MPK bersetuju untuk berbincang dan mendengar luahan dari wakil-wakil yang hadir.
Pakatan Rakyat akan terus memerhatikan tindak tanduk MPK selepas ini samada mereka mampu untuk bertindak secara profesional atau tidak. Sekiranya isu ketidakadilan ini masih berlaku, Pakatan Rakyat terpaksa memikirkan samada perlu mengadakan demontrasi aman yang lebih besar di perkarangan Ibu Pejabat MPK di masa-masa akan datang.
No comments:
Post a Comment