KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, August 29, 2011

PKR PAHANG MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA, HAYATI KEMERDEKAAN


Pengerusi PKR Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman serta semua ahli keluarga. juga mewakili MPN Pahang dan semua pimpinan negeri mewakili seluruh ahli PKR Pahang mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri, maaf zahir dan batin kepada semua masyarakat Islam seluruh Negeri Pahang, khususnya dan di seluruh negara, amnya.

Teruskan perjuangan kita bersama, perkuatkan ukhwah dan tingkatkan kekuatan agar kita berjaya melakukan perubahan demi rakyat di negara tercinta ini. Di kesempatan ini juga, PKR Pahang mengucapkan selamat menghayati erti Kemerdekaan sebenar pada 31 Ogos nanti.

Saturday, August 27, 2011

PAS PAHANG KONSISTEN MENENTANG LYNAS

PAS Pahang tetap menentang Projek Lynas

Blog PenorehGetah

PAS Pahang tetap menentang projek Lynas walaupun ada percanggahan dalam kenyataan pakar-pakar, yang sebilangan kecilnya dalam PAS yang mengatakan ia tidak mengundang bahaya kepada manusia dan alam sekitar.

PAS Pahang tetap menghormati kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang anggota parlimen PAS, Dr Che Rosli Che Mat, walaupun pendapat beliau berbeza dengan pendirian parti dan Pakatan Rakyat dalam hal ini. Kenyataan beliau berupa hak dan kepakaran pandangan peribadi yang harus dihormati. Ini tidak menjadi masalah kepada parti, malah parti meraikan perbezaan pendapat ini dalam juzuk selaras dengan landasan demokrasi.

Meskipun demikian, untuk PAS, rakyat perlu didahulukan dalam hal ini. Kebimbingan risiko akibat projek Lynas oleh orang ramai, terutamanya penduduk Kuantan tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Rakyat mempunyai hak terbesar yang mesti didengar semua.

PAS tetap melihat projek ini tidak mendatangkan apa-apa manfaat selain peluang pekerjaan hanya cukup menampung beberapa kerat pekerja tempatan; berbanding dengan risiko yang sedang menanti.

Projek Lynas sebagaimana projek be-risiko tinggi yang lain, sekiranya mengikut semua pakar nuklear, tidak akan mendatangkan ancaman dan bahaya dalam keadaan normal. Bahkan loji nuklear pun dikatakan selamat, begitu juga loji tenaga dan seumpamanya.

Namun, apabila berlaku sesuatu di luar kawalan manusia seperti yang terbesar kecuaian manusia sendiri, gempa bumi, banjir, tsunami dan lain-lain – apakah pada waktu itu baru kita hendak mengakui bahawa ia telah menjadi satu ancaman?

Penduduk di sekitar Gebeng dan Kuantan masih teringat projek nadir bumi di Bukit Merah pada 1980an – semasa ia diluluskan, ia juga dikatakan tidak bahaya dan tidak mengancam manusia dan alam sekitar.

Akan kini setelah terbukti ancamannya, ke mana semua pakar yang berhujah pada masa itu bahawa ia selamat? Semuanya senyap menyepi – yang menanggung bala adalah penduduk di sekitar kawasan loji tersebut, bahkan sisa toksiknya masih belum diselenggara sepenuhnya dengan baik sehingga kini. Percayalah, bila loji di Gebeng bertukar menjadi ancaman, orang asing dan tempatan beserta pakar yang menyokong loji ini akan mencari mangsa untuk dipersalahkan, lebih teruk lagi senyap menyepi tanpa sesiapa yang sanggup berdiri keluar untuk bertanggungjawab kepada akibat yang berlaku.

Rakyat Pahang rata-ratanya sehingga kini ingin tahu ke mana sisa radioaktif akan dilupuskan. Kalau ianya tidak bahaya seperti yang dinyatakan, nyatakanlah sebuah negara yang sudi terima sisa toksik ini.

Apakah sisa ini akan ditanam dalam bumi kita – isi dan untung mereka yang dapat tapi sisa dan toksik rakyat kita yang tanggung?

PAS Pahang berdiri teguh bersama rakyat Pahang yang menentang projek ini, dan bagi sesiapa yang menyokongnya, bolehlah usahakan agar projek ini dibawa ke kawasannya, dan tengoklah apa reaksi pengundinya di sana.

Carilah negeri lain yang rakyatnya sedia dan sanggup terima, itupun jika dapat cari.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah menetapkan 11 syarat dikeluarkan untuk pertimbangan Lynas dan AELB (Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia) sebelum projek kilang tersebut diteruskan. Kita harus ingat badan ini merupakan badan yang juga menggalakan pengunaan tenaga nuklear di dunia. Menurut President Sahabat Alam Malaysia (SAM) S. M. Mohamed Idris, badan inilah yang membuat perakuan loji nadir bumi di Bukit Merah tidak membahayakan orang ramai. Tapi sekarang, apa yang sudah berlaku ?

PAS Pahang tetap berpegang bahawa suara rakyat jadi penentu. Kita akan terus mendesak sehingga projek ini dibatalkan. Rakyat Pahang akan memberikan jawapan yang jelas menentang hal ini apabila datang PRU-13 nanti.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Pesuruhjaya PAS Pahang

http://penorehgetah.blogspot.com

ISU LYNAS - PENDEDAHAN TV 3 MARTABATKAN FUZIAH SALLEH SEBAGAI WIRAWATI

Di sebalik serangan media pro Umno menyerang Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh berkaitan isu Lynas, kita patut memberikan pujian dan tahniah kepada PAS Pahang yang terus konsisten dengan prinsipnya membantah projek Lynas di Gebeng yang dijadualkan bermula September nanti.

Meskipun, modal utama media tersebut diambil dari kenyataan oleh Ahli Parlimen PAS iaitu YB Dr Che Rosli, namun ianya tidak sedikit pun mengubah pendirian PAS Pahang untuk mengutamakan kehendak rakyat Pahang yang menolak projek kontroversi tersebut. Penegasan PAS Pahang yang tetap membantah projek berkenaan ternyata gagal untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat terutamanya di Pahang.

Semalam media pengampu berkenaan dengan penuh seloka pantun dari Karam Singh Walia menembual beberapa `tukang angguk' sekitar Kuantan yang kononnya baru sedar betapa Lynas itu `selamat' setelah TV 3 membuat beberapa siri pendedahan mengarutnya itu. Maka, Pemuda Umno pun melatah dengan umpan TV 3 tersebut lantas membuat laporan Polis terhadap YB Fuziah Salleh atas alasan Ahli Parlimen Kuantan tersebut memperdayakan rakyat Kuantan malahan kononnya beliau akan menghuru-harakan masyarakat. Agak kelakar tindakan Pemuda Umno Kuantan ini.

Adakah YB Fuziah Salleh takut dengan gertakan Pemuda Umno itu? Jauh panggang dari api, bahkan YB Fuziah Salleh bertindak lebih berani dengan membuat laporan yang sama terhadap media berkenaan termasuk `tukang pantun' yang semakin `karam' dengan politik Umno iaitu Karam Singh Walia. Bermula dari episod Lynas ini, maka zaman Karam Singh Walia dipuja dan dihormati telah berakhir, bahkan beliau kini boleh dianggap sebagai `Ketua Pemuda Umno' untuk menggantikan KJ yang semakin sepi.

Hikmahnya serangan ke atas YB Fuziah Salleh ini akan meningkatkan namanya di bibir rakyat terutamanya di Kuantan. Beliau ditabalkan sebagai Wirawati oleh media pencacai dengan isu ini. Nampaknya kerusi Parlimen Kuantan bertambah sejuk buat YB Fuziah Salleh di dalam PRU akan datang dan kita akan lihat nanti calon-calon dari Umno/Bn di Kuantan pasti akan tersungkur lebih teruk dari tahun 2008.

Percayalah, selepas kita menyambut Hari Raya Idul Fitri ini nanti Pakatan Rakyat akan lebih berani dan kerap mengadakan berbagai aktiviti anti Lynas di Kuantan. Umno jangan fikir mereka sudah boleh berehat dengan bantuan TV 3 ini kerana mereka terpaksa berdepan dengan risiko permainan mereka sendiri. Isu Lynas pasti kembali hangat dan MB Pahang tidak akan mampu tidor lena selepas ini.

