Kempen "Turunkan Harga Kereta" telah pun bermula di merata-rata tempat. Di Pahang, pembukaan kempen ini bermula di Temerloh malam ini ( Selasa - 09 Oktober 2012) bertempat di Taman Muhibbah, Temerloh (berhadapan Pej Pelajaran Temerloh) mulai jam 09.00 malam.
Program ceramah sempena kempen ini akan menampilkan dua tokoh penting yang akan membicarakan darihal isu ini dan juga banyak isu politik semasa yang mesti diketahui oleh rakyat jelata. Tokoh tersebut adalah YB Nasution, Ahli Parlimen Machang yang juga Setiausaha Agong PKR dan Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR. Kedua-dua tokoh ini terkenal dengan pidato yang penuh pengisian dan fakta bagi menangkis segala tohmahan dan propaganda Umno/Bn.
Di samping itu, orang ramai juga berpeluang mendengar ucapan pimpinan tempatan berkaitan isu-isu khususnya di negeri Pahang. Tokoh-tokoh yang tidak kurang hebatnya yang akan tampil malam ini adalah YB Tuan Syed Hamid (Adun PAS dari Kuala Semantan), YB Leong Ngah Ngah (Pengerusi DAP Pahang/Adun Triang), Sdr Ahmad Nizam Hamid (Timb Pengerusi PKR Negeri Pahang/Ketua Cabang PKR Temerloh) dan Sdr Hashim Abdullah.
Orang ramai dijemput hadir. Mohon hebahkan seluas mungkin.
TERBAIK!!~..MOHON SDR RAFIZI TERANGKAN KEPADA MASYARAKAT UMUM BERKAITAN AFTA & CUKAI KERETA NEGERA..XPASAL-PASAL KERETA NASIONAL PUN DIKENAKAN CUKAI..APA BANGANG PUNYA KERAJAAN~
ReplyDelete