KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, October 4, 2012

KONVENSYEN PR PAHANG "UBAH SEKARANG, SELAMATKAN PAHANG" PADA 21 OKT 2012


Malam tadi Mesyuarat Koordinasi Kedua Pakatan Rakyat Pahang telah diadakan di Markas PAS Balok Putra, Balok, Kuantan yang telah dihadiri oleh semua AJK Pakatan Rakyat yang telah dilantik bagi persiapan Konvensyen Pakatan Rakyat Pahang yang akan diadakan pada 21 Oktober 2012 bertempat di Restoren Sekilau, Jalan Haji Ahmad, Kuantan.

Mesyuarat telah diPengerusikan oleh Sdr Andansura Rabu dari PAS yang telah dilantik sebagai Pengarah Jawatankuasa Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Pahang.  Semua AJK yang telah dilantik hadir mesyuarat kali kedua ini.

Thema Konvensyen Pakatan Rakyat Pahang bagi Tahun 2012 ini adalah "UBAH SEKARANG, SELAMATKAN PAHANG".  Tarikh yang telah ditetapkan adalah pada 21hb Oktober 2012 bermula pada jam 08.00 pagi bagi sesi pendaftaran peserta.  Perlu diingatkan kepada semua Cabang KEADILAN di Negeri Pahang agar memajukan senarai nama peserta sekurang-kurangnya 10 peserta bagi setiap Cabang selewat-lewatnya pada 15 Oktober 2012.  Senarai nama tersebut hendaklah dimajukan kepada Ketua Urus Setia yang dilantik iaitu Sdr Kamarzaman bin Mohamed Yunus (Pen. S/Usaha KEADILAN Negeri) melalui email atau secara bersurat.

Setiap peserta dikenakan bayaran di antara RM 3 - RM 5 seorang yang mana akan ditentukan kemudian.  

Konvensyen kali ini akan membentangkan 3 topik penting yang mana pembentang-pembentangnya adalah seperti berikut:

-  Isu Felda - Dibawa oleh wakil PAS dan disokong oleh wakil PKR.
-  Isu Tanah dan Orang Asal - Dibawa oleh wakil DAP dan disokong oleh wakil PAS.
-  Isu Ekonomi/Bajet - Dibawa oleh wakil PKR dan disokong oleh wakil DAP.

Kepimpinan Pakatan Rakyat yang akan hadir di dalam Konvensyen kali ini adalah:

1.  YB Dato' Seri Anwar Ibrahim - Ketua Pembangkang/Ketua Umum PKR.
2.  YB Dr Tan Sian Gaw - Ketua Parlimen DAP/Mewakili Pengerusi DAP.
3.  Ybhg Tuan Hj Muhamad Sabu -  Timbalan Presiden PAS.

Pada sebelah malamnya, satu Ceramah Perdana akan diadakan di Dataran PASTI Al Aman, Taman Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan yang akan menampilkan ketiga-tiga pemimpin tersebut.

Maklumat lanjut berkaitan Konvensyen dan program ceramah akan dimaklumkan kemudian.

No comments:

Post a Comment