LAHAD DATU: Kenaikan harga pelbagai barangan keperluan harian kebelakangan ini sebenarnya akibat amalan pemimpin Umno BN yang hanya memikirkan ‘perut’ mereka sahaja, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Harga barang naik, harga minyak naik. Salah siapa? Orang Cina? Siapa perdana menteri, siapa ketua menteri, siapa menteri kewangan?
“Ini salah pemimpin yang fikir perut, tidak fikir nasib rakyat” katanya pada ceramah di Assam, Lahad Datu, Sabah 13 Oktober lalu yang dihadiri ribuan rakyat.
Ketua Pembangkang itu mengakui marah dengan gelagat pemimpin Umno yang menjadikan harta negeri mahupun rakyat, sebagai aset ‘mak bapak’ mereka.
“Kamu boleh perintah tapi jangan ingat tanah ini, harta ini, harta mak bapak kamu. Harta ini harta negeri, harta rakyat dan kita bertanggungjawab.
“Sebab itu, saya lawan orang yang zalim, yang tamak habola, yang curi harta rakyat, perbodoh rakyat,” katanya.
Anwar juga kesal kerana Umno BN cuba meracuni fikiran rakyat berikutan hubungannya dengan pemimpin dan rakyat keturunan Cina.
“Saya kawan dengan orang Cina yang baik. Kamu kawan sama Cina yang rasuah,” katanya merujuk hubungan Umno dengan MCA.
Beliau juga mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak meniru kezaliman wakil rakyat Umno BN apabila Putrajaya ditawan kelak.
“Dulu curi balak. Bila ubah, kita curi jugak. Dulu roboh rumah, tukar. Kita roboh jugak – itu bukan islah, bukan reformasi. Jangan macam wakil rakyat Umno BN,” katanya./KeadilanDaily
No comments:
Post a Comment