TAHNIAH YB FUZIAH, PERSETANKAN PEMUDA UMNO KUANTAN

MP tuntut TV3, Karam Singh Walia mohon maaf

Ogos 26, 11

Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Saleh menuntut permohonan maaf dari TV3, wartawannya dan seorang ahli politik yang didakwa memburukkannya dalam siaran berita berhubung pusat pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan.

Peguam Fuziah menghantar tiga notis tuntutan itu semalam dengan menamakan wartawan alam sekitar Karam Singh Walia dan TV3 sebagai responden pertama dan kedua, sementara dua lagi surat dialamatkan kepada Ketua MCA Kuantan Datuk Ti Lian Ker.

NONEDalam surat yang dialamatkan kepada Karam dan TV3, Fuziah (kiri) mahu penarikan balik dibuat terhadap beberapa siri siaran berita itu yang disiarkan antara 28 Jun dan 30 Jun serta pada 24 Ogos lalu, yang mana beliau mendakwa ia "tidak benar dan kandungannya dilihat untuk memburukkan" Fuziah.

Beliau yang juga naib presiden PKR menuntut Tv3 agar tidak berterusan menyiarkan siaran berita itu pada masa akan datang dan membuat permohonan maaf berdasarkan syarat yang telah disahkan oleh peguamnya.

Dalam kes Ti pula, Fuziah menuntut kepada bekas ADUN itu menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf terhadap kenyataan yang disiarkan syarikat televisyen swasta itu.

Dalam siaran berita itu, Ti didakwa memetik Fuziah sebagai berkata "pegawai-pegawai kita, pakar-pakar Melayu, pakar-pakar rakyat Malaysia semua tak boleh dipercayai”.

Dakwaan Fuziah terhadap Ti dinyatakan dalam dua notis tuntutan yang berasingan, yang merujuk kepada dua insiden yang berasingan masing-masing pada 30 Jun dan 24 Ogos apabila Tv3 menyiarkan siri laporan beritanya berhubung plan yang bernilai RM700 juta itu.

Ketiga-tiga notis tersebut turut meminta jaminan bahawa tidak ada lagi pengulangan dakwaan demikian terhadap Fuziah dan menuntut kerugian dan tanggung kos guaman./Malaysiakini

Friday, August 26, 2011

Liwat Fasa 2: Anwar Ibrahim Sedang "Perangkap" Najib Altantuya

Tindakan Anwar Ibrahim mempertahankan diri dari dalam kawasan
tertuduh sebenarnya memerangkap Najib Altantuya supaya teruskan
"permainan" yang diatur oleh juak-juaknya sendiri.

Ramai juga yang minta komen saya tentang pendirian Anwar memilih untuk membela dirinya melalui keterangan tidak bersumpah. Saya rasa elok juga saya berkongsi pendapat mengenai pendirian Anwar tersebut.

Saya akui awalnya saya juga agak terkejut dengan pendirian Anwar tersebut. Namun setelah mengikuti keterangannya tersebut saya harus akui bahawa tindakan Anwar amat amat bijak.
Saya percaya pendirian itu dibuat dengan perkiraan yang mendalam dengan mengambil kira sejak awal lagi perbicaraan Anwar dilihat melanggar norma-norma atau piawaian perbicaraan yang adil.

Memberi keterangan dengan tidak bersumpah sudah tentu merupakan pilihan yang terbaik untuk Anwar dalam kondisi sebegitu. Musuh Anwar memulakan serangan di atas pendirian Anwar tersebut. Dengan nada sinis mereka memperli kononnya Anwar takut untuk disoal balas oleh pendakwaraya. Musuh beliau menyatakan Saiful lebih berani dari Anwar kerana beliau memberikan keterangan dengan bersumpah dan rela disoal balas oleh Karpal Singh.

Ya, ia satu hujah yang menarik tapi malangnya hujah tersebut bertolak dari qiyas atau analogi yang tidak betul atau dalam bahasa arabnya dipanggil qiyas ma'al fariq. Mengapa?

Isu Saiful berani memberi keterangan bersumpah tidak timbul kerana sebagai saksi pendakwa , undang-undang mewajibkan beliau memberi keterangan bersumpah. Makna mudahnya Saiful tidak ada pilihan kecuali wajib memberi keterangan bersumpah. Terpaksa memberi keterangan secara bersumpah bukan indikator keberanian seseorang.

Kedudukan Anwar sebagai pihak yang dituduh berbeza dengan kedudukan Saiful. Tidak seperti Saiful undang-undang memberi Anwar tiga pilihan yang sah untuk membela diri iaitu sama ada memberi keterangan dengan sumpah ( yang boleh disoal balas ) atau memberi keterangan dengan tidak bersumpah ( yang tidak boleh disoal balas ) atau hanya berdiam diri. Hatta jika Anwar memilih untuk berdiam diri hakim tidak boleh secara automatik membuat kesimpulan bahawa Anwar bersalah kerana seorang hakim masih perlu meneliti semula keterangan pendakwa sebelum membuat keputusan.

Musuh Anwar juga berhujah bukankah keterangan bersumpah lebih kuat nilainya dan jika Anwar benar-benar tidak bersalah kenapa beliau takut untuk memberi keterangan bersumpah dan boleh disoal balas oleh pendakwa.

Sekali lagi ia hujah yang menarik tetapi malangnya hujah tersebut gagal melihat keseluruhan proses perbicaraan Anwar.

Melihat pendirian Anwar yang memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah secara terpisah dengan keseluruhan proses perbicaraan Anwar bukan sahaja tidak wajar malahan secara jelas ia satu hujah yang dangkal.



Hakikatnya bagi saya kerana kepercayaan bahawa dirinya tidak bersalah mendorong Anwar mengambil pendirian tersebut. Mana-mana tertuduh yang tidak bersalah dengan mudah dijatuhkan hukuman bersalah dalam perbicaraan yang tidak adil. Jika perbicaaraan Anwar memang dari awal mengikut piawaian perbicaraan yang adil hujah musuh Anwar itu mungkin ada keabsahannya.

Namun dengan pelbagai perkara pelik dan tidak masuk akal berlaku dalam kes Anwar pendirian Anwar bukan sahaja wajar malahan amat tepat. Mari kita ambil satu contoh kepelikan dari siri-siri kepelikan yang berlaku dalam kes Anwar iaitu isu tawaran saksi saksi pendakwa kepada pasukan peguambela Anwar.

Bukankah pendakwa raya telah menawarkan kepada pihak peguambela Anwar beberapa orang saksi mereka seperti Najib, Rosmah, Musa Hassan dan beberapa orang lain. Berdasarkan prinsip undang-undang jenayah dan piawaian perbicaraan yang adil saksi-saksi pendakwa ini sewajarnya bersedia dipanggil oleh pihak pembela dan mereka juga wajar menjawab soalan-soalan peguambela apabila dipanggil untuk temubual.

Peliknya dalam kes Anwar ini saksi saksi yang ditawar oleh pendakwa ini boleh memilih untuk tidak ingin menjadi saksi pihak pembela dan tidak mahu menjawab soalan-soalan peguambela Anwar semasa sessi temubual. Tindakan pelik saksi saksi ini malangnya timbul dari keputusan pelik hakim yang menyatakan bahawa saksi saksi seperti Najib dan Rosmah ini boleh memilih untuk tidak menjawab soalan-soalan peguambela Anwar.

Keputusan Hakim tersebut menyebabkan tawaran saksi-saksi pendakwa seperti Najib dan Rosmah kepada pasukan peguambela Anwar tidak ada apa apa nilai dan hanya sia-sia dan membuang masa. Apa gunanya pendakwaraya menawar saksi-saksi mereka yang enggan bersuara dan apa gunanya pula untuk peguambela Anwar memanggil saksi-saksi yang enggan bersuara ( baca kecut untuk bersuara ).

Hakikatnya bukan Anwar yang tidak berani memberi keterangan bersumpah sebaliknya Najib, Rosmah , Musa Hassan dan Rodwan yang takut untuk memberi keterangan sama ada secara tidak bersumpah di luar mahkamah iaitu dalam sessi temubual atau secara bersumpah di dalam kandang saksi di mahkamah.

Malangnnya musuh Anwar tidak nampak ironi ini.
Mereka tidak habis habis 'menyalak' supaya perbicaraan disegerakan sedangkan tindakan Najib, Rosmah, Musa Hasan dan Rodwan ini antara penyumbang besar kepada kelengahan perbicaraan.

