Di dalam satu majlis Taddarus Al-Quran di Seri Perdana baru-baru ini
Di bulan yang mulia ini juga, amat baik bagi kita umat Islam untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik agarnya ianya berkekalan. Jika selama ini kita cuai untuk melakukan kewajipan Solat, di bulan mulia ini tentunya mendapat keberkatan jika kita bertaubat dan melakukan kewajipan yang dituntut oleh Allah itu. Begitu juga, jika selama ini kita sering tidak menutup aurat maka jadikanlah Ramadhan ini permulaan ke arah reformasi diri. Perbanyakkan amalan bersedekah jika selama ini kita kurang melakukannya.
Mengapa berani membuka aurat ketika membaca Kalamullah?
Amat malang sekali jika di bulan yang mulia ini jika kita tidak berubah. Di saat orang lain berubah dan menambahkan amalan kebaikan, kita masih kekal dengan perbuatan mungkar kita. Membaca Al-Quran di bulan mulia ini besar pahalanya dan pasti akan mendapat keberkatan. Namun, tuntutan membaca Al-Quran juga mempunyai syarat-syaratnya agar kemuliaan Al-Quran terpelihara. Al-Quran bukan buku cerpen atau komik yang boleh dibaca mengikut sesuka hati kita. Adab membaca Kitabullah ini wajib dipelihara dan jika tidak maka menjadilah apa yang disebut Al-Quran itu sendiri akan mengutuk si pembacanya.
Di antara adab dan kewajipan membaca Al-Quran itu adalah hendaklah dengan menutup aurat. Kewajipan menutup aurat ini bukan sahaja ketika Solat atau membaca Al-Quran, tetapi sebilang masa kecuali di tempat-tempat yang diharuskan. Apatah lagi ketika membaca Al-Quran di khalayak ramai atau di dalam sesuatu majlis.
Hukum menutup aurat tiada khilaf di dalam pendapat Ulamak Muktabar. Bagi seorang isteri, wajib bagi si suami menentukan isterinya menutup aurat. Jika suami gagal menentukan isterinya menutup aurat, maka si suami itu hukumnya dayus. Hadith menyebut, suami yang dayus tidak akan mencium bau Syurga apatah lagi untuk memasuki Syurga. Jika kita sendiri tidak boleh memasuki Syurga kerana sifat dayus kita, mana mungkin kita boleh membawa kaum keluarga kita ke tempat yang dipenuhi nikmat itu?
Begitu juga jika kita sebagai pemimpin, mampukah kita membawa masyarakat atau rakyat di bawah pimpinan kita menuju Syurga sedangkan kita gagal membentuk isteri atau anak-anak kita sendiri? Bagaimana pula jika kita memilih pemimpin yang dayus sebagai pemimpin kita di dunia ini? Mampukah dia memelihara kita di dunia dan Akhirat dengan membawa kita ke arah yang diredhai Allah?
Sempena Ramadhan yang mulia ini, marilah kita menghisab diri kita untuk memulakan perubahan. Setelah kita membentuk keluarga kita menjadi Muslim yang baik, menjaga masyarakat sekeliling kita agar menjadi masyarakat yang baik maka kita juga berkewajipan untuk menentukan bahawa pemimpin yang kita beri amanah itu mestilah dari pemimpin yang baik dan bukan pemimpin yang dayus. Tentulah besar dosanya jika kita masih memilih pemimpin yang dayus untuk memimpin kita. Wallahu Aklam.
jambul dia tu tempat najib gancol
ReplyDelete