Pengerusi Keadilan Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman mewakili seluruh ahli PKR Negeri Pahang mengucapkan takziah kepada waris mangsa kejadian tanah runtuh yang berlaku di perkampongan Orang asli Sungai Ruil, Tanah Rata, Cameron Highland semalam.
Lima rumah di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata di sini, ditimbus tanah runtuh dalam kejadian jam 5.45 petang semalam. Semalam, sumber polis mengesahkan setakat ini satu mayat ditemui manakala dua lagi cedera dan kini dirawat di Hospital Hajah Kalsom, Tanah Rata.
Marilah bersama kita doakan agar Allah mempermudahkan usaha-usaha menyelamat mangsa kejadian. Kepada seluruh rakyat Negeri Pahang diharapkan agar dapat memberikan bantuan yang perlu bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh waris dan mangsa kejadian tersebut.

No comments:
Post a Comment