Seperkara lagi Anwar sudah punya pengalaman memberi keterangan bersumpah sebanyak dua kali sebelum ini dan beliau amat arif permainan kotor musuhnya.

Memberi keterangan bersumpah akan dikawal oleh mantra 'tidak relevan' yang akan kita dengar berulang-ulang kali seperti dua perbicaraan beliau yang terdahulu.

Bayangkan jika keluar dari mulut Anwar misalnya 'ada konspirasi nak aibkan saya...tidak relevan..' macam mana TV3 boleh ada siri khas tentang Saiful' ..tidak relevan.. begitulah yang saya percaya ada di dalam pemikiran Anwar.

Memberi keterangan secara tidak bersumpah tidak boleh dikawal oleh mantra 'tidak relevan'.
Anwar bebas menentukan rentak dan iramanya tanpa diganggu gendang 'tidak relevan'. Hakikatnya apa yag Anwar katakan tersebut itulah yang paling ditakuti oleh musuh-musuhnya .

Malang sungguh musuh Anwar kerana penantian mereka bahawa Anwar akan terperangkap dalam jerat mereka tidak berlaku. Yang berlaku adalah Anwar yang kini menjerat mereka dan Linksehingga artikel ini ditulis seluruh manusia di seantero alam kini mula menghakimi sistem kehakiman negara ini dan para aktor -aktor yang terlibat dalam perbicaraan Anwar.

Syabas Anwar !


- Hanipa Maidin

Sumber: Biaqpila

AMK INDERA MAHOTA MENYAPA RAKYAT SEKITARAN SERTA LUAHAN ANAK MUDA



Salam Ramadhan...

Alhamdulillah dengan semangat Ramadhan Al-Mubarak, Angkatan Muda Keadilan Cabang Indera Mahkota tidak ketinggalan dalam menyempurnakan pelbagai program kemasyarakatan di bulan yang penuh kerahmatan ini di sekitar kawasan Parlimen Indera Mahkota..

Di sini kami mengambil kesempatan untuk menyatakan permasalahan diperingkat cabang kami, dimana JELAS terdapat kekurangan dari sudut pengurusan kepimpinan dari organisasi cabang Indera Mahkota ini.. Kelemahan ini nyata menyukarkan segala aktiviti & program-program yang dirancang.. JUJURNYA disini kami memerlukan SEORANG Ketua Cabang yang baru bagi menangani permasalahan yang berlaku..

Kesempatan ini juga, kami amat mengharapkan PEMILIHAN CABANG INDERA MAHKOTA 2011 dapat dijalankan.. Dan jika alasan berlaku perpecahan atau akan menimbulkan permasalahan selepas pemilihan adalah tidak boleh diterima pakai untuk cabang ini..

Di Dahulukan Dengan Ucapan Terima Kasih & Harap Maklum..

Selamat Menyambut Eidul Fitri
MAAF ZAHIR & BATIN DARI AMK INDERA MAHKOTA..


Ikhlas Dari :
AHMAD SYIHABUDDIN BIN SAFFRIM
( KETUA PENERANGAN ANGKATAN MUDA KEADILAN
CABANG INDERA MAHKOTA )

Dari Blog PKR Pahang: Terima kasih kepada AMK Indera Mahkota yang sudi berkongsi aktiviti ke dalam Face Book PKR Pahang untuk dimuatkan ke dalam blog ini. Diharapkan semua Cabang PKR Pahang sudi berkongsi maklumat atau aktiviti masing-masing beserta dengan ringkasan/laporan/artikel untuk dimuatkan ke dalam blog ini.


Thursday, August 25, 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN AMK KUANTAN MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT



Sempena Bulan Ramadhan, pada 22 Ogos baru-baru ini satu program Berbuka Puasa Bersama Rakyat telah dianjurkan oleh AMK Kuantan serta mendapat kerjasama dari AMK Negeri Pahang yang telah diadakan di Padang MPK 1 Kuantan.

Link

Sebelum ini di dalam berita yang disiarkan melalui blog kami di sini, terdapat sedikit kekeliruan berhubung pihak penganjur program tersebut. Kami memohon maaf di atas kesilapan yang berlaku. Program dari AMK Kuantan tersebut telah mendapat sambutan yang luar biasa di kalangan masyarakat di Kuantan sehinggakan suasana pada petang itu meriah dengan kehadiran ramai. Bendera PKR menghiasi program yang direncanakan oleh anak-anak muda Kuantan ini.

YB Fuziah Salleh, MP Kuantan menzahirkan rasa gembira dengan mengucapkan tahniah kepada AMK Kuantan yang telah menjayakan program tersebut. Sebanyak 2,000 bungkus kurma tidak mencukupi untuk diedarkan kepada ramai yang hadir. Sejumlah 3,000 kad Ucapan Hari Raya juga telah diedarkan.



Di samping kehadiran pimpinan PKR Kuantan, turut hadir juga adalah beberapa pimpinan dari yang bukan berugama Islam yang turut bersama memeriahkan program berkenaan. Program berbentuk santai ini ternyata mendapat pujian dari yang hadir. Selepas berbuka puasa, orang ramai yang berugama Islam terus menunaikan Solat di Masjid Negeri berhampiran padang tersebut.

Tahniah kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat. Semoga Allah memberkati amalan dan perjuangan kita bersama.

TOLAK PEMIMPIN DAYUS !!

Di bulan Ramadhan ini umat Islam berebut-rebut untuk melakukan amal ibadat samada yang diwajibkan mahupun yang Sunat. Ini adalah kerana amalan kita di bulan Ramadhan ini Allah gandakan berlipat kali ganda termasuk juga amalan Sunat seperti Solat Tarawikh.


Di dalam satu majlis Taddarus Al-Quran di Seri Perdana baru-baru ini

Di bulan yang mulia ini juga, amat baik bagi kita umat Islam untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik agarnya ianya berkekalan. Jika selama ini kita cuai untuk melakukan kewajipan Solat, di bulan mulia ini tentunya mendapat keberkatan jika kita bertaubat dan melakukan kewajipan yang dituntut oleh Allah itu. Begitu juga, jika selama ini kita sering tidak menutup aurat maka jadikanlah Ramadhan ini permulaan ke arah reformasi diri. Perbanyakkan amalan bersedekah jika selama ini kita kurang melakukannya.


Mengapa berani membuka aurat ketika membaca Kalamullah?

Amat malang sekali jika di bulan yang mulia ini jika kita tidak berubah. Di saat orang lain berubah dan menambahkan amalan kebaikan, kita masih kekal dengan perbuatan mungkar kita. Membaca Al-Quran di bulan mulia ini besar pahalanya dan pasti akan mendapat keberkatan. Namun, tuntutan membaca Al-Quran juga mempunyai syarat-syaratnya agar kemuliaan Al-Quran terpelihara. Al-Quran bukan buku cerpen atau komik yang boleh dibaca mengikut sesuka hati kita. Adab membaca Kitabullah ini wajib dipelihara dan jika tidak maka menjadilah apa yang disebut Al-Quran itu sendiri akan mengutuk si pembacanya.

Di antara adab dan kewajipan membaca Al-Quran itu adalah hendaklah dengan menutup aurat. Kewajipan menutup aurat ini bukan sahaja ketika Solat atau membaca Al-Quran, tetapi sebilang masa kecuali di tempat-tempat yang diharuskan. Apatah lagi ketika membaca Al-Quran di khalayak ramai atau di dalam sesuatu majlis.

Hukum menutup aurat tiada khilaf di dalam pendapat Ulamak Muktabar. Bagi seorang isteri, wajib bagi si suami menentukan isterinya menutup aurat. Jika suami gagal menentukan isterinya menutup aurat, maka si suami itu hukumnya dayus. Hadith menyebut, suami yang dayus tidak akan mencium bau Syurga apatah lagi untuk memasuki Syurga. Jika kita sendiri tidak boleh memasuki Syurga kerana sifat dayus kita, mana mungkin kita boleh membawa kaum keluarga kita ke tempat yang dipenuhi nikmat itu?

Begitu juga jika kita sebagai pemimpin, mampukah kita membawa masyarakat atau rakyat di bawah pimpinan kita menuju Syurga sedangkan kita gagal membentuk isteri atau anak-anak kita sendiri? Bagaimana pula jika kita memilih pemimpin yang dayus sebagai pemimpin kita di dunia ini? Mampukah dia memelihara kita di dunia dan Akhirat dengan membawa kita ke arah yang diredhai Allah?

