KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, October 22, 2012

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PAHANG - SEMANGAT "UBAH SEGERA, SELAMATKAN PAHANG"

Konvensyen Pakatan Rakyat Pahang Tahun 2012 telah selamat diadakan semalam (21 Oktober 2012) bermula jam 08.00 pagi sehingga jam 02.00 petang bertempat di Dewan Sekilau, Jalan Haji Ahmad, Kuantan.  Konvensyen tersebut telah dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat Pusat dan Negeri Pahang.  Thema Konvensyen Pakatan Rakyat Pahang tahun ini adalah "UBAH SEKARANG, SELAMATKAN PAHANG".

Pendaftran para peserta konvensyen
Pada awalnya, konvensyen ini akan turut dihadiri oleh Datin Seri Wan Azizah Ismail, Presiden PKR  bagi menggantikan Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Tetapi, disaat-saat akhir Datin Seri Wan Azizah Ismail tidak dapat hadir atas sebab-sebab kesihatan ibunya.  Sehubungan itu, beliau digantikan oleh Naib Presiden PKR, YB Fuziah Salleh.  Pimpinan PAS Pusat telah diwakili oleh Timbalan Presiden, Tuan Haji Muhamad Sabu manakala wakil dari DAP pula adalah YB Dr Tan Seng Giaw.  Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Pahang dihadiri oleh Pengerusi PKR Negeri, Dato' Fauzi Abd Rahman, Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Us Tuan Ibrahim Tuan Man dan dari DAP pula adalah Pengerusi DAP Negeri, YB Leong Ngah Ngah yang juga Adun Triang.

Konvensyen kali ini mensasarkan kehadiran 600 peserta dari semua ahli parti di dalam Pakatan Rakyat Negeri Pahang, namun yang hadir melebihi dari yang disasarkan iaitu lebih kurang 670 peserta yang berdaftar.  Memandangkan ruang yang terhad di dalam dewan, ramai ahli yang ingin memasuki dewan konvensyen terpaksa berada di luar dewan.

Di antara kaum Orang Asal yang hadir
Pimpinan Pakatan Rakyat
Memotong kek Konvensyen
Ketibaan tetamu jemputan yang terdiri dari pimpinan Pakatan Rakyat Pusat telah disambut oleh acara kesenian dari kaum Melayu (kompang), Cina (Tarian Naga) dan India (Tarian India).  Konvensyen dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan "Negara Ku".  Ucaptama disampaikan oleh ketiga-tiga pimpinan Pakatan Rakyat Pusat iaitu YB Fuziah Salleh, Tuan Hj Muhamad Sabu dan juga YB Dr Tan Seng Giaw.

Semua peserta berdiri menyanyikan Lagu Kebangsaan Negara Ku
Kertas Kerja yang dibentangkan oleh wakil-wakil yang telah dipilih dari Pakatan Rakyat adalah meliputi tiga isu iaitu isu Felda, Tanah dan Orang Asal serta isu ekonomi.  Senarai Pembentang Kertas Kerja tersebut telah kami nyatakan di dalam artikel sebelum ini.  Setiap pembentang akan diseliakan oleh seorang moderator dan diulas oleh seorang pengulas berkaitan isu yang dibentangkan.  Selepas selesai pembentangan Kertas Kerja dan ulasan, maka di kemuncak konvensyen ini adalah penggulungan oleh tiga pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Pahang iaitu Dato' Fauzi Abd Rahman,  Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan YB Leong Ngah Ngah.

Ucaptama oleh YB Fuziah Salleh

YB Dr Tan Seng Giaw


Tuan Haji Muhamad Sabu

Paling mengembirakan kita dan diucapkan tahniah dan syabas adalah dengan kehadiran lebih kurang 50 orang mewakili kaum Orang Asal turut serta di dalam konvensyen kali ini.  Malahan, wakil mereka Sdr Ismail Leh turut berada di atas pentas untuk mengulas isu berkaitan Orang Asal.  Kontroversi terbaru berkenaan sikap MB Pahang, Dato' Adnan Yaakob melayani tuntutan kaum Orang Asal berkaitan isu tanah dan hak-hak Orang Asal menjadi topik hangat di dalam membahaskan kertas kerja Orang Asal.

Tim yang membentangkan Kertas Kerja berkaitan isu Felda
Tuan Hj Suhaimi Said mengulas isu Felda
Tim yang membentangkan Kertas Kerja isu Tanah dan Orang Asal
Sdr Lee Chean Chung (PKR) membentangkan Kertas Kerja bagi isu ekonomi
Sdr Zakaria Abd Hamid (Ahli MPP) turut hadir.  Tutur kelihatan Ketua Wanita PKR Negeri Pahang, Puan Dasimah  (Baju Jingga)
Sesi penggulungan oleh YB Leong Ngah Ngah
Dato' Fauzi Abd Rahman
Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man membacakan Ikrar Persefahaman Pakatan Rakyat Pahang sewaktu Sidang Media selepas Konvensayen
Secara keseluruhannya, konvensyen kali ini amat berjaya dan sambutannya di luar jangkaan.  Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur bersama, terutama kepada Pengarah Konvensyen iaitu Sdr Andansura Rabu (PAS) bersama-sama seluruh Ahli Jawatankuasa Konvensyen yang telah bertungkus lumus menjayakan konvensyen ini.  Terima kasih dan penghargaan juga buat individu, pihak-pihak media dan mereka yang terlibat menjayakan konvensyen kali ini.  Teristimewa sekali, buat semua peserta konvensyen yang dapat meluangkan masa untuk hadir bagi memantapkan perjuangan kita bersama bagi mencapai objektif dan thema "UBAH SEKARANG, SELAMATKAN PAHANG".




 

No comments:

Post a Comment