Sempena Ramadhan yang mulia ini, marilah kita menghisab diri kita untuk memulakan perubahan. Setelah kita membentuk keluarga kita menjadi Muslim yang baik, menjaga masyarakat sekeliling kita agar menjadi masyarakat yang baik maka kita juga berkewajipan untuk menentukan bahawa pemimpin yang kita beri amanah itu mestilah dari pemimpin yang baik dan bukan pemimpin yang dayus. Tentulah besar dosanya jika kita masih memilih pemimpin yang dayus untuk memimpin kita. Wallahu Aklam.

Wednesday, August 24, 2011

PAS: 'Daftar pemilih kotor' untuk tumbangkan S'gor

24, 11

Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa pihaknya mempunyai "daftar pemilih kotor" yang didakwa boleh menumbangkan kerajaan negeri Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Mohd Adram Musa berkata pihaknya mempunyai data seramai "puluhan ribu" yang didakwa "pengundi klon".

"Apa yang kami ada, daftar pemilih kotor yang sudah cukup untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor.

"Adakah ini kerja-kerja seperti mana yang disebut oleh perdana menteri yang berkata melakukan apa sahaja untuk mengambil balik Selangor?

"Apa yang kami ada, sudah cukup (untuk) menjatuhkan kerajaan Selangor," katanya.

Menurutnya lagi, berdasarkan analisis pihaknya jumlah pengundi klon itu, membolehkan BN merampas sekurang-kurang sepuluh kerusi DUN di negeri itu.

Sehubungan itu, beliau mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Pendaftaran Negera menjelaskan jumlah pengundi dari daftar pemilih yang telah digugurkan dan yang akan digugurkan.

Pihaknya memberi masa 14 hari kepada kedua-dua pihak tersebut untuk membuat penjelasan./Malaysiakini

Tuesday, August 23, 2011

DUBUR SAIFUL DILIWAT PLASTIK?

Oooo..rupanya Sialfool liwat sendiri dengan objek plastik..

Saksi pembelaan kedua, bekas doktor di Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dalam keterangannya berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahunya bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 07Apabila diasak oleh ketua pendakwaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Dr Osman (kanan) bersetuju bahawa Saiful mendakwa beliau diliwat oleh seorang VIP tetapi juga mempertahankan kenyataannya bahawa bekas pembantu Anwar itu juga mengakui objek plastik dimasukkan ke duburnya.Beliau merupakan doktor pertama ditemui Saiful pada 28 jun 2008.

Saksi yang berasal dari Myanmar dan mendapat pendidikan perubatannya dari Universiti Yangon berulang-kali menafikan cadangan oleh Peguam Cara Negara II itu bahawa beliau tidak menulis plastik dimasukkan ke dubur selepas pemeriksaan dijalankan.

Jelasnya, Saiful datang ke Pusrawi pada 28 Jun, 2008 dan mengadu kesakitan di duburnya."Dia (Saiful) terus bercakap kepada saya dan katanya melibatkan VIP dan dia berada berasa takut," kata Osman di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Selepas menjalankan pemeriksaan, beliau dapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan berkenaan dan ketika itu Saiful memberitahu dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Hospital Pusrawi Emergency ward 280708.jpg"Saya ada catatkan ini selepas Saiful beritahu saya selepas pemeriksaan dijalankan dan ada masukkan sebuah protoskop," katanya.

Menurut Osman, beliau juga mencadangkan supaya Saiful merujuk kepada hospital kerajaan dan membuat laporan polis.

Menjawap soalan Yusof, Osman berkata memasukkan plastik bukan meliwat. Beliau juga menafikan bahawa nota perubatan itu ditambah kemudiannya.

Yusof: Nota (mengenai objek plastik berkenaan) dicatatkan kemudian?

Osman: Nota ditambah selepas pasca pemeriksaan.

Yusof: Saya andaikan dia tidak kata sebarang plastik.

Osman: Dia (Saiful) ada beritahu saya.

Karpal, dalam pemeriksaan balas, kemudian bertanya sama ada nota dicatatkan pada hari selepasnya. Osman bagaimanapun menafikannya dan berkata ia dicatatkan pada hari yang sama.

Anwar, dalam kenyataan sepanjang 32 halaman semalam menafikan bahawa beliau mempunyai hubungan seks dengan bekas pembantunya itu.

Anwar dituduh meliwat Saiful di Unit 11-5-1 Kondominimum Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat./Sharpshooter

KES FITNAH LIWAT - KETERANGAN PAKAR HARI INI KEJAYAAN BUAT PEMBELAAN

Kes Liwat : Kaedah, Sampel bukti disimpan 56 jam dipertikai pakar

KUALA LUMPUR: Pakar patologi forensik dari Australia, Dr David Wells hari ini mempertikaikan cara sampel bukti disediakan dalam kes Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau merujuk kepada cara calitan putik kapas diambil dan disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur dan juga cara ia dikendalikan oleh pegawai penyiasat polis.

Menurutnya, beliau belum pernah mendengar sampel air mani diambil daripada tubuh mana-mana mangsa 56 jam selepas kejadian didakwa berlaku.

“Integriti spesimen yang digunakan adalah amat penting (dalam mana-mana kes),” kata Dr Wells.

Menurutnya lagi, cara pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira yang membuka semula sampel dari Hospital Kuala Lumpur kononnya untuk membuat tanda baru sebelum diserahkan ke Jabatan Kimia Malaysia membuktikan ia tidak kalis daripada diubahsuai.

“Jika anda tanya saya samada ia (sampel) ia kalis ubahsuai, tidak,” kata Dr Wells.

Menurutnya, cara yang biasa dilakukan dalam pengambilan sampel dari tubuh mana-mana mangsa serangan seksual adalah dengan meletakkannya dalam botol plastik yang bernombor siri pada botol dan juga pada penutupnya.

Dengan cara itu katanya, apabila sampel itu dibuka dari sebelum diserahkan ke makmal untuk diujikaji, ia akan menyebabkan sampel itu tercemar.

Sewaktu ditanya Sankara Nair, beliau bersetuju bahawa dengan keadaan cuaca di Malaysia, sampel yang diambil daripada tubuh Saiful dan terdedah kepada udara itu mengalami risiko cepat rosak.

“Pada suhu bilik, kualiti sampel boleh mula merosot dengan agak cepat,” kata Dr Wells.

Peguam Anwar, Sankara Nair sewaktu di luar mahkamah menyifatkan hujah-hujah Dr Wells yang membuktikan integriti sampel dari HKL boleh tercemar atau pun diubahsuai sebagai perkara yang memang berlaku.

“Pakar dari Australia telah menyatakan IO memotong eksibit kononnya untuk buat tanda baru.

Ia memberi peluang untuk calitan kapas DNA tercemar atau diubahsuai.

Perkara ini memang berlaku dan pakar sendiri kata prosedur ini tidak betul,” kata Sankara.

Beliau juga menyifatkan keterangan Dr Wells yang menyokong hujah peguam bela sebagai satu kejayaan kepada mereka.

“Ini satu kejayaan untuk peguam bela” kata Sankara.

http://www.keadilandaily.com/?p=19354

PKR TAWAN PADANG MPK KUANTAN DI MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA RAKYAT

Berbuka Puasa bersama rakyat

PKR Pahang terutamanya di bawah Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh sempat meluangkan masa untuk bersama rakyat sekitar bandar Kuantan di dalam program Berbuka Puasa Bersama Rakyat serta mengedarkan buah Kurma dan Kad Ucapan Selamat Hari Raya Idul Fitri di Padang MPK Kuantan pada 22 Ogos 2011.

Program tersebut turut melibatkan semua pimpinan PKR Kuantan, termasuk AMK dan wakil dari SAMM di samping tidak ketinggalan juga ahli-ahli dari DAP Kuantan. Majlis berbuka puasa secara bersantai di Padang MPK tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dari umat Islam sekitar bandar Kuantan. Selesai berbuka puasa, umat Islam terus menunaikan Solat Maghrib di Masjid Negeri yang bersebelahan dengan Padang MPK.




YB.FUZIAH SALLEH
( AHLI PARLIMEN KUANTAN )

RAKYAT BERSANTAI DEPAN MASJID SEBELUM BERBUKA PUASA

AMK,AJK & KETUA SAMM MEMBAHAGI BAGIKAN KURMA PADA WARGA KUANTAN

AMK,AJK SEDANG MEMBAHAGI KURMA PADA WARGA KUANTAN

ORANG TIONGHWA ( DAP )JUGA TURUT SAMA MEMBAHAGI KURMA SEMENTARA MENANTI BERBUKA PUASA

MEMBAHAGI KURMA DAN KAD HARI RAYA PADA WARGA KUANTAN



LEPAS BERBUKA SEMENTARA MENUNGGU SOLAT MAGHRIB

MR.SIEW FOOK CHAN, TIM KETUA CABANG KUANTAN TURUT SAMA MERAIKAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA RAKYAT

KETUA SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA(PAHANG), EN KAMARUL HATTA BIN MOHAMID ALI SIBUK SAMA MEMBAHAGI KURMA & KAD HARI RAYA DARI KEADILAN

BENDERA KEADILAN TURUT BERKIBAR DI PADANG MPK SEMPENA BERBUKA PUASA BERSAMA RAKYAT

MENGAPA BENCI SANGAT KEPADA TAZKIRAH?

Merujuk kepada Buletin TV3 jam 1.30 (22/8/2011 ), Majlis Agama Islam Pahang (MUIP) telah mengharamkan semua majlis tazkirah di masjid dan surau di negeri Pahang. Timbalan Pengarah MUIP telah mengatakan majlis tazkirah telah menggangu majlis ilmu.

Inilah kali pertama saya mendengar tazkirah merupakan gangguan kepada majlis ilmu, sedangkan tazkirah itu sendiri adalah majlis ilmu. Sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, semua masjid dan surau mengadakan Solat Sunat Tarawikh samada 8 Rokaat mahupun 20 Rokaat tidak menjadi persoalan asalkan ada sekumpulan yang melakukan ibadah Sunat yang dituntut itu sepanjang Ramadhan ini.

Solat Sunat Tarawikh sebenarnya lebih afdal diadakan berjemaah samada di rumah mahupun di mana-mana tempat ibadat bagi umat Islam. Solat Tarawikh adalah Sunat sahaja tetapi besar pahalanya jika dilakukan berbeza dari Solat Sunat yang lain. Manakala, tazkirah iaitu untuk menyedarkan manusia di samping ingat-mengingat sesama Islam itu hukumnya Wajib. Ertinya menyampaikan ilmu dan mendengar ilmu agama itu Wajib. Oleh yang demikian, apakah menjadi satu kesalahan atau menyesatkan atau menganggu jika tazkirah itu dilakukan?

Di bulan Ramadhan ini, tazkirah kebiasaannya dibuat seketika selepas beberapa Rokaat Solat Sunat Tarawikh dilakukan untuk memberi kesedaran dan ilmu kepada Jemaah, di samping mereka juga boleh berehat seketika untuk meneruskan Solat Tarawikh sehingga selesai. Apa hujah yang boleh diterima untuk mendakwa tazkirah ini mengganggu ibadah? Seandainya kita hadir di dalam Solat Sunat Tarawikh, kita mempunyai pilihan samada untuk mendengar tazkirah di pertengahan Tarawikh berkenaan ataupun kita boleh pulang ke rumah dan menyambung Solat Sunat Tarawikh itu di rumah seandainya kita merasakan kita perlu segera kerana terlalu penat, mahupun jika ada urusan yang lain. Mengapa perlu kita salahkan tazkirah yang diadakan?

Mengapa kita terlalu berkira dengan tazkirah ini? Adakah dengan adanya Tazkirah tersebut boleh menganggu ibadat kita? Mengapa perlu membenci kepada orang yang mahu memberikan peringatan kepada kita? Kita asyik menyalahkan berbagai pihak apabila isu murtad yang melanda umat Islam berlaku, sedangkan kita sendiri tidak suka kepada majlis ilmu berupa tazkirah ini.

Jika benar bahawa pihak MUIP mengharamkan tazkirah, maka stesyen radio Pahang FM yang setiap hari ada menyiarkan sedikit tazkirah akan turut diharamkan. Atau, adakah larangan itu hanya berkuatkuasa di masjid-masjid dan surau sepanjang Ramadhan ini sahaja? Di mana nas atau dalil yang boleh dijadikan hujah bahawa tazkirah itu satu amalan yang menganggu ibadat? Sepatutnya MUIP membawakan hujah atau dalil yang boleh kita terima bukan bercakap atas dasar kepentingan sesuatu pihak.

Amat malang sekali sebuah badan yang kita harapkan untuk mempertingkatkan syiar Islam tetapi sebaliknya ingin memusnahkan syiar Islam itu sendiri. Sekiranya pihak jabatan atau majlis agama sendiri malas untuk melaksanakan kewajipan berdakwah melalui tazkirah ini, jangan pula cuba untuk menghalang pihak lain untuk mengadakan tazkirah.

Monday, August 22, 2011

KES FITNAH LIWAT II - NAJIB, ROSMAH DAN MUSA HASSAN HAMPIR PASTI DIPANGGIL

Liwat II: Najib, Rosmah, Musa akan disepina


Kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya akan menyaksikan pihak pembelaan menyampaikan sepina kepada tujuh saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datuin Seri Rosmah Mansor.

Turut akan disepina adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.
Sebelum ini semasa sesi perjumpaan dengan peguam Anwar, minggu lalu, keempat-kempat mereka tidak mahu ditemubual.

Najib dan Rosmah juga memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang itu bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.

Sebelum ini, pasangan itu dilaporkan pernah bertemu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di kediaman rasmi mereka ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri.

Mereka bertemu Mohd Saiful dua hari sebelum dakwaan berlakunya insiden liwat.

Sejak hari pertama lagi, Anwar bertegaskan mendakwa wujud konspirasi politik ekoran laporan bahawa mereka bertiga mengadakan pertemuan sebelum insiden liwat didakwa berlaku.

Sepina juga akan dimohon dikeluarkan kepada doktor Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, jururawat Yazihan Jusoh dan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang hanya dikenali sebagai'Suliati'.

Menurut peguam Karpal Singh (kiri), pihak pembelaan telah membuat permohonan dan menjangkakan saksi berkenaan akan tampil di mahkamah.

Ditanya sama ada, mereka boleh menolaknya, Karpal berkata tidak boleh dan sekiranya mereka berbuat demikian, waran tangkap boleh dikeluarkan ke atas mereka.

"Ia hanya boleh diketepikan. Setakat ini, belum ada permohonan untuk berbuat demikian,” katanya.

Pada 1998, Anwar cuba membawa perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad ke mahkamah. Bagaiamapun peguam bekas perdana menteri itu berjaya mengketrpikan permohonan tersebut.

Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas, Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat./Malaysiakini

PAS: Ketidakikhlasan BN semarak semangat himpunan BERSIH 3.0

Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Rabu ini untuk membuat keputusan bersama terhadap ketidakikhlasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN melakukan reformasi sistem pilihanraya sebelum pilihan raya umum ke-13.

Ia ekoran kenyataan perdana menteri bahawa pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak perlu menunggu keputusan jawatankuasa khas parlimen mengenai reformasi pilihan raya.

Menurut ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS juga akan mengadakan mesyuarat khas bagi menimbang penyertaan dalam Jawatankuasa Khas Parlimen, kerana berpendapat, ianya tidak membawa sebarang makna setelah perdana menteri membuat kenyataan sedemikian.

Sambil menyuarakan kekesalan PAS, beliau berkata: "Kenyataan tersebut membuktikan sikap sebenar kerajaan terhadap tuntutan rakyat agar sistem pilihanraya yang bersih dan adil dapat diwujudkan, sebelum PRU akan datang.

"Tujuan utama Jawatankuasa Khas ini ialah merumus satu sistem pilihanraya yang adil dan bersih, setelah pelbagai kelemahan dibongkar.

"Apa guna dibentuk jawatankuasa Khas, sekiranya kerajaan sudah memberikan bayangan jelas bahawa pilihanraya umum akan diadakan sebelum jawatankuasa itu menyiapkan laporan dan sekaligus memberikan petanda yang jelas bahawa sememangnya kerajaan BN tidak bersedia untuk menerima dan memperbaiki kelemahan yang ada," katanya Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, adalah mustahak bagi rakyat bahawa inisiatif mengatasi kelemahan dan hilangnya keyakinan mereka terhadap sistem pilihanraya yang ada kini diperbetulkan terlebih dahulu supaya satu perjalanan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia dapat dijalankan.

"Sekiranya tidak, apa gunanya rakyat mengundi sekiranya keputusan pilihanraya bukan keputusan yang membayangkan hasrat mereka sebenar di akar umbi, tetapi hasrat pengundi hantu dan warga asing yang berlambak untuk memenangkan calon parti tertentu," tambahnya.

Tegasnya, kerajaan harus menyedari kemarahan rakyat dan tuntutan dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 baru- baru ini.

"Sikap kerajaan yang menolak diadakan pilihanraya sebelum sistem diperbaiki sudah tentu akan mengundang kemarahan rakyat dan tahap kebolehpercayaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus merosot.

"Keadaan ini sangat tidak baik bagi negara, dan terutamanya kerajaan memerintah dan tidak mustahil parti- parti dalam Pakatan Rakyat akan menarik diri ekoran kenyataan Perdana Menteri.

"Ketidakikhlasan kerajaan Barisan Nasional ini juga dijangka akan mempercepatkan bantahan rakyat, justeru menyemarakkan semangat untuk himpunan BERSIH 3.0 diadakan," tambahnya.

PAS, tegasnya, ingin tegaskan bahawa kerajaan tidak patut dan sememangnya "ia amat tidak bertanggungjawab untuk membubarkan Parlimen dalam keadaan mereka sedar bahawa sistem pilihanraya negara kita sememangnya tempang berhadapan dengan kelemahan dan kepincangan yang pelbagai.

"Sila memperbaiki dahulu beberapa kelemahan yang utama, barulah diadakan pilihanraya ke 13, demi rakyat, untuk rakyat dan kerana rakyat," katanya./Malaysiakini

Sunday, August 21, 2011

Najib gula-gulakan warga Felda untuk tutup isu sebenar

Oleh DRS KHALIL IDHAM LIM

Saya ingin mengeluarkan kenyataan berhubung laporan berhubung pengumuman Perdana Menteri untuk mengagihkan sejumlah wang sebagai duit raya kepada para peneroka felda sebagaimana yang dilaporkan media baru-baru ini.

Laporan tersebut menyebut bahawa sebenarnya Peneroka berhak memperoleh sehingga RM458,000 bagi kerugian selama 15 tahun akibat penipuan Kadar Gred Perahan Asas (OER) kelapa sawit yang lebih rendah dari nilai asal.

Didalam laporan ini juga mengulas bahawa Kes ini sudah dibawa ke mahkamah oleh 766 peneroka Felda di Serting (tuntutan RM2 juta) & 964 peneroka di Jengka (tuntutan RM458,000). Ini bermakna jumlah wang yang berhak diperoleh melebihi ‘gula-gula’ daripada Najib.

Sepatutnya warga felda wajar mendapat kilang mini pemproses gula-gula, bukannya gula-gula dari Perdana Menteri sempena musin perayaan yang bekal tiba tidak lama lagi.

Jumlah RM200 sehingga RM400 yang diperuntukkan langsung tidak masuk akal memandangkan kerugian selama 15 tahun yang telah dialami oleh seluruh warga felda disebabkan oleh kelemahan urus tadbir Umno-Bn sendiri.

Setidak-tidaknya mereka (UMNO BN) perlu bertanggung jawab bukannya berbohong dan persenda hak warga Felda.

UMNO BN tidak ikhlas terhadap para peneroka Felda, kerajaan sedaya boleh mahu menutup isu yang sebenarnya, kekayaan felda tidak sampai kepada warga Felda kerana ada pihak yang telah mengambil kesempatan terhadap "cash money" yang ada dalam badan berkanun ini.

Justeru saya berpendapat bahawa perubahan perlu berlaku untuk kestabilan jangka masa panjang berhubung isu felda yang tidak pernah selesai

Negara kita adalah sebuah negara yang kaya dengan pelbagai sumber dan hasil bumi , malah Malaysia adalah diantara antara Negara yang boleh membangun dengan memberdayakan aspek pertanian, khazanah ini telah diabaikan . BN ternyata gagal untuk mengurusnya secara baik dan amanah.

Kesannya Malaysia bergantung harap kepada sumber pertanian dari Negara jiran dan kita tidak mampu mengawal kenaikan harga makanan.

Umno-BN telah diberikan peluang begitu lama, selama 53 tahun sepatutnya Malaysia telah maju dalam aspek ini bagi memacu kemajuan Felda dan seluruh warganya.

PRU 13 adalah medannya dimana seluruh warga Felda perlu tolak BN dan beri undi kepada Pakatan Rakyat untuk melakukan perubahan ke arah kemajuan mutlak, bukannya terus menerima gula-gula dan untung yang tidak seberapa dari Najib Razak.

DRS KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR,

Rupa-Rupanya Berbillion Ringgit Duit Rakyat Hangus Di Sime Darby

Oleh Addin

SPRM menyiasat kerugian dalam Skandal Rasuah yang melibatkan syarikat Milik Kerajaan (GLC), Sime Darby Berhad (SDB) yang secara tidak langsung adalah juga milik rakyat. Oleh itu, Kerugian yang dialami turut melibatkan kerugian kepada rakyat dan negara. Projek Minyak dan Gas Bulhanine; Projek Minyak dan Gas Maersk Oil Qatar (MOQ), Projek Pembinaan Kapal MOQ, Maydan Mahzam di Qatar dan Projek Janakuasa Hidroelektrik Bakun merupakan empat projek yang dikatakan menjadi punca utama menyumbang kepada kerugian ini.

Antara faktor penyebab adalah kelewatan dan penanggungan kos yang berlebihan dalam beberapa projek sehingga menyebabkan Syarikat Sime Darby Berhad mengumumkan kerugian sebanyak RM964 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2010.

Sehubungan laporan kerugian tersebut, SPRM telah melancarkan ‘Ops Billion’ bagi menyiasat kes kerugian Sime Darby Berhad dalam konteks kesalahan rasuah. Hasil siasatan yang dilakukan telah membawa kepada penangkapan tiga orang pegawai kanan Sime Darby Berhad.

Tangkapan pertama melibatkan Bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin, Sime Darby Perkhidmatan Marin di Sime Darby Marine And Engineering Sdn. Bhd. atas dua kesalahan menerima wang rasuah berjumlah RM200,000.00 daripada pemilik sebuah syarikat.

Suapan tersebut adalah sebagai balasan kerana membantu memperolehi kerja membekal Derrick Lay Barge (DLB) dan dua Anchor Handling Tugs Supply (AHTS) kepada Sime Darby Marine Sdn. Bhd. yang keseluruhannya berjumlah USD134 juta.

Pegawai tersebut juga menerima wang rasuah sebanyak USD2,500 sebulan daripada pemilik syarikat yang sama bermula Jun 2008 sehingga Februari 2010 dipercayai sebagai balasan membantu syarikat berkaitan kontrak berkenaan.

Ekoran daripada itu, bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin, Sime Darby telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 21 Disember 2010 atas satu pertuduhan menerima wang rasuah berjumlah RM200,000.00 sebagai upah mencadangkan syarikat tersebut kepada pihak Sime Darby dalam mendapatkan kontrak pembinaan dan penjualan tiga buah kapal tunda (barge) bernilai USD134.2 juta (RM467.9 juta) dan telah didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama.

Tangkapan kedua pula melibatkan Pengurus Besar Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan Projek Antarabangsa di Bahagian yang sama atas dua kesalahan iaitu menerima rasuah dalam bentuk cek berjumlah RM99,000.00 daripada seorang kontraktor kerana membantu dengan pemberian maklumat harga bidaan supaya syarikat kontraktor berkenaan memperoleh kerja-kerja sub-kontraktor bagi kerja pembinaan yang bernilai RM14,430,000.00 dan juga kerja sistem paip tembaga daripada Sime Darby Engineering.

Ekoran daripada itu, Pengurus Besar Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan Projek Antarabangsa tersebut telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Shah Alam pada 6 Ogos 2010 atas dua pertuduhan iaitu secara rasuah memperoleh suapan iaitu dua keping cek bernilai RM50,000.00 dan RM49,000.00 daripada seorang kontraktor.

Beliau turut menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan keuntungan secara langsung bagi dirinya dengan mendedahkan maklumat harga anggaran bidaan tanpa kebenaran pihak pengurusan Sime Darby Engineering Sdn. Bhd. dan telah didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama.

Tangkapan ketiga pula melibatkan Bekas Pengurus Besar Kanan Sime Darby Engineering atas dua kesalahan iaitu menerima rasuah bayaran kelengkapan perabot berjumlah RM33,600.00 dan seutas jam tangan berjenama ‘Rolex’ yang berharga RM21,700.00 kerana membantu meluluskan dan mempercepatkan tuntutan bayaran kemajuan berhubung Projek Kumang dan Tangga Barat Cluster Development Projek Fasa 1 dan Duplex Energy Sdn. Bhd.

Ekoran daripada itu, Bekas Pengurus Besar Kanan Sime Darby Engineering Sdn. Bhd. telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Johor Bahru pada 3 Januari 2011 atas dua pertuduhan dan telah didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Atas inisiatif SPRM supaya satu tindakan yang lebih menyeluruh dapat dilakukan dalam kes ini, satu pasukan petugas yang terdiri daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah dibentuk bagi menyiasat kes ini di bawah bidang kuasa masing-masing.-Addin

Saturday, August 20, 2011

Jemputan Ke Majlis Pengiktirafan Tanah Orang Asal Hari Ini

Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat akan mengadakan Majlis Pengiktirafan Tanah Orang Asal sejajar dengan Rumusan Forum Dasar Tanah Orang Asal di Seremban pada bulan lepas yang akan dirasmikan oleh Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang pada 20hb Ogos 2011 jam 2.00 petang di Dewan Sekolah Al-Mukmin (belakang Cowboy) Temerloh, Pahang.

Dato Fauzi akan melancarkan Borang Pengiktirafan Tanah Orang Asal didalam Majlis tersebut yang akan dihadiri oleh pimpinan Parti Keadilan Rakyat peringkat Negeri Pahang dan peringkat Cabang-Cabang.

Turut hadir didalam Majlis tersebut adalah Jawatankuasa Biro Masyrakat Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat peringkat Pusat, peringkat Negeri Pahang dan peringkat cabang-cabang di Negeri Pahang.

Majlis Berbuka Puasa akan diadakan di Rumah Sdr Ahmad Nizam Hamid, Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang.

Sumber: Keadilan Pahang

ISU DAFTAR PENGUNDI - SEMUA MAHU SALAHKAN KERANI LEBIH BAIK BOS LETAK JAWATAN

SPR dari awal dahulu selalu mendabik dada bahawa segala data di dalam daftar pemilih SPR adalah bersih, jauh dari senarai pengundi hantu. Bahkan, berulangkali pihak SPR menegaskan bahawa pengundi hantu tidak pernah wujud di dalam senarai daftar pemilih SPR.

Apabila sejak kebelakangan ini iaitu selepas perhimpunan BERSIH 2.0, berbagai pihak terutamanya dari parti Pembangkang berjaya membongkar satu persatu `temberang' SPR yang bertahun-tahun mereka sembunyikan dan mereka anggap bersih itu. Jika satu atau dua kes yang kita dedahkan, mungkin tidak memberi tekanan kepada SPR tetapi apabila beribu-ribu kes kita dedahkan sehingga berjangkit penyakit SPR ini kepada JPN pula, maka SPR tidak mampu lagi untuk menangkisnya.

Namun demikian, sudah tabiat `lidah bercabang' dari SPR yang semakin menonjolkan diri sebagai salah satu komponen di dalam Bn, pihak mereka masih cuba untuk menegakkan benang yang basah. Mulanya tidak mahu mengaku kesilapan, apabila timbul isu Mismah yang memiliki taraf PR di sebelah pagi dan petangnya menjadi warganegara yang sah, SPR menuding jari kepada JPN kerana tidak mengemaskinikan data di dalam web JPN. Namun, SPR tidak mampu untuk menjawab persoalan mengapa nama Mismah disenaraikan sebagai pengundi yang sah di dalam keadaan JPN tidak merekodkan lagi namanya sebagai warganegara yang sah? Mengapa SPR lebih awal `mengiktiraf' Mismah sebelum JPN?

Mulanya mendakwa SPR tidak silap, yang `silap teknikal' adalah JPN. Baru-baru ini mengaku pula bahawa berlaku kesilapan di dalam SPR hanya 0.0001%. Baca di sini. Seboleh-bolehnya tidak juga mahu mengaku silap. Ini bukan masalah sedikit atau banyak silap, apa penanda aras yang SPR guna untuk mendakwa 0.0001% itu teramat sedikit? Sedangkan kesilapan yang didedahkan itu terlalu banyak? Apakah SPR mahu tunggu sehingga 50 % kesilapan berlaku baru mahu mengaku SPR silap?

Jika yang sedikit itu pun SPR terkial-kial mahu memperbaikinya, bayangkan jika jumlahnya mencapai ke tahap yang lebih tinggi. Jumlah yang dikatakan oleh SPR 0.0001% itu hanyalah beberapa kes yang dapat dikesan di dalam beberapa minggu ini sahaja, yang tidak dapat dikesan atau masih belum dikesan kita tidak tahu lagi. Samalah maksudnya dengan perbuatan mencuri, walaupun mencuri wang seringgit dengan mencuri wang seribu ringgit ianya tetap mencuri dan jika dibawa ke mahkamah ianya tetap dikatakan oleh Hakim adalah bersalah.

SPR tidak perlu bermain dengan kata-kata untuk membela jabatannya itu. Mengapa SPR terus menyalahkan kerani-keraninya di atas kecuaian tersebut? Jika semua kerani SPR mahu tentukan, apa gunanya ada jawatan Pengerusi SPR, Timbalan dan Setiausaha? Jika SPR sudah menyalahkan kerani-keraninya, adakah JPN juga tidak mahu menyalahkan kerani-keraninya? Kita bersimpati dengan nasib kakitangan bawahan di SPR dan JPN kerana terpaksa menanggung semua ini sedangkan bos mereka asyik dengan `berpolitik'.

Friday, August 19, 2011

ROSMAH MINTA RAKYAT BERSYUKUR ATAU DIA PATUT BERSYUKUR ?


Oleh: WFAUZDIN NS

ROSMAH Mansor mahu rakyat Malaysia bersyukur hanya kerana cukup makan, cukup pakaian dan selamat (benarkah selamat?). Tetapi Rosmah tidak nyatakan bagaimana pula untuk menzahirkan kesyukuran itu. Mungkin, tanda bersyukur itu adalah dengan menyokong kepimpinan lakinya Najib.

"Seharusnya rakyat di Malaysia bersyukur kerana negara kita bukan sahaja cukup makan, cukup pakai malah selamat...tidak ada orang hendak mengacau kita," katanya ketika berucap pada program Rahmat Ramadan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, malam semalam (Malaysiakini).

Memang negara kita cukup makan, tetapi harga makanan bagaimana? Siapa kata negara kita rakyatnya tidak berpakaian, semua berpakaian tetapi bagaimana keadaannya? Negara kita selamat? Cuba tanya pihak Polis, ada berapa banyak lagi kes budak, remaja bahkan orang tua yang hilang tidak dapat dikesan? Selamatkah seorang ahli perniagaan wanita bersama dua lagi rakannya yang hilang, kemudian dijumpai dibakar itu? Diberitakan masih banyak lagi orang seperti arwah yang hilang tanpa dapat dikesan.

Kes Norita Shamsudin sudah selesaikah? Kes Altantuya, selamatkah beliau datang ke Malaysia? Bukan sahaja beliau didapati `lebur' di dalam hutan, malahan namanya pun `lebur' dari rekod keluar masuk negara ini. Banyak jika mahu diceritakan betapa `selamat'nya negara ini sehinggakan orang yang berhimpun secara aman pun boleh meninggal dunia dan patah kaki.

Rosmah bercakap seperti orang tua-tua yang duduk di hulu, yang tidak tahu apa-apa. Sepatutnya beliau bersyukur kerana dapat menggunakan duit rakyat untuk bermalam di hotel-hotel mewah, membayar bil air/api dengan puluhan ribu ringgit dan mungkin mampu memakai beg tangan dan cincin yang mahal-mahal. Cuma, beliau belum mampu mahu membeli sehelai tudung, agaknya.

Ingin kita maklumkan pada Rosmah, tanda kita bersyukur kepada apa jua nikmat Allah adalah dengan kita mematuhi perintahnya dan menjauhi larangannya. Caranya, tolak kerajaan yang terang-terang engkar perintah Allah, yang zalim dan rasuah. Pilih kerajaan yang lebih baik dari yang rasuah, yang belasah duit Peneroka Felda dan sesuka hati meminjam wang KWSP. Jatuhkan kerajaan yang mengekalkan akta zalim, Akta ISA yang terang jelas haram di sisi Islam.

Jangan kita jadi seperti ayam daging, yang terus `bersyukur' diberi makan minum dan tempat tinggal yang dijaga rapi, diberi rawatan dan sebagainya, tetapi cukup masa, badan sudah gemuk, ayam daging akan ditimbang untuk dijual dan disembelih. Pedulikan nasihat dari bini Najib yang sudah merasa dirinya semakin ke penghujung dari tampuk kuasa. Beliau tahu lakinya kini sudah tidak mampu untuk bertahan lagi dengan berbagai pendedahan yang dikeluarkan.

Najib dan Rosmah adalah beban kepada negara ini, justeru itu sebelum jatuhkan Umno, tentukan kedua-dua manusia ini jatuh dahulu./wfauzdin.blogspot.com

Mashitah Ibrahim cuba tegak benang basah

Pembaca anti murtad
Ogos 18, 11

Saya berhajat untuk membalas tulisan Dr Mashitah Ibrahim bertajuk “Isu Murtad: PAS Pilih JAIS atau DAP?” Artikel beliau disiarkan di dalam Sinar Harian pada 12 Ogos 2011.

Secara mudahnya, Mashitah cuba memberi gambaran bahawa PAS telah membuang perjuangan Islam kerana tidak menyebelahi JAIS. Mashitah juga cuba menyebar fitnah kononnya sikap dingin PAS terhadap murtad adalah kerana hubungan PAS dengan DAP.

Lupakah Mashitah parti yang beliau wakili telah meluluskan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 1997 (Akta 559). Sesiapa yang merujuk kepada Akta tersebut akan melihat bahawa “Murtad” tidak menjadi salah satu dari kesalahan jenayah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Siapakah yang telah meluluskan Akta Jenayah Syariah ini? Adakah DAP? Adakah Ambiga? Adakah Gereja Methodist Damansara Utama?
Atau, bukankah yang meluluskannya adalah Umno?

Maka, bolehkah kita katakan Umno sendiri penyokong kepada murtad secara sukarela memandangkan murtad dihalalkan di Wilayah2 Persekutuan.

Tidak hairanlah Lina Joy tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah atas jenayah murtad memandangkan Lina Joy dibaptiskan di sebuah gereja di Brickfield (yang berada di dalam Wilayah Persekutuan).

Malahan, kalau saya mahu pergi jauh ke lubuk sejarah, Umno telah bersikap dingin terhadap murtadnya Natrah.

Allahyarham Haji Ahmad Fuad menulis dalam bukunya yang bertajuk “Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan” di mana beliau menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan.

Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu permurtadan Natrah, penganjuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.

Dan menjadi maklumat umum, usaha Allahyarham Tuan Haji Ahmad Fuad menubuhkan Persatuan Ulama Malaya telah membawa kepada tertubuhnya Partai Islam Setanah Melayu, ringkasnya PAS.

Dengan kata lain, PERMURTADAN NATRAH adalah salah satu faktor yang membawa kepada perpecahan dalam Umno yang telah membuahkan PAS. PAS ditubuhkan atas sikap Umno yang dingin dan senyap dalam isu murtadnya Natrah.

Peristiwa Natrah mengajar kita betapa tingginya toleransi Umno terhadap jenayah murtad. Sehingga sejarah mengajar kita kebangkitan orang Islam di Singapura dalam peristiwa Natrah dipimpin oleh bekas Presiden PAS (Allahyarham Burhanuddin Helmi) serta Allahyarham Karim Ghani. Umno pada masa itu bersikap senyap sunyi dan dingin.

Jangan juga kita lupa betapa Umno beberapa kali menghalang usaha PAS untuk membentangkan rang undang-undang pribadi yang bakal mengharamkan murtad. Kalau Umno ikhlas menangani murtad sudah tentu Umno yang akan membentang rang undang-undang murtad di Parlimen sekaligus mengharamkan murtad sama sekali.

Namun, Akta Jenayah Shariah yang diluluskan oleh Umno untuk Wilayah Persekutuan sendiri tidak mengharamkan murtad.

Jelaslah Umno selama ini bertoleransi dengan murtad. Rekod Umno di dalam memerangi murtad adalah amat buruk dan sangat-sangat dikesali.

Maka, apakah hak Mashitah untuk mengkritik PAS hanya kerana PAS bersikap hati-hati dengan JAIS? Bukankah JAIS sendiri tidak konsisten di dalam menangani gejala murtad?

Mengapa gereja DUMC yang kesnya tidak jelas boleh diserbu sebegitu namun Masjid Qadyani di Kampung Nakhoda terus dibiarkan beroperasi sehingga sekarang?

Amat tidak wajar bagi Mashitah memburuk-burukan PAS sebegini.

Lebih-lebih lagi UMNO sendiri mempunyai rekod yang tersangat buruk dari segi murtad./Malaysiakini

Thursday, August 18, 2011

TAKUT TAMPIL MENJADI SAKSI KES LIWAT, PENYAKIT BERJANGKIT DARI MAHATHIR


MAKA, memang sah sudah tiga `orang kuat' konspirasi fitnah liwat ke atas DS Anwar tiba-tiba menjadi takut untuk tampil menjadi saksi pembela di dalam kes fitnah liwat II. Setelah Najib dan Rosmah, kini bekas KPN sewaktu kes ini mula muncul iaitu Musa Hassan pula enggan menjadi saksi. Baca di sini.

Sebelum ini, bukan main hebat lagi mereka bercerita seolah-olah tahu kisah sebenar sehinggakan Najib berkata jika beliau dedahkan, akan ada yang demam. Sekarang siapa yang demam? Lojiknya, jika tahu perkara sebenar mengapa takut tampil beri keterangan? Adakah susah sangat buat Najib untuk memberitahu mahkamah bahawa memang benar Saiful datang berjumpanya untuk memohon biasiswa? Sukar sangatkah untuk menceritakan kepada mahkamah bagaimana menggigilnya dan sejuk tangan Saiful ketika menceritakan beliau telah diliwat, kemudiannya minum kopi dan makan karipap?

Musa Hassan pula selepas bersara dan pergi melakukan ibadat Umrah, masakan tidak tahu hukum bagaimana seseorang yang tahu kisah sebenar sesuatu kes mestilah sanggup tampil memberi keterangan agar tiada yang teraniaya? Nampaknya, Musa Hassan seperti takut kepada sesuatu jika beliau tampil di kandang saksi nanti. Begitu kecil jiwa bekas Ketua Polis Negara ini.

Jelas kepada kita bahawa selama ini mereka hanya berani bercakap berdegar-degar di hadapan media sahaja. Tabiat Tun Mahathir nampaknya menurun kepada pemimpin Umno yang sepatutnya berani kerana benar kerana logo keris telanjang tidak bersarung itu melambangkan sikap pahlawan Melayu. Malang sekali, keris tersebut semakin lama semakin tumpul dan akhirnya nanti akan memakan tuan.

TV company takes millions from Malaysian government...

Satu lagi isu yang bakal membuat Najib kepanasan. Ikuti laporan di sini (klik).

PROGRAM JEJAK FAKIR PARLIMEN KUANTAN - 17 OGOS 2011

AKTIVITI PROGRAM
JEJAK FAKIR 2011
17 OGOS 2011

SESI 2:

LOKASI: KAMPONG KEMPADANG,KAMPONG ANAK AIR DAN KAMPONG SG.SOI

SASARAN: WARGA EMAS, IBU TUNGGAL DAN ORANG MISKIN

SUMBANGAN HARI RAYA : SEKAMPIT BERAS , HAMPER DAN ANG PAU






Sumbangan untuk warga emas


Bergambar ramai warga emas dan ibu tunggal Sungai Soi bersama YB Fuziah Salleh

Sumbangan Hari Raya bagi ibu tunggal ( Pn.Wati ,Kpg anak air )dari YB Fuziah Salleh

Sumbangan Hari Raya bagi warga emas dari YB Fuziah Salleh

Sumbangan bagi warga Emas di Sungai